PROLOG

7.5K 256 10
                                    

"Papa...." Sayu Arin bersuara memandang papanya. Tetapi papanya masih mendiamkan diri tidak membalas.

"Papa kau nak makan pun tak senang. Kau jangan degillah Arin. Kau kat rumah pun, buat apa? Buat sakit hati aku je." Pedih sungguh setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut puan Zana.

Puan Zana ialah ibu tiri kepada Arin. Bapanya mengahwini puan Zana setelah kematian ibunya. Kononnya puan Zana boleh menjaga Arin dengan baik sebagaimana arwah isterinya menjaga Arin. Pada mulanya, Arin tidak bersetuju namun dituruti sahaja kehendak bapanya.

Arin tunduk. Tidak lalu makannya. Sudah acap kali dia memujuk papanya tetapi papanya hanya akur dengan apa yang dikatakan oleh  isteri keduanya.

"Arin...cuba bagi tau papa, kenapa kamu tak nak tinggal dekat asrama tu?" Tanya Encik Kamal lembut kepada anaknya.

"Kat sana ada hantu! Arin tak suka!" Balas Arin. Dahinya berkerut.

Ya! Dia takut kerana kawannya Mimi dan Limah yang tinggal disana sering diganggu. Bukan sahaja Mimi dan Limah, pelajar lain yang memasuki asrama juga seringkali bercerita tentang perkara-perkara aneh yang berlaku. Dia tidak mahu diganggu seperti mereka.

"Sesuailah dengan kau. Aku tengok muka kau pun dah macam hantu. Aku tak kira. Petang ni, kau siapkan barang-barang kau. Esok pagi dah nak gerak. Jangan sampai dah nak pergi baru terhegeh-hegeh nak bersiap. Tak kuasa aku nak layan. Kau bukannya puteri raja pun." Puan Zana berleter. Pedas setiap patah perkataan yang keluar daripada mulutnya.

Arin menahan rasa. Jika hendak dijawab, sudah tentu dikatanya kurang ajar.

"Arin dah siap makan." Katanya sambil bangun daripada kerusi dan berlalu pergi pergi meninggalkan meja makan. Encik Kamal hanya memerhatikan anaknya yang sedang mencuci pinggan di sinki. Pernah terlintas rasa kasihan terhadap anaknya itu. Sudahlah kehilangan ibu yang sangat rapat dengannya, dapat pula ibu tiri yang sebegitu rupa. Langsung tidak berlembut dengannya.

"Hah, nak tunjuk apa tu? Nak tunjuk perasaan?" Suara Puan Zana lantang berbicara.

**********

"Abang, kalau budak tu degil, abang bagitahu saya. Mana tau, tiba-tiba bila dengan abang dia nak merajuk-merajuk ke..." leter Zana sambil membuat mimik muka geram. Apa yang dia tidak puas hati sangat dengan Arin pun, tidak tahulah.

"Abang taulah. Dia tu anak abang. Tak payah berkasar sangat dengan anak abang. Arin tu dah besar. "Kamal menjeling isterinya.

Puan Zana menjuirkan bibirnya ke depan.

Arin membuat muka meluat. Geram tidak terkata.

"Dah siap." Kata Arin.

"Dah cepat, masuk dalam kereta. Nanti ibu kamu ni membebel lagi kang." Arah Encik Kamal.

Teman Sebilik [COMPLETE]Where stories live. Discover now