Bab 9

3.7K 228 18
                                    

Setibanya cuti sekolah,  Arin memberitahu papanya mengenai gangguan yang dialaminya di sekolah. Mata papanya membulat mendengarkan cerita Arin. Tetapi reaksinya cukup untuk menunjukkan bahawa dia amat merisaukan anaknya itu.

"Esok kita jumpa Ustaz Zakuan." Katanya tegas.

**********

"Sebenarnya, kalau Encik Kamal masih ingat, dulu encik ada tebang sebatang pokok sebelum encik bersara dari menjadi guru besar. Dan perbuatan encik itu telah membuatkan pokok itu tumbang dan telah menghempap beratusan bayi keluarga bunian termasuk adik Melati. Melati berdendam dan ingin mengambil 10 nyawa pelajar perempuan di sekolah itu disebabkan bayi yang meninggal itu kebanyakannya adalah bayi perempuan. Tapi encik jangan risau. Saya telah membuat perjanjian dengannya dan dia telah pun bersetuju. Dia hanya boleh mengganggu pelajar di sekolah itu 3 tahun sekali sahaja dan tidak boleh mengambil nyawa mana-mana pelajar di sekolah itu. Air bacaan surah-surah ini, harus diminum oleh Arin setiap malam sebelum tidur sehingga dia tidak mendapat gangguan lagi." Terang ustaz Zakuan.

Kamal mengangguk.

"Baiklah ustaz. Terima kasih."

**********

Semenjak itu, Arin tidak diganggu lagi. Hidupnya kembali seperti biasa. Amar tidak lagi risau akannya.

_TAMAT_

Terima kasih kepada yang sudi membaca. Walaupun agak kurang menarik, harap maaf. Semoga korang terhibur. Jangan lupa Follow/ vote/ komen kalau suka.

Teman Sebilik [COMPLETE]Onde histórias criam vida. Descubra agora