C5

11.8K 1.5K 237
                                    

Aku hanya mampu memandang budak-budak ni melahap dengan jayanya. Wajah masing-masing bercahaya. Dapat makan lah katakan.

"Kan bagus kalau dari awal kita makan kat luar."

Tak ada insurans betullah mulut Yoongi ni!

Ni baru satu hari dah macam-macam benda jadi. Ahjumma pergi 3 bulan... Uish, entah aku hidup lagi ke tak masa tu.

"Sedapnya! Jin nak lagi boleh tak noona?"

Hah, Jin ni lah paling normal antara dorang aku rasa. Maybe sebab dia paling tua antara semua.

Eh tak juga. Yoongi sebaya dengan dia tapi perangai macam minta kasut lima inci ahjumma kat rumah tu.

"Jin nak tambah apa?"

Aku sudah mengira-ngira wang dalam dompet.

"Bingsoo! Tapi nak colour pink."

"Pink? Okay kejap noona pergi order."

Selang beberapa minit, bingsoo pun datang. Apa lagi, budak bertujuh ni memang pantang nampak makanan betul. Badan kurus, selera makan macam bela hantu raya!

"Burp!"

"Ah, kenyang.."

Semua muka dah puas hati. Hah, lega aku rasa.

"Okay, jom kita balik."

Aku ke kaunter diikuti budak bertujuh ni. Tsk, semua orang dalam restoran ni pandang aku semacam.

Yelah, yeoja yang cun melecun macam aku ni bawa budak berderet. Jatuh saham aku, ish.

"Ni bilnya, cik."

Omma! Apa cekik darah sangat ni harga dia?

Aku mengelipkan mataku berkali-kali. Aku tak salah baca kan?

"Cik?"

Namja itu melambaikan tangannya depan wajahku. Aku tersedar dari ter-kejutan yang dialami.

"Noona, cepatlah bayar! Nanti Pokemon start."

Namjoon sudah menarik-narik hujung bajuku.

"Tv kan rosak. Nak tengok macam mana?"

Jin menyoal. Kemudian dia tersenyum dan memandang aku dengan mata yang bercahaya.

"Apa kata lepas ni kita pergi kedai mainan?"

Aku sudah menggaru kepala yang tak gatal. Seketika, aku mencangkung dan mereka membentuk satu bulatan mengelilingiku.

"Okay, dengar sini. Noona tak cukup duit nak bayar."

"Hah?"

"What the noona?"

Semua muka terkejut habis.

"So, kita kena cari jalan nak lari."

"Eh, tak baiklah noona. Baik kita terus-terang je dengan dia."

Jungkook sudah berura-ura mahu meninggalkan mesyuarat di tepi kaunter tu.

Pantas aku menarik tangannya.

"Kalau kita bagitau dia, kita kena basuh pinggan! Korang nak ke?"

Semua menggeleng.

"Taknak! Habis macam mana ni noona?"

Jimin dengan muka risau dia. Alolo, comel pula aku rasa. Gatal je tangan ni cubit-cubit manja pipi chubby dia.

"Eh kenapa noona?"

"Chim lah comel sangat!"

"Tsk. Sempat lagi noona ni."

Yoongi sudah membuat muka menyampah. Kau ingat aku tak menyampah ke dengan kau? Ish, antara semua kaulah paling tak comel! Dah lah rambut hijau!

Okay ada banyak penipuan di situ. Yoongi ni cute gila dengan mata garang dia tu alala besar mesti handsome ni tapi malang siapa kahwin dengan dia.

Eh, jauh sangat menyimpang ni.

"Plan kita macam ni. Noona akan cakap dengan orang tu kita tertinggal barang so kita terus lari masa dia tengah leka, arra?"

Semua bersungguh-sungguh mengganguk.

Aku bangun daripada bertinggung tadi. Aduh, lenguh pula kaki.

"Er, dah habis ke perbincangan cik?"

"Hahaha, ya ya dah. Kejap eh encik. Saya tertinggal barang adik saya dekat meja."

Aku mendukung Jungkook sebab tahu kalau biar dia lari sendiri confirm tercicir. Lari pun senget lagi budak ni.

"Run! Dashi run run run!!"

Makanya, berlarilah aku dan budak-budak ni tanpa menghiraukan orang kaunter yang sudah terjerit-jerit memanggil.

Mianhe, bukan sengaja nak lari lepas makan.

***

"Huh, huh.."

"Penatnya.."

"Nasib baik sempat sampai kereta.."

Taehyung meneguk rakus air dalam botol mineral tersebut kemudian beralih pada yang lain. Sampai je dekat aku, tinggal setitis.

Tak guna..

Aku menarik nafas. Aircond dibuka. Punat radio ditekan. Pintu dikunci. Okay, ready to go home.

Aku nak balik, nak tidur. Letih gila hari ni.

Sepanjang perjalanan, keadaan dalam kereta hanya dipenuhi dengan suara DJ radio gelak apa entah.

Sekilas aku memandang Jungkook di sebelah yang sudah terlentok-lentok tidur. Seatbelt yang dipakai kelihatan longgar.

Kena pakai baby sit lagi ke dia ni? Kecik sangat.

Pandanganku beralih pada cermin pandang belakang. Semua pun dah tertidur dengan pelbagai gaya.

Dah malam, mesti dah penat sangat tu satu hari ni hectic.

Aku tersenyum kecil. Masa dorang tidur, nampak innocent pula. Lagi-lagi Yoongi.

Kereta yang dipandu membelah angin dengan laju. Kalaulah diberi pilihan kuasa apa aku nak, aku nak kuasa teleport.

Senang, bila rasa penat je, terus dapat balik rumah.

***

Rumah yang gelap-gelita diterangi cahaya lampu sebaik sahaja aku menekan switch on. Aku melangkah kembali ke kereta dan mengejutkan Jin.

"Jin, sayang bangun.. Kita dah sampai rumah ni."

Aku mencium pipinya seraya menggoyangkan badannya. Ish, fluffynya budak ni! Rasa nak peluk-peluk je.

Sabar Yun, budak kalau baru bangun tidur sensitif. Karang dia nangis, ha. Merana pula kau.

"Em.. Noona kenapa kejut Jin tak kejut yang lain.."

Jin sudah terpisat-pisat seraya menguap.

"Jin je noona boleh harapkan. Tolong kejut yang lain sama eh. Noona nak angkat Kookie masuk dalam dulu."

Aku baru nak melangkah ke hadapan, tangan kecil Jin memegang lenganku.

"Noona lebih sayangkan Kookie dari kitorang ke?"

BTS Kids?Where stories live. Discover now