C27

9.3K 1.2K 153
                                    

"Jemput minum dulu. Air tangan Yoongi ni. Hehehe."

Aku merenung Yoongi atas bawah. Dengan apron segala. Sakit ke budak ni?

Eh, tak boleh panggil budak ni. Namja eh namja..

Ish, rasa pelik pula.

"Kau kenapa tengok aku macam tu? Tahulah aku handsome."

"Please lah."

Aku buat muka orang nak muntah.

"Hah, jangan bergaduh sangat. Nanti omma kahwinkan kamu berdua baru tau."

Apa ni, omma main ugut.

"Serious ke ahjumma? Nak.. Yoongi nak kahwin dengan Yun."

Aku menjegilkan mata.

"Hahahaha, tengok tu. Memang sesuai sangat perangai dua-dua ni. Yun, kamu tak payah nak berselindung. Ahjumma dah bagi tahu semuanya pada omma dan appa kamu."

Ahjumma pun back up Yoongi. Okay, ahjumma okay. Tak nak kawan setahun.

"Apa ni.. Malu lah Yun."

Gamat ruang tamu tu dengan gelak tawa. Cepat-cepat aku meletakkan satu jari di bibir dengan wajah berkerut habis.

"Shh, nanti dorang terbangun."

Yoongi menghampiri aku seraya merangkul bahu aku.

"Yun, selama kau jaga diorang, pernah tak dorang terbangun even kau gelak macam pakai speaker?"

Aku berfikir. Segala memori dengan budak-budak ni menerjah minda.

"Tak ada."

"Bingo! Dah kau jangan nak buat muka comel tu. Aku kiss karang. Jom makan semua. Yoongi masak spagetti."

Aku mengetuk kepalanya. Tak malunya.. Depan omma dengan appa aku kot.

Tapi dorang pun sama je. Gelak-gelak siap thumbs up kat Yoongi lagi. Apalah Yoongi dah gulakan dorang masa aku bersiap tadi.

***

Daun pintu aku tolak perlahan. Yoongi memegang erat tangan aku yang dah sejuk macam ais.

Sebaik sahaja aku terpandang Namjoon, Jin dan Hoseok yang lena tidur, hati aku meruntun lagi.

Aku melangkah perlahan seraya bertinggung di sebelah katil dorang. Yoongi berdiri di sebelah aku. Rambut aku terasa diusap lembut.

Perlahan, aku cium dahi dan pipi Joon. Kemudian Jin dan Hoseok. Lama aku pandang dorang.

Teringat macam mana budak bertiga ni membebel kat aku. Paling banyak membebel nama dia Namjoon. Aku tersenyum bila segala bebelannya menerjah telinga aku.

"Noona tak payah buat apa-apa tau, noona tak sihat."

"If you need anything, panggil Joon. Joon kan superhero noona."

Wajah Jin pula dipandang. Semakin hebat suara-suara yang bergema menerjah minda aku.

"Berapa kali lah Jin nak pesan. Jangan lupa tutup api lepas masak tu."

"Kalau terbakar dapur macam mana?"

"Jin tak nak hilang noona."

Air mata mengalir lagi. Aku dah janji tak nak nangis. Tapi.. Aku tak kuat.

Suara Hoseok pula bermain di minda aku.

"Noona, tengok ni! Hoseok belajar dance ni khas nak tunjuk dekat noona tau!"

BTS Kids?Where stories live. Discover now