C25

9.5K 1.2K 85
                                    

Bantal kepala aku tepuk-tepuk. Biar empuk sikit. Cadar aku kemaskan. Phone di meja solek aku capai, seraya duduk di birai katil.

Lagi dua hari aku akan tinggalkan rumah ni. Ahjumma dah call omma dengan appa bagi tahu yang dia dah balik. Makanya, aku boleh pulang. Huhu.

Lama aku termenung. Merenung wallpaper pada screen phone aku.

Gambar aku dengan budak-budak tu aku usap.

Mengeluh lagi dan lagi..

Kreeeet...

Bunyi pintu ditolak kedengaran, aku alihkan pandangan aku ke pintu. Hujung-hujung rambut berwarna blonde kelihatan.

"Wae?"

Dah dekat 5 saat dorang tercenguk macam tu, tapi tak cakap apa-apa pun.

Wajah Jimin terpacul, diikuti yang lain.

"Noona.. Nak tidur dengan noona boleh?"

Aku tergelak. Comel nya lah masing-masing dengan baju tidur bentuk bear tu. Semua seragam.

"Mestilah boleh! Kenapa korang pakai baju sama ni? Hahahaha."

Sebaik aku bagi green light, Yoongi paling laju lari lepas tu duduk atas peha aku. Bila Namjoon nak panjat, dia buat mata annoying dia yang bermaksud- ni aku punya.

Namjoon dengan keterpaksaannya duduk jelah dekat birai katil tu dengan muncung.

"Saja. Baju ni dah lama omma beli. Tapi kitorang pakai sekali je. Tadi Hoseok terjumpa dalam laci baju Jin. Terus kitorang pakai. Teheee."

Yoongi explain panjang lebar. Siap senyum menampakkan giginya kecik-kecik tu. Apalah comel sangat makhluk ni?

"Jom ambik gambar nak?"

Aku nak rakam kenangan dengan dorang.

"Nak!!"

Dan pelbagai aksi pun digayakan.

Lepas dah penat tersengih-sengih, melompat-lompat, berpeluk-peluk, akhirnya aku menyudahkan sesi bergambar dengan menghadiahkan seorang satu popo.

Aku baringkan semuanya memanjang supaya muat katil tu.

"Noona tidur lah tengah."

Jimin menepuk-nepuk ruang tengah yang dikosongkan. Jungkook yang berada di hujung dah mula mencebik.

"Mana boleh! Noona kena tidur sebelah Kookie.. Kookie takut.."

Aku dah confuse. Mana satu ni?

"Gwenchana, Jin kan ada? Jin peluk Kookie okay?"

Jin menepuk-nepuk bahu Jungkook. Aku masih kaku berdiri. Tak tahu nak tidur mana ni.

"Sini, Kookie tidur sini. Biar Hoseok tidur hujung."

Hoseok sudah bangun daripada pembaringannya, mendukung Jungkook dan menarik aku untuk baring. Jungkook memeluk aku erat dengan senyuman.

Jimin yang berada di sebelah kanan aku turut memeluk aku. Aku tersenyum gembira.

"Joon tutup lampu tidur eh?"

"Okay."

Bilik menjadi gelap-gelita. Suasana menjadi sunyi.

Tapi aku masih tak dapat tidur. Mengenangkan hari-hari aku tanpa dorang, membuatkan aku takut. Pelukkan pada Jungkook dan Jimin dieeratkan.

"Pss, Jin kau dah tidur ke?"

"Belum.. Kau dah tidur ke?"

Em? Apa yang si Hoseok dengan Jin dok bisik tu?

Aku cuba memasang telinga.

BTS Kids?Where stories live. Discover now