C11

10.3K 1.3K 72
                                    

Sunyi.

Ya itulah yang rasa sekarang ni. Nasi dengan lauk-pauk yang dah dihidang aku pandang kosong.

Mana budak-budak ni? Tak nak makan ke? Merajuk teruk sangat ni sampai tak nak makan.

Aku mengeluh lagi. Lepas je dorang masuk bilik petang tadi, langsung tak keluar-keluar. Semua duduk dalam bilik Yoongi dengan Tae. Apa entah dorang buat.

Kena panggil ni. Tertidur agaknya.

Aku melangkah ke bilik Yoongi. Pintunya tertutup rapat. Aku menolak sedikit daun pintu.

Eh, tak boleh buka?

Dorang kunci lah ni. Aish.

"Tae.. Chim.. Kookie? Sesiapa tolong buka pintu ni."

Aku mengetuk pintu tu beberapa kali seraya memanggil-manggil nama dorang. Sorang pun tak nyahut.

"Jangan lah macam ni. Jom makan? Noona dah masak ni."

Masih tiada sahutan. Aku mengeluh. Takkan nak biar dorang tidur tanpa makan.

"Noona ada beli icecream tadi. Lepas makan nasi kita makan icecream, nak?"

Kreeeet......

Wajah Jungkook terpacul di balik pintu. Dia masih berjengket seraya tangannya memegang tombol pintu.

"Yah! Kan aku dah kata jangan buka pintu."

Jin berbisik pada Jungkook. Tapi aku boleh dengar. Bisik ke tu Jin? Mana taknya, Jin dekat katil, Jungkook depan pintu ni.

"Teeheee. Kookie nak icecream. Mianhe Jin.."

Jungkook memandang Jin dengan senyuman. Jarinya digigit-gigit.

Eh, berdarah karang kena gigi kau yang tajam tu Kookie.

"Kookie nak makan kan? Jom. Ajak yang lain sama."

Aku bertinggung seraya memegang pinggang Jungkook. Rindunya! Nak je aku peluk dia.

Haih, baru beberapa jam aku tak dengar kebisingan dorang dah rindu macam ni. Tapi dorang macam tengah lancarkan perang je.

Perang mogok. Berdasarkan apa yang Jin cakap kat Jungkook tadi.

"Andwe noona. Kookie kena duduk dalam bilik ni sampai omma balik."

"Hah? Kenapa pula? Omma balik lambat lagi Kookie."

"Meolla. Dorang yang kata kat Kookie macam tu."

Jungkook ni kot ye pun nak juih bibir janganlah sampai terpecik air liur kat muka aku. Sabar jelah.

"Tepi. Noona nak masuk."

Aku dah berdiri. Berura-ura nak masuk. Eh eh tetiba ada tangan kecil yang menghalang. Aku pandang bawah. Jungkook tengah menggeleng.

"Tak boleh noona..."

"Haih, Kookie.. please?"

Dia masih menggeleng. Aku tengah leka pandang muka Kookie. Tiba-tiba, ada lagi satu tangan yang kecil memeluk Kookie dari belakang.

"Chim ditugaskan untuk jaga Kookie. Jadi, noona tak boleh marah Kookie."

"Ala, Chim pun sama? Chim dengan Kookie tak sayang noona ke?"

Aku desperate ni. Nak tau apa keadaan si budak hijau tu. Dorang tutup lampu. So, aku memang tak nampak apa kat belakang Kookie dengan Chim.

Kookie dengan Chim pandang sesama dorang. Lepas tu angguk. Aku pun tak faham apa yang diangguk. Siap bisik-bisik lagi.

"Noona boleh masuk. Tapi janji belikan Chim dengan Kookie icecream sorang satu bekas?"

Aku mengerutkan dahi. Mana budak-budak ni belajar taktik ni.

Aku pun angguk jelah. Setakat icecream. Satu lori pun aku boleh belikan untuk korang, huhu.

Tangan kecilnya yang menghalang jalan aku diangkat. Membenarkan aku lalu. Aku masuk je bilik tu terus aku buka lampu.

Namjoon, Hoseok dengan Jin tengah duduk mengelilingi Yoongi yang terbaring. Semua mata memandang ke arah aku bila lampu dibuka.

Aku perasan Jin pandang je Kookie dengan Chim yang dah menyorok belakang aku.

"Noona nak apa?"

Amboi garangnya Namjoon ni.

Haih, apalah nasib aku. Dorang salah, aku juga kena pujuk.

"Yoongi kenapa?"

Aku terdengar esak tangisnya. Muka dia ditekupkan pada bantal. Cuba nak kurangkan bunyi agaknya?

"Tak ada apa. Kitorang boleh jaga dia."

Jin kembali memberikan perhatiannya pada Yoongi. Aku dengar dorang macam cuba tenangkan Yoongi.

Tak ada cara lain. Aku terus angkat sorang demi sorang budak-budak ni ke tepi. Sampai tinggal Yoongi je. Dia tengah berselimut sampai leher.

"Noona-"

Aku menunjukkan isyarat supaya diam dekat Hoseok. Aku tau dia nak protes.

"Biarlah noona yang tengokkan. Kita bukan boleh buat apa pun.."

Taehyung bersuara seraya memandang aku.

Lalu dorang pun biarkan jelah aku dekat dengan Yoongi.

Aku menjenguk Yoongi yang menekupkan wajahnya dengan bantal. Badannya yang menelungkup aku tolak supaya dia menghadap aku.

Mata aku membulat.

Muka dia merah sangat. Peluh mengalir dari dahi dia. Bibir dia pucat. Matanya terpejam rapat dengan air mata yang masih mengalir.

Aku memegang dahinya. Omma! Panasnya!

"Jangan sentuh Yoongi..."

Yoongi cuba menepis tangan aku yang masih elok mendarat dekat dahi dia. Hah, aku peduli apa. Sekarang ni aku cuma risaukan keadaan dia.

"Joon, ambil kunci kereta. Kita kena bawa Yoongi jumpa doktor!"

***

Aku memandang sekilas Yoongi yang dipangku Namjoon disebelah. Risau betul aku muka dia merah sangat. Panas pula tu.

"Noona, lambat lagi ke? Joon risaulah."

Namjoon memandang Yoongi seraya mengusap-usap pipinya. Yoongi pula tutup mata je sepanjang perjalanan ni dengan mulut dia terbuka sikit. Entah tidur ke sakit ke aku pun musykil.

"Sekejap lagi sampai ni. Korang kenapa diam sangat? Tidur ke?"

Aku mengalihkan pandangan daripada Namjoon dan Yoongi ke cermin pandang belakang kereta ni. Budak berlima dekat belakang tu semua dah terlentok-lentok. Patutlah pun diam semacam.

Memang aku tak nak bawa dorang sebab dah lewat malam. Tapi.. Nak tinggal lagilah risau.

Sepanjang perjalanan, aku berdoa supaya Yoongi tak apa-apa dan esok budak-budak ni dapat pergi sekolah.

Harap-harap semuanya okay.

BTS Kids?Where stories live. Discover now