BAB 21

9.8K 366 19
                                    

"BANYAK lagi ke yang nak kena kemas ni?" Ethan menyoal sambil menyeka peluh yang lencun didahinya. Sedikit mengah kerana mengangkat perabot yang maha berat Hannah. Tak berkenan pula dengan susunan sebelum ini katanya. Rumah dah lama kena tinggal, lama jugaklah masa yang diambil untuk mengemasnya semula. Buat kerja berdua tapi ibarat membuat kerja seorang diri. Hannah kerjanya mengarah je. Bengkak hati den ni.

"Susun barang dekat kabinet dapur tu," arah Hannah tanpa memandang Ethan. Ada objek bulat berbulu yang menarik perhatiannya.

Anak kucing gebu berbulu coklat cair bergesel dekat dengan kaki Hannah. Mata biru kucing tu menggoda Hannah sepertimana Hannah tergoda dengan mata biru Ethan.

"Eh, comelnya dia." Hannah mengangkat perlahan tubuh anak kucing yang sedang memanjat kakinya itu. Kepala ditala kearah Ethan yang sibuk menyusun barang dikabinet dapur pula.

"Kucing kau ke?" Digomol kucing berbulu lebat itu.

"Ada orang lain ke dalam rumah ni?" Hannah mencebik. Tanya sikit pun perli. Menyampah. Cubalah bawa berbaik dengan isteri terchenta ni. Ahaks.

"Tak sangkakan kau suka kucing. Apa nama dia?" soal Hannah lalu duduk dan meriba anak kucing comel itu.

"Marchmellow." Jeling Ethan sedikit pada Hannah yang duduk melepak. Ewah-ewah, senang betul kerja mak cik tu. Dia suruh kita buat kerja, dia pulak pergi duduk rileks goyang kaki. Tabahkan hatimu Ethan.

"Sweetnya nama dia." Hannah tersenyum sendiri lalu melagakan hidung mancungnya dengan hidung Marchmellow.

"You lagi sweetlah cupcake. Manis bergula." Manis Ethan tersenyum seraya mengenyit sebelah matanya nakal. Okey, boleh cair meleleh tambahan pulak dengan cuaca panas dekat luar.

"Kalau manis sangat nanti cepat muak. Aku nak jadi fruitheart je. Tak manis sangat, tak masam sangat. Sedang-sedang je. Elok untuk penghadaman pulak tu." Hannah sengih nakal sambil matanya menganalisa riak wajah encik suami.

"Kalau you ni buah. I nak ngap jadikan you dessert lunch nanti."

Erkk! Sendiri nak kenakan, sendiri yang terkena. Makan dalam oo. Boleh tahan jugak gayboy ni.

Ting!

"Aha, cakap pasal lunch. Erm sebenarnya.. Sebenarnya.." Hannah teragak-agak mahu memberitahu Ethan. Jari-jemarinya bersulam sesama sendiri. Bibir merahnya yang basah digigit perlahan.

"Barang dapur takde ke?"

Geleng.

"Peralatan nak masak takde?"

Geleng.

Ethan mendengus. Kalau dah semuanya bukan, dah tu apa?

"You nak apa sebenarnya Hannah Adlina?" Bibir diketap rapat melihat Hannah tersengih-sengih.

"Jom makan luar. Aku malas nak masaklah." Hannah sengih tayang gigi. Ethan menarik nafas panjang dan dihela perlahan. Argh, aku sekeh jugak budak ni karang! Nak ajak makan luar mengalahkan orang nak ajak kahwin.

Kuat drama.

HANNAH menutup mulutnya yang menguap luas, mengantuk. Lama betullah makanan ni nak sampai. Dahlah perut dah buat perhimpunan haram dah ni. Hoi makanan, kemarilah engkau.

Kecundang, Hannah menjatuhkan kepalanya diatas meja sementara Ethan mengetuk-ngetuk meja itu dengan hujung jari-jemari cantiknya. Bosan. Ethan geleng kepala tengok Hannah. Dahlah keluar ni pakai ikut dan je. Selebet segala, kasut pun pakai kasut selipar up sikit dari selipar jamban.

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now