part 17

1.5K 88 0
                                    


Hafiz memandang kosong whiteboard dihadapannya. Apa yang diajar oleh pensyarah, en.hakim langsung tidak masuk ke kepala. Fikirannya menyimpang jauh. Sesekali dia memandang ke luar jendela. Melihat kehijauan pokok dan kebiruan langit sedikit sebanyak menenangkan jiwanya.

Apa lagi yang akan berlaku lepas ni? Kalau betul semua ni dah berakhir, kenapa sampai sekarang gangguan makhluk2 itu padanya masih belum berhenti? Adakah dia orang terpilih untuk dibuka hijabnya? Ya Allah. Minta dijauhkan semua itu. Tidak sanggup rasanya. dia bukanlah seorang penakut, tetapi keberaniannya kadang2 ada hadnya juga.

Lamunanya terhenti apabila salah seorang pelajar perempuan di kelasnya tiba2 menjerit nyaring. Hafiz memandang tepat ke arah gadis itu. en.hakim mula mendekati gadis itu sambil bertanya kenapa sebelum seorang lagi mula menjerit. Kedua2 nya menutup kedua2 belah telinga mereka sambil menjerit.

Semua yang berada di kelas itu mula menggelabah. en.hakim meminta seorang pelajar kelasnya memanggil ustaz firdaus.  Hafiz masih tidak mengalihkan pandangannya dari kedua2 gadis yang menjerit itu. Sebaik sahaja ustaz firdaus sampai, kedua2nya berhenti menjerit. Mata mereka bertukar warna. Warnanya seakan2 kuning. Kedua2nya mula merangkak ke sekeliling kelas. Ustaz firdaus sudah terkumit2 membaca sesuatu.

"Apa kau pandang tuu?" Soal salah seorang gadis yang di rasuk. Suaranya sudah berubah. Seakan2 suara seorang lelaki.

"Apa kau pandang2?" Soal seorang lagi dengan nada yang sama. Kedua2 mereka menyeringai.

"Apa kau nak? Kenapa kau ganggu mereka?" Soal ustaz firdaus.

"Kami nak... kami nak diaa" kedua2 mereka memandang ke arah hafiz. Begitu juga yang lain.

"A... aku? Kenapa aku?! Apa kau nak dari aku?! Kenapa kau suka kacau aku?! Apa yang aku dah buat pada kau, syaitan!?" Hafiz sudah tidak dapat menahan marahnya lagi. Dia ingin tahu. kenapa hanya dia yang selalu diganggu. Kenapa dia?
Kedua2 gadis itu masih merangkak sebelum mereka ketawa mengilai.

"Apa yang kau nak dari hafiz?" Soal ustaz firdaus.
Mereka tidak menjawab sebaliknya salah seorang dari mereka mula melompat menerkam ke arah Hafiz. Badan hafiz dicakar2. Habis bajunya koyak rabak. mereka yang berada di situ mula menolong. kedua2 belah tangan mereka dipegang kemas. Salah seorang rakannya menarik Hafiz keluar dari kelas itu sebelum berlalu ke unit kesihatan.

....................................................
"Macammana dengan diorang ustaz?" Soal Hafiz.

"Jangan risau. Diorang tak apa2. Syaitan2 tu dah berjaya dikeluarkan." Jelas ustaz firdaus.

"Apa yang dah berlaku ustaz? Kenapa diorang nak serang hafiz?" Soal sufian. Ustaz firdaus mengeluh perlahan.

"Itu yang ustaz nak tanya hafiz sendiri." Ujar ustaz itu sebelum beralih ke arah hafiz.

"Hafiz, cuba cerita pada saya. Awak memang dah selalu kena kacau ke?" hafiz tertunduk lemah sebelum mengangguk.

"Sejak lepas cuti sem haritu lagi. Saya masuk aje sini terus kena kacau." Hafiz mula menceritakan satu-persatu gangguan yang dialaminya. Juga cerita mengenai izat, sara dan zila. Ustaz firdaus mengangguk2.

"Dengarnya macam dendam yang masih belum berbalas." Ujar ustaz firdaus. Hafiz dan sufian berpandangan sesama sendiri.

"Dendam belum berbalas? Maknanya semua ni still sara yang buat?" Soal Sufian.

"Mungkin. wallahualam." Ujar ustaz firdaus.

"Tapi, apa salah saya? Saya dengan sufian just kebetulan je ada kat situ. Kenapa dia perlu berdendam lagi sedangkan dia sendiri yang salah dalam hal tu?"

"Mungkin dia ada sebab lain tapi sengaja menjadikan kejadian tu sebagai asbab untuk menyalahkan awak. Saya pasti dendam dia pada awak bukan hanya disebabkan oleh kejadian zila saja." Hafiz dan sufian berpandangan sesama sendiri sebelum masing2 menelan air liur.

GELAPWhere stories live. Discover now