Airis bersiap-siap ingin keluar bersama kawan-kawannya. Beginilah kehidupannya bila tidak bekerja. Sudah dipaksa oleh Datin Mahirah dan juga Datuk Azman tetapi Airis masih berdegil tidak mahu bekerja. Katanya dia mahu bercuti panjang.
" Mummy, Airis keluar dulu. Airis balik lewat sikit. " ujar Airis. Tangan Datin Mahirah di salam lalu pipi mereka di lagakan.
" Ada orang nak jumpa kamu dekat luar tu. Dah lama dia tunggu kamu. " kata Datin Mahirah. Airis mengerutkan dahinya. Siapa pula nak jumpa aku ?
" Lelaki ke perempuan ? " tanya Airis .
" Tengok lah sendiri. " Terus Datin Mahirah beredar masuk ke dapur. Airis berjalan ke arah pintu sambil bermain telefon bimbit. Sampai saja di pintu dia dikejutkan dengan kehadiran Edrian. Airis terkaku seketika.
" Morning sweetheart! Ini untuk Riana. " Edrian memberinya tiga kuntum bunga ros merah kepada Airis. Airis mengerutkan dahinya.
" Awak panggil saya Riana? " soal Airis inginkan kepastian. Takut tersilap dengar. Wajah Edrian ceria sahaja. Edrian mengangguk laju.
" Semua orang panggil awak Airis jadi saya nak sedikit berbeza jadi saya panggil awak Riana. Awak pula panggil saya Rian. Nampak macam istimewa kan? " kata Edrian, ceria sambil tangannya masih menghulurkan tiga kuntum bunga ros pada Airis.
Lambat-lambat Airis mengambil bunga di tangan Edrian lalu dia menghidu bunga itu. Sangat-sangat wangi.
" Terima kasih. " ucap Airis sambil tersenyum." Awak nak pergi mana pagi-pagi ni ? " soal Edrian pada Airis yang sedang memakai kasut. Airis mendongakkan sedikit kepalanya untuk memandang Edrian. Edrian ni terlalu tinggi padanya. Bila Airis berdiri bersebelahan Edrian, Airis hanya paras bahu Edrian sahaja.
" Ada date. " jawap Airis selamba. Edrian terdiam seketika.
" Date dengan siapa? " suara Edrian mula mundur.
" Date dengan kawan saya. Jangan risau saya tak curang. " Lalu Airis tertawa. Lambat-lambat Edrian tersenyum. Dia menghela nafas lega. Nasib baik tak di duakan. gumam Edrian dalam hati.
" Awak tak kerja ke Ed ? " soal Airis.
Edrian melihat jam di tangannya lalu dia menggeleng.
" Belum waktu kerja lagi. " balas Edrian.Dahi Airis berkerut.
" Ikutkan kerja office pukul lapan dah masuk kan? kenapa awak tak? " soal Airis sedikit pelik." Saya bukan kerja office lah. Saya cikgu. " beritahu Edrian. Airis tergamam. Bakal suami aku cikgu?!
" Ed, awak cikgu? tak sangkanya bakal suami saya seorang cikgu. Mesti awak cikgu paling kacak dekat sekolah kan? " terdengar suara Airis sedikit teruja bila mendapat tahu Edrian seorang cikgu.
" Macam mana awak boleh cakap macam tu? " Tanya Edrian, pelik. Mana dia tahu aku paling handsome dekat sekolah? ops terpuji diri sendiri pula.
" Saya main agak je. " Airis tersengih. Dia memandang bunga ros yang diberi oleh Edrian.
" Ed, kenapa awak bagi saya tiga kuntum bunga ros? Kenapa tak banyak-banyak macam selalu orang lain bagi dekat teman wanita diorang? "
Edrian tersenyum mendengar soalan itu.
" Tiga kuntum ni bermaksud ' i love you ' atau dalam bahasa melayu ' saya cintakan awak. ' " Jelas Edrian. Airis memandang wajah Edrian lama lalu terbit senyuman di bibir Airis.
YOU ARE READING
Harus Aku Terima ©✔️
Short StoryAku tak pasti jika aku boleh hidup berseorangan di masa hadapan. Aku tak pasti jika aku boleh kuat dengan semua dugaan yang Allah berikan. Aku tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan. Aku tak tahu adakah aku boleh menjadi seorang yang tabah di...