" Papa, kenapa papa datang sorang ? Mama mana ? " soal Lisa yang sedang bermain lego.
" Mama tak sihat. Sebab tu mama tak datang tengok Lisa harini. " jawab Edrian. Lisa berhenti dari bermain lego lalu wajah papanya di pandang.
" Mama sakit apa ? " soal Lisa lagi.
Edrian terdiam seketika lalu bibirnya mengukir senyuman.
" Mama- " belum sempat Edrian menghabiskan ayatnya, telefon bimbit miliknya berbunyi tanda ada satu panggilan masuk.Terpapar nama ' mummy ' di skrin telefon bimbit miliknya. Edrian menekan punat hijau dan menekapkan ke telinganya.
" Ed, datang sini cepat. Mummy tak tahu nak buat ape . Dari tadi Airis meracau-racau panggil nama kamu. " Terdengar suara Datin Mahirah sedikit cemas. Edrian mula risau.
" Macam mana boleh jadi macam tu? " soal Edrian, risau.
" Ada sorang perempuan datang mummy tak pasti siapa perempuan tu. Lepas perempuan tu balik, Airis terus meracau. Mummy tak tahu apa perempuan tu buat pada Airis. " Cerita Datin Mahirah . Terdengar jeritan Airis semakin kuat. Edrian terus bangkit dari tempat duduknya dan mematikan panggilan. Lisa di dukung dan Edrian terus berlari ke arah keretanya.
" Papa, Lisa dah boleh keluar hospital ? " soal Lisa dengan dahi di kerutkan. Edrian tidak menjawab. Edrian tekun dengan pemanduannya.
" Papa ? Kenapa papa nampak cemas ? Anything happen ? " soal Lisa lagi. Lisa mula pelik bila soalannya tidak di jawab.
" Papa ? "
" Shh sayang. Duduk diam-diam. Kita kena pergi tengok mama. " ujar Edrian. Lisa terus mengunci mulutnya dari bersuara.
" Siapa perempuan yang mummy cakap tu ? " soal hati Edrian.
------------
" Rian, dia nak ambil awak dari saya... " Kata Airis dalam esakan. Edrian terus memeluk tubuh Airis dari berhenti mencederakan dirinya sendiri.
" Takde siapa akan ambil saya dari awak Riana. " bisik Edrian di telinga Airis.
" Dia yang cakap pada saya yang dia akan ambil awak dari saya. Dia ugut saya. Saya takut Rian. Saya takut bila dia kata dia akan bunuh saya kalau saya tak pulangkan dia pada awak. " Airis masih belum mampu untuk menenangkan dirinya. Tadi nurse datang mahu menyuntik ubat penenang buat Airis tetapi Edrian tidak mahu. Biar dia yang menenangkan Airis. Ubat penenang akan memberi dia tenang seketika sahaja. Airis pasti akan meracau lagi nanti.
" Awak nampak tak muka dia ? " tanya Edrian pada Airis. Airis menggeleng laju.
" Di tutup muka dia. Saya tak nampak wajah dia. " jawab Airis tersedu-sedu.
Lisa dari tadi menyorok di belakang Edrian. Dia takut mahu datang dekat pada Airis kerana Airis meracau seperti di sampuk hantu.
" Tak apa. Jangan risau, saya ada dekat sini. Berhenti menangis macam ni. Awak takutkan Lisa.. " beritahu Edrian. Airis meleraikan pelukan itu dan matanya tercari-cari di mana Lisa berada.
" Lisa mana? " soal Airis yang sudah mula tenang. Perlahan-lahan Lisa keluar dari menyorok di belakang tubuh sasa Edrian sambil kepalanya tertunduk memandang lantai.
" Lisa meh sini dekat mama. " panggil Airis lembut. Lisa masih tidak berganjak dari tempatnya.
" Mama buat Lisa takut ke ? " soal Airis pada Lisa. Lisa mengangguk kecil.
YOU ARE READING
Harus Aku Terima ©✔️
Short StoryAku tak pasti jika aku boleh hidup berseorangan di masa hadapan. Aku tak pasti jika aku boleh kuat dengan semua dugaan yang Allah berikan. Aku tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan. Aku tak tahu adakah aku boleh menjadi seorang yang tabah di...