Part 1

2.2K 40 1
                                    

Mungkin Dia Orangnya

Suasana pantai amat mendamaikan hati aku. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajahku  dan sekali gus membuatkan aku merasa lebih tenang. Segala masalah yang aku hadapi bagaikan lenyap begitu sahaja.

Aku memerhati sekeliling. Orang terlalu ramai. Maybe sebab musim cuti sama. So, orang ramai bercuti ke sini. Arh! Terasa damai sangat sekarang ni. Aku toleh sekilas ke arah pantai. Di mana abah dan adik-beradik aku sedang bermain air. Tersenyum aku seketika. Gelagat mereka mencuit hati aku.

“ Akak! Mari la join sekali!” salah seorang adik aku melaung.

Aku terus menggelengkan kepala.

“ Tak nak la. Korang main je la!”

Gila ke apa nak aku main air dengan pakaian aku macam ni? Aku tunduk tengok diri aku. Aku mengenakan jubah berwarna purple bersama dengan tudung bulat labuh yang sama warna juga. Memang langsung tak sesuai la kalau ajak main sama. Haha. Mahu orang tengok pelik. Sekarang pun orang dah tengok pelik. Tapi apa yang nak pelik? Bukannya aku tak pakai baju. Entah dorang ni!

Aku ambil tempat dan duduk bersila jauh sikit daripada air. Sempat juga aku menangkap gambar pemandangan indah di pantai pada waktu petang. Cantik sangat. Tak rugi aku datang sini. Sedang elok aku ambil gambar, aku tak sengaja terambil gambar sebuah keluarga. Aku terus letakkan kamera dekat bawah dan melihat ke arah mereka.

Kelihatan ada seorang wanita sebaya mak aku disertai 3 orang hero dan seorang princess tengah jogging. How sweet! Comel pula aku tengok dorang tu. Haha. Lepas tu dua orang hero yang kelihatan lebih muda dari aku tu melintasi aku pula. Memang aku nak tersenyum je la. Comel! Aku perasan pula seorang lagi hero belakang makcik tu. maybe anak sulung sebab nampak lebih tua. Nampak matang sikit. Tak la tua sangat. Haha. Dan dia tengah dukung princess. Adik dia maybe. Haih! Mana la aku tak cair weh! Handsome. Sweet! Arh! Okay melebih. Haha.

“ Akak! Dah kenapa senyum sorang-sorang?” Soal adik aku dengan riak muka tertanya-tanya.

Aku tersedar. Cepat-cepat aku cover dengan seriuskan muka balik.

“ Eh! Mana ada! Tapi salah ke senyum sorang-sorang? Tak kacau kau pun kan?”

Sempat aku menjongketkan kening ke arah dia dengan renungan tajam. Haha.

"Kau ingat cantik buat mcm tu?" Dengusnya lantas berlalu pergi.

Tak puas hati la tu. Haha.

"Tahu takut. Suka hati aku la. Yang kau sibuk-sibuk tu kenapa?" Gumam aku perlahan. Sibuk je dia.

Cerpen: Dia Sang Misteri (COMPLETE)Where stories live. Discover now