Part 2

1.3K 34 0
                                    

Aku kembali toleh ke depan. Dan aku tersentak. Alamak! Dorang perasan ke aku cakap sorang-sorang? Sebab dorang macam tertengok aku je tadi. Adeh! Cover selagi boleh! So, aku hadiahkan senyuman pada mereka. Haha.

Dan lega bila mereka turut balas senyuman aku. Okay! Rasa teruja kejap. Kah! Tambah-tambah anak sulung makcik tu. senyuman dia pergh! Bikin cair hati perempuan macam aku ni. Adeh! Melebih kau Fasihah! Sempat jugalah aku perhati sampai dorang dah hilang. Aku tersenyum lantas kembali melihat ke arah abah dan adik-adik aku.

Tiba-tiba aku terdengar derapan kaki orang. Erk! Siapa pula tu? Gara-gara nak tahu. Aku cepat-cepat toleh ke belakang. Ya Allah! Dua hero tadi! Mereka datang balik? Kenapa erk? Aku lihat mereka dengan senyuman. Dah dorang senyum dekat aku. Nak kata apa lagi? Balas je la. Senyuman tu kan satu sedekah.

Tapi kenapa senyum dekat aku? Macam pelik je. Ke aku pelik sangat petang ni? Biarlah! Aku toleh semula ke depan. Dan aku tersentak besar. Ya Allah! Makcik tu lalu depan aku. Tapi kenapa depan aku? Sah-sah la depan aku tu ada air. Aku tunduk tengok kasut makcik tu. Tak basah ke? Okay! Aku melalut apa ni?

Aku angkat muka bila perasan ada seorang lagi lalu depan aku. Bila aku tengok muka empunya diri tu. Aku terkedu besar. Hero sulung makcik tu tengok aku then senyum. Yang lebih mengejutkan bila jarak aku dengan dia lebih kurang satu inci je. Nasib baik aku duduk. Kalau bangun? Fikir sendirilah.

Aku ingatkan sampai situ ja. Tapi selepas tu lagi dua orang hero pula lalu depan aku dan semestinya dengan senyuman juga. Dah kenapa dengan dorang ni? Senyum pandang-pandang aku. Apa salah aku? Aku buat salah ke? Kenapa banyak kejutan sangat ni?! Wuargh!

“ Akak?”

Aku terus menoleh gara-gara terkejut.

“ Apa?”

“ Kenapa akak nampak terkejut?”

Aku terdiam. Aku cari keluarga tadi. Dah hilang. Arh! Jauhnya aku mengelamun.

“ Tak ada. Tak ada apa-apa lah.”

Terus aku tutup muka. Rasa malu dan pelik menerpa ke dalam hati. Aiseyman! Lupakan soal tadi. Lupa! Tapi rupa lelaki tadi aku memang tak boleh lupa. Adeh!

Cerpen: Dia Sang Misteri (COMPLETE)Where stories live. Discover now