Part 4

996 25 3
                                    

Beberapa hari telah pun berlalu. Ini bermakna dah dekat seminggu kejadian terserempak dengan lelaki tu berlalu. Aku tak habis fikir betul fasal dia. Entah! Aku pun tak faham. Dah kenapa lately ni asyik terfikir lelaki asing tu je. Huh! Buang masa betul lah. Baik sambung kerja.

Yalah. Takkan aku nak tinggalkan butik aku ni dekat pekerja aku je. Kesian la dorang. Nama je boss tapi menyusahkan pekerja apa kes kan? So, aku kena juga kerja balik. Lupakanlah kejap fasal lelaki tu Fasihah!

" Boss!" Sergahan salah seorang pekerja aku, Rina membuatkan aku tersentak. Sekali gus membuatkan aku melupakan fasal kes minggu lepas.

"Apa dia intan payung yang paling bagus dalam menguruskan butik saya." Perli aku lantas sambung kerja aku yang tergendala tadi.

"Maaf la boss, saja je buat macam tu. Yela boss tu buat kerja ke termenung? Tu pasal saya sergah tadi. Ada apa-apa yang menarik ke waktu cuti sampai tersenyum sorang-sorang ni? " Tanya Rina kepadaku dengan riak muka ingin tahu dia tu.

Aku merenung tajam ke arah dia. Rina ni pekerja aku merangkap kawan baik aku sejak aku kenal dengan dia. Dia ni dah la cantik, tinggi pula tu. Boleh dikatakan cukup pakej la. Tak macam aku pendek tapi comel. Okay! Perasan kau Fasihah!

" Banyak cantik muka kau, aku tengah cuci baju tak nampak ke? Ada ke patut kata aku termenung, buang masa je. Dah kau nampak aku tengah buat kerja, buat kerja la. Pasal cuti aku mestilah menarik. Sapa tak suka bercuti? Rugi kau tolak tawaran aku nak ajak kau pergi bercuti." Ejek aku dekat Rina.

Butik aku ni boleh dikatakan butik untuk pengantin dan muslimah, semua baju aku jual. Hehe.

" Eleh orang tanya sikit dah sentap. Bukan saya tak nak pergi la dah ada hal lain yang saya perlu uruskan nak buat macam mana." Ujarnya  sambil bermain dengan pen.

" Yang kau ni tak da kerja ke nak buat. Kacau aku je kerjanya. Jangan sampai aku potong gaji kau kot.” Ujarku dengan senyuman sinis pada dia. Lebih pada nak mengusik je sebenarnya.

" Tahula awak boss. Tapi tak perlu la sampai potong gaji. Saya ni cukup makan-makan je takkan la tak kesian. Jahat punya kawan." Ujarnya dengan riak tak puas hati. Belum cukup dengan tu, kaki pula dihentaknya ke lantai. Tanda protes la tu. Haha.

Bila dia berlalu, aku pula tersengih. Aku bukan apa. Cuma tak nak terlalu layan dia. Aku kalau dengan dia berbual. Sampai ke esok pagi pun  belum tentu habis. Mulut kecoh biasa la tu. Lagipun takkanlah aku nak potong gaji dia. Tak ada sebab. Haha. Sambung kerja la Fasihah.

Sedang aku mengira stok pakaian bulan ni. Telinga aku tiba-tiba terdengar bunyi bising dekat depan. Pelik! Siapa pula yang buat kecoh dalam butik aku ni. Tanpa berlengah aku terus keluar untuk melihat apa yang telah berlaku.

" Rina? Kenapa ni? Kecoh je aku dengar. Sampai dalam bilik boleh dengar. Ada apa sebenarnya ni." Aku memandang pelik ke arah Rina.

Rina tengok aku kemudian memuncungkan mulutnya ke arah gadis di depannya saat itu. Oh! Aku baru perasan. Aku tengok perempuan tu dengan senyuman senget. Seksi gila. Apa yang dia buat dekat sini? Kalau nak beli pakaian macam dia rasanya bukan butik aku tempatnya. Ke dia silap butik? Dah tu mata tu pula asyik jeling ke arah aku je. Apa? Nak cari fasal?

" Ye cik? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Soalku. Custome always right Fasihah.

"I Jasmine. I nak cari baju muslimah design terbaru." Ujarnya  dengan gaya angkuh extra gedik nak termuntah aku tengok.

Sabar jela dengan pelanggan aku ni. Sombong betul dia ni belum ditambah dengan kegedikan dia. Nasib kau ni pelanggan aku. Kalau tak memang aku dah seret kau keluar dari sini.

"Oh sila ikut saya ye cik. Baju ni untuk siapa ye?" Dengan senyuman aku menyoal dia. Tapi hampa bila dia beri aku jelingan maut. Haih! Ni memang cari fasal namanya. Aku sepak jangan tanya kenapa.

"Untuk auntie I. I nak bagi hadiah untuk hari jadi dia." Jawabnya sambil membelek baju dekat situ.

Aku membuat anggukan kecil. Aku tengok dia dengan perasaan sabar. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Sempat juga dia tengok ke arah aku sebelum menjawab panggilan tersebut. Macam nak makan orang je gayanya.

“ Hello you.  Kenapa? I ada dekat butik sparkle ni. You datang sini la. Okay bye.” 

Dia kembali memilih baju bila panggilan tamat.

" Hurm cik. Saya pergi ke hadapan kejap. Pilih la yang mana suka. Rina tolong ye? "

“ Okay.”

Aku biarkan je dorang memilih baju yang dorang suka. Aku gerak ke pintu utama butik. Sebenarnya nak tenangkan diri kejap. Sebab dari tadi rasa semacam je. Baru je aku nak tolak pintu ke arah luar, ada seseorang terlebih dahulu tolak ke arah dalam. Aku terdiam seketika.

Tapi bila aku tengok ke arah tuan punya diri. Aku tersentak kecil. Dia pun macam tu juga. Masing-masing terkedu. Cuma, tak lama bila aku sedar yang aku dah memandangnya terlalu lama. Cepat-cepat aku berikan dia laluan untuk masuk. Maybe lelaki ni yang Jasmine maksudkan tadi.

“ Awak!”

Aku baru nak berlalu. Dia dah panggil. So, sekarang aku membelakangi dia. Tak tahu kenapa hati aku tak kuat nak berdepan dengan dia. Jantung dah mula memainkan rentak. Argh! Dah kenapa? Tapi kan? Betul ke dia panggil aku? Okay! Blur kejap.

“ Awak?”

Aku jadi teragak-agak nak toleh. Tapi dia macam menanti jawapan aku. So, aku pun toleh ke arah dia dengan senyuman kekok.

“ Saya ke?”

“ Yela. Takkan patung sebelah awak pula?”

Aku tersengih kekok. Buat lawak pula.

“ Kenapa dengan saya?” Soalku bila dia macam tak ada tanda nak cakap.

“ Awak buat apa dekat sini?” Soalnya dengan senyuman manisnya tu.

“ Erk.”

Aku tak sempat jawab bila Jasmine dan Rina datang. Aku pula cepat-cepat tengok ke arah lain. Tak nak kantoi dengan Jasmine.

“ You! Jom. I dah dapat apa yang I nak.” Suara Jasmine dengan riak gembira.

Aku tengok pula ke arah lelaki itu. Dia pun turut tersenyum. But, why he don’t looked happy. I mean, nampak macam paksa diri untuk senyum. Tak macam senyum dekat aku tadi. Okay! Perasan kau!

“ Okay jom. You pergi dulu. Nanti I menyusul.”

“ Okay.”

Usai saja kelibat Jasmine hilang. Dia kembali fokus padaku. Aku pula dah terkelu lidah nak berkata-kata. Mujur Rina dah masuk ke dalam kembali.

“ Saya tak tahu kenapa. Tapi saya makin yakin yang saya perlu tahu awak.”

Aku terkedu. Kedengaran tegas kata-kata dia.

“ Apa awak maksudkan ni?” Aku tersenyum sinis. Berpura-pura tak tahu apa-apa.

“ Awak sang misteri tu.”

Dia berlalu tanpa sempat aku menanya lebih lanjut. Sepatutnya aku yang cakap dekat dia. Dia yang sang misteri. Bukan aku. muncul then menghilang. Arghh! Serabut!! Siapa kau wahai sang misteri!!!

**

Cerpen: Dia Sang Misteri (COMPLETE)Where stories live. Discover now