MAAF LAMBAT UPDATE

792 22 0
                                    

Okeyy, tq yg sudi bace and vote. Sy masih baru dlm bidang ni. Mohon beri tunjuk ajar.
Best tak cter ni? Ahahaha..
.
.
.
Sebulan kemudian…

Selepas hampir seminggu aku dan Rina usaha naikkan nama butik balik. Aku dan Rina mampu menghembus nafas lega sebab kami berjaya. Jasmine pula dah tak kacau aku. Dia macam reda dengan apa yang terjadi. Malah dengar dia juga dah berhijrah ke luar negara.

Aku? Aku ambil cuti yang sangat panjang. Tenangkan fikiran dan cuba nak move on. Move on? Kau sedang tipu diri kau Fasihah. Sedangkan kau tengah tunggu dia kan? Tunggu dia dekat pantai ni setiap hari. Dah hampir sebulan Fasihah! Tapi dia tak muncul-muncul pun.

Aku mengeluh kecil. Kenapa aku still tunggu dia sedangkan dia dah pergi. Aku tengok ke arah pantai. Ramai orang bermandi manda petang ni. Musim hujung minggu sama. Aku tarik senyuman hambar.

Perlahan-lahan aku mendekati gigi air pantai. Aku duduk situ sambil melihat panorama petang. Teringat pula di mana pertama kali aku jumpa dia dekat sini. Arh! Aku rindu dia!

“ Hai.”

Aku duduk tegak. Aku toleh ke kiri. Eh! Semenjak bila lelaki ni duduk sebelah  aku? Dah tu tengok aku sambil tersenyum pula. Aku tak balas senyuman dia tapi terus tengok ke arah lain. Dia ni silap orang ke?

“ Tak kenal ke? Dah lupa kita ke?”

Aku tengok dia sekali lagi. Siapa lelaki ni?

“ Siapa?”

“ Dulu. kami pernah datang. Dengan mak kita. Saya dengan adik saya dan abang saya. Dah lupa ke?”

Aku cuba mengimbas memori lalu. Aku amati wajah dia. Dan bila dapat kesan, aku tersentak besar. Ya Allah! Adik sang misteri tu ke?

“ Ingat pun.”

Dia kembali tengok ke arah pantai. Aku pula dah tergamam. ini adik dia. Jadi dia?

“ Awak tak rindu abang saya ke?”

Aku terkedu. Siapa kata tak rindu.

“ Dia rindu awak Fasihah. Terlalu rindu.”

Aku tersenyum hambar. Kalau rindu kenapa tak datang cari?

“ Dia takut nak cari awak sebab awak tak nak terima dia. Dia kecewa Fasihah. Dia tunang tu pun sebab terdesak. Sebab mama  saya. Tapi dia akhirnya minta putus bila dia asyik teringatkan awak. dia tak boleh go on. Awak tak kesiankan dia ke Fasihah?”

Aku tutup telinga. Tak mahu dengar apa-apa lagi. Aku takut kalau aku nangis lagi.

“ Awak langsung tak ada perasaan dekat dia ke?”

Aku pejamkan mata. Tipulah kalau kata tak ada.

“ Kalau betul awak ada perasaan dekat dia. Awak beritahu lah dia.”

Aku buka mata dan toleh ke arah dia. Dia tersenyum lantas bangun duduk. Aku jatuhkan tangan aku ke bawah. Melihat dia pergi begitu je. Buatkan aku terpinga-pinga. Tapi pada masa yang sama aku sedih. Sedih kalau betul aku tak dapat jumpa dia lagi.

Tak tahu kenapa aku rasa macam tak kena. Aku rasa macam diperhati. Tapi adik dia dah pergi tadi. Tak mahu terus layan perasaan. Aku bangun berdiri. Dan renung jauh ke hadapan. Tapi aku tak sempat nak berlalu bila ada seseorang lalu tepat di hadapan aku. Cuma kali ini dia tidak tersenyum. Cuma berdiri kaku depan aku. Turut membuatkan aku terkaku.

“ Fasihah.”

Aku tersedar. Aku pantas menoleh ke arah lain. Ya Allah! Dia muncul jua akhirnya!

“ Maaf. Saya kacau awak lagi.”

Aku gigit bibir. Kenapa suasana sekarang rasa menyedihkan? Dia dah muncul Fasihah. Takkan nak biar dia pergi lagi macam hari tu?

“ kenapa awak yang perlu hadir dalam hidup saya?” Ujarnya lagi.

Aku tarik nafas dalam-dalam dan beranikan diri melihat ke arah dia.

“ Awak sang misteri. Kenapa awak misteri sangat?” Akhirnya. Keluar juga suara aku.

Dia tersenyum. Dan senyuman itulah yang aku rindukan sangat.

“ Sebab awak pun misteri sangat. Sebab awak misteri la yang buatkan saya jatuh cinta.”

Aku tahan diri daripada menitiskan air mata. Cuba kuatkan hati.

“ Mudahnya?”

“ Ye. Semenjak pertama kali kita bertemu.”

“ Tapi..”

“ Sampai bila nak sembunyi ni Fasihah? Kenapa awak setia tunggu dekat pantai ni kalau bukan sebab saya kan?”

Aku terkedu. Dia tahu ke aku tunggu dia?

“ Mata awak menceritakan segala-galanya Fasihah.”

Aku larikan gerak mata aku ke lain. Serentak itu tangan aku terketar-ketar. Jantung mula memainkan rentak. Aku tarik senyuman kecil. kekok sebenarnya.

“ So? Takkan nak lari lagi?”

Aku tutup telinga dan berlalu daripada dia.

“ tak nak dengar! Tak nak dengar!”

“ Hahahaha. I got you Fasihah!”

“ Bla bla bla!”

“ kita kahwin?”

“ Lalalalala.”

“ Hahaha.”

Tapi hati aku dah tersenyum sekarang. Aku toleh ke arah dia sekilas. Dia nampak gembira sangat. Ini kah yang dia nak kan selama ini? Bermakna dia sangat mengharapkan aku. Aduh! Aku rasa nak tersenyum juga ni.

“ Fasihah!”

Langkahku terhenti. Bersedia mendengar kata-kata dia yang seterusnya.

“ I love you! Marry me?”

Terus aku berlalu tanpa memberi jawapan pada dia. Sang Misteri. Aku malu! Argh!
...............
.......
....

Cerpen: Dia Sang Misteri (COMPLETE)Where stories live. Discover now