CHAPTER 32:HAPPY

3.8K 236 4
                                    

Setalah siap bersiap heying mula duduk di katilnya,dia mula termenung dan fikirannya mula terkenang kejadian sebentar tadi.

Betul ke apa yang dia dengar?macam tak logik?apahal jimin mengaku yang dia tu namjachingu heying?sedangkan mereka tiada hubungan.

"Mungkin dia sengaja kut,yelah kut la dia nak sedapkan hati chan oppa sebab tu dia jawab macam tu,lagipun mesti la chan oppa pelik chingu namja hantar dia sampai ke rumah,hmmm agaknya yang ni betul kut"kata heying seorang diri,dia dapat rasakan yang dijawab tadi betul tekaannya jimin sengaja mereka-reka cerita supaya chanyeol oppa tidak curiga.

Krak!!

Timbol pintu bilik heying terbuka membuatkan heying tersedar dari lamunan,matanya mula memandang wajah seseorang itu disebalik pintu.

Dan orang tersebut ialah...

Park jimin...

"Hi!dah sihat?"sapa jimin ceria bibir diukir senyuman manis lalu dihampiri heying yang sedang duduk di katil.

Setelah tiba di hadapan heying lantas ditarik kerusi solek heying,dan buntutnya terus duduk di hadapan heying,ditenung muka heying sehingga tidak perasan yang tangannya mula menyentuh luka yang terdapat pada dahi heying.

Heying yang terkejut dengan tindakan jimin hanya terkaku,habis pipinya berwarna merah akibat perbuatan jimin.

Malu wehh!!

Jimin yang perasan akan perbuatannya cepat-cepat menarik tanggannya,dia mula mengaru tekuknya yang tidak gatal itu.

Keadaan mula terasa kekok apabila kedua-dua manusia tersebut berdiam diri,akhirnya jimin menghela nafasnya sebelum berbicara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Keadaan mula terasa kekok apabila kedua-dua manusia tersebut berdiam diri,akhirnya jimin menghela nafasnya sebelum berbicara.

"Awak!"kata mereka serentak kedua-duanya terkedu sebentar.

"Cakap dulu!"kata mereka berdua serentak lagi,kali ini mata masing-masing memandang diantara satu sama lain lalu terletus la ketawa mereka berdua.

"Hahaha awak cakap dulu la"ucap heying dalam ketawa matanya memandang muka jimin hmm handsome.

"Hmm ok saya nak tanya kenapa dengan dahi tu?"tanya jimin sambil memerhati luka yang terdapat pada dahi heying.

Heying mula menyentuh lukanya itu,baru dia sedar yang dahinya luka,tu la sibuk mengelamun kan dah lupa yang dahi sendiri luka.

"Ouh luka ni sebab,masa mandi tadi botol syampu terjatuh atas dahi saya,masa saya donggak kepala saya untuk ambil botol syampu hehe"sengih heying apabila sedar akan kelalaiannya.

Jimin hanya mengeleng kepala,tangannya mula menyeluk poket seluarnya dan dia mula mengeluarkan plaster yang dibawa ke mana-mana sahaja,nasib tadi tergerak nak bawak kalau tidak dicium dahi heying biar pedihnya hilang.

Dikoyak plastik plaster lalu dilekatkan di dahi heying,heying mula terasa malu dengan perbuatan jimin,haish!prihatin sungguh.

"Err..awak datang ni ada apa?nak ajak saya keluar ke?"tanya heying apabila dari tadi lagi jimin mengusap-usap dahinya membuatkan dirinya mula terasa tidak selesa.

HE IS VAMPIRE?? [COMPLETE]Where stories live. Discover now