CHAPTER 43:KING??

3.4K 207 9
                                    

"Chim malam nanti betul ke yang appa chim nak jumpa semua vampire?"tanya jin setelah memastikan heying tiada di situ.

"Nae wae hyung?"jawab jimin sambil mengangkat keningnya.

"Tak ada apa,tapi hyung dapat rasakan,peperangan akan berlaku tak lama lagi"keluh jin menarik nafas,perkara yang dibenci olehnya,semestinya peperangan.

"Kita kena hadapi jugak hyung"kata rapmon menepuk bahu jin,dia tahu sebab apa jin tak suka,kerana ada nyawa terkorban semasa berperang.

Sudah semestinya adik jin,kim hara,si gadis yang ceria tetapi garang dan tegas.

"Hyung rasa raja dah ada rancangan ke?"tanya jungkook.

"Molla"jawab v mengangkat bahu,dia pun turut pening,apa lagi la si vampire hunter yang gilakan kuasa tu nak?.

Nak kawal satu planet bumi ni ke?tak cukup ke kawal di alam vampire?bumi pun nak?dasar tamak.

"Kita kena bersedia,aku ada dengar yang vampire hunter sudah membuat persediaan,untuk peperangan itu"kata suga menyilang tangannya di dada.

Buat pertama kalinya dia tidak tidur,kerana masalah vampire hunter bukan boleh dipandang remeh,silap haribulan dirinya tentu sudah tiada.

"Apa-apa pun bersiap sedia,tae dapat rasakan ada sesuatu yang akan berlaku"jawab v risau,dahinya berkerut seperti seolah-olah risaukan sesuatu.

Dia tak pernah rasa perasaan risau sebelum ini,kali terakhir pun masa di peperangan kali kedua.

"Jangan risau hyung pasti keadaan akan selamat"pujuk jin menepuk bahu v,walaupun hati nya turut berasa tidak sedap hati.

Dibuang fikiran yang negatif dan difikirkan perkara positif,dia selaku paling tertua dalam kalangan mereka haruslah menunjukkan sikap tenang.

V hanya senyuman pahit,dilihat ke arah jimin yang larit memandang heying yang sedang bergelak ketawa dengan chorong dan bomi.

Entah mengapa dia dapat rasakan,senyuman yang terukir di bibir jimin akan hilang.

Namun disedapkan hati nya supaya tidak berfikiran bukan bukan.

*****

"Hahahha kelakar la korang berdua ini,macam mana boleh terjatuh di dalam sungai?"tanya heying dalam ketawa,dikesat air mata yang mengalir di tubir matanya.

Ini lah akibatnya kalau gelak tidak henti henti,sampaikan air mata pun nak keluar.

"Chorong ni la,boleh pulak dia tolak aku sebab takut lipas,habis aku terjatuh ke dalam sungai,tapi bila diingat kembali rasa macam nak gelak guling² pun ya sebab muka chorong lawak hahaha"gelak bomi kuat,tangan ditepuk tanda suka.

Chorong yang berada di sebelah bomi sudah menarik muka,mana mungkin dia boleh lupakan kejadian itu,sudah la memalukan diketawakan oleh chingu nya pula tu.

Ini semua bomi punya pasal kerana tidak reti nak tutup mulut,tahu nak diceritakan hal itu kepada chingunya.

Merah habis mukanya,apabila diusik oleh chingunya.

"Hahahaha dah la ying nak pergi kat yuju kejap"pinta heying dalam ketawa,senak perutnya apabila mendengar kisah chorong dan bomi.

Nasib la tak terkeluar usus perut,kalau tidak satu kelas bertempiaran lari menyelamatkan diri.

"Yela"jawab chorong dan bomi membuat tanda ok.

"Kau rasa sebab apa king nak jumpa kita?"tanya satu suara separuh berbisik.

Heying yang baru hendak melangkah ke arah yuju terbantut,diberhentikan langkahnya dan dia mula memasang telinga.

Tadi dia ada terdengar perkataan king??kalau king raja kan??sapa pulak raja ni??.

HE IS VAMPIRE?? [COMPLETE]Where stories live. Discover now