Effort leads success

1.3K 81 0
                                    

Tatkala malam sepertiga,
Ku bangun dari lena yang nyenyak,
Berlandaskan niat aku tersedar,
Paksakan diri lantas ku bangkit.

Dalam akhir sujud ku titipkan,
Sekalung doa buat diri,
Minta dipermudah segala hajat,
Moga ia dipanjat Ilahi.

Bersuasana sepi ku bisikkn pada diri,
Bahawa ilmu perlu dicari,
Bertemankan cahaya dan meja di kamar,
Bermulalah sesi mentelaah ilmu.

Ku yakin,
Dengan adanya usaha dan semangat yang berterusan,
Pasti impianku mudah dikecapi.

Namun,
Seandainya impian itu tak dapat ku genggami,
Aku terima dengan redha,
Pasti ada hikmah disebaliknya.

Kerana aku tahu,
Perancangan Ilahi itu lebih baik dari segalanya,
Kerana Dia sebaik-baik perancang.

Tulus ikhlas,
-nurhannahfahadahuzaimy
-290916
-0156

QUOTES BUAT DIRIOnde histórias criam vida. Descubra agora