Part 56

1K 47 0
                                    


Jika carutan dan makian itu adalah makanan buat iman kamu, maka teruskanlah. Dan jika kesombongan itu adalah pakaianmu, maka teruskanlah. Bukan engkau tidak tahu menilai, mana yang salah dan mana yang terbaik untuk kau kerjakan. Kerana pada aku, engkau sudah mumayiz!

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Memang benar, kehidupan dan corak hidup manusia itu berbeza. Tapi engkau tidak seharusnya tetap meletakkan itu sebagai alasan untuk tidak keluar dari sangkar yang memenjarakan diri kau ke arah kebatilan. Dan akhirnya langsung tidak berkesempatan untuk melahirkan rasa khauf dan roja'.

Dan sesungguhnya dalam hidup ada dua pilihan. Sama ada jalan yang lurus ataupun yang simpang siur. Jika engkau pilih jalan yang menyesatkan bahkan mencelakakan diri kau, pasti itu akan terbiasa dalam hidup kau. Hingga ada yang datang menegur, engkau berikan pandangan jelek. Tapi jika kau pilih jalan yang meluruskan kau bahkan menyelamatkan kau, ia akan selamanya aman dan tidak akan ada erti putus asa. -KS

---

Bismillahhirrahmannirrahim,ini merupakan coretan akhir penutup Quotes Buat Diri ini. Maaf coretan ini bukanlah datng daripada saya,tapi coretan ini datngnya dari seorang hamba Rabb yang cukup saya kagumi. Moga saja saya dipertemukannya allahhumma amin.Ya,memang pada mulanya saya nak part terakhir QBD ini datangnya daripada saya,tapi tulah nak katakan perancangan Allah itu benar,maka terima lah coretan ini. Moga segala yang tertulis ini menjadi bukti pada Rabbi dan langkah untuk say mendapat pertimbangan di sana. Dan,moga semua coretan insan yang telah saya ambil ini,dikurniakan ganjaran,sama ada di sini mahupun sana .Amin,amin,amin,amin,Ya Rabb.

Dan sekali lagi mengingatkan,jangan pandang manusia yang berpakaian jubah,berkopiah,tudung labuh itu seperti Malaikat*maaf dihighlighted* sekali mereka tersalah langkah cacian,hinaan,ejekan serta tomahan dikeluarkan.Juga kepada masih yang belum bertudung,jangan pandang mereka seolah tiada harapan bertaubat. Doalah buat mereka,bantu mereka,mengapa pilih untuk mencaci,andai ada pilihan untuk berdoa?mengapa pilih untuk mengumpat dan memburukkan andai ada jalan untuk menegurnya? mengapa? kerna takut ?peganglah perumpamaan,'berani kerana benar takut kerana salah.' Jika benar,tegakkan.Jangan jadi pengecut.Jika engkau takut untuk menegur,maka pohon saja doa pada Ilahi agar seseorang itu sedar. Dan jika kita ada membeci seseorang,bencilah perangainya,bukan dirinya kerana,perangainya yang membuatkan dirinya menjadi sebegitu.Islam is easy,namun jangan dipermudahkan lagi dan jangan disusahkan lagi.. Get it? :)

"Kau cakap macam kau tak pernah buat semua perkara tu."

Sebab pernahlah aku beritahu.

QUOTES BUAT DIRIحيث تعيش القصص. اكتشف الآن