BAB 5

464 15 3
                                    

"Kau nak buat ape dengan baju satin merah tadi hah Han?"soal Awang sambil matanya ralit memerhatikan Rayhan bermain dengan anak tunggalnya yang berusia 6 bulan itu di atas tilam kecilnya.

Mereka sekarang ni berada di rumah Rayhan yang tersembunyi dari dunia luar. Kalau waktu cuti jer, gerenti mereka akan ke rumah agam dan gah Rayhan yang bertingkat 4 berserta kolam renang. Al maklumlah, Rayhan kan Ahli Perniagaan. Jadi, memang kayalah jawabnya!

"Saja beli!"balas Rayhan yang masih lagi bermain dengan anak Awang, iaitu Amirul. Sebenarnya, Rayhan ni minat budak budak, tapi tak nak kahwin dulu. Sedangkan umur dah 29 tahun. Memang patut kahwin dah pun. Nak kata tak mampu, memang penipu besarlah!

"Simpan ke? Atau nak bagi Shereen? Atau Fazlina? Atau pun Aireen? Atau pun jugak perempuan simpanan baru kau, Fiona?"teka Awang dengan senyuman nakal dibibir.

"Jangan sebut nama mereka dulu, boleh tak?"panas pulak hati Rayhan apabila nama aweknya disebut oleh Awang satu persatu.

"Asal? Gaduh?"

"Taklah! Cuma stress bila dengar nama diorang.."Rayhan terus baring disebelah Amirul dan memejamkan matanya.

Awang pula hanya memerhati tingkah laku sahabatnya itu merangkap majikannya. Direnungnya diri Rayhan dengan satu pertanyaan yang tetiba saja melintas di kepalanya.

"Sampai bila kau nak hidup macam ni Han?"soal Awang terus.

Mata Rayhan yang terpejam tadi terus terbuka apabila mendengar soalan dari Awang.

"Maksud kau?"

"Sampai bila kau nak hidup membujang macam ni? Buat dosa apa semua? Kau tak rasa takut ke Han? Nak kata kau tak mampu, tipulah..." Soal Awang dengan nada lembut sekali. Takut dia, kalau Rayhan tetiba berang dengan pertanyaannya.

Rayhan menarik dan menghembus nafasnya."Biar masa yang menentukan kehidupan aku. Lagipun aku malas nak fikir semua tu. Bagi aku perempuan tak bertudung dan bertudung sama saja macam Bohsia!!"terus Rayhan teringat akan wanita yang bertudung bercium dahi dikhalayak ramai petang tadi. Tak malu!

"Semua perempuan tak macam tu Rayhan! Manusia mampu berubah! Jangan disebabkan kisah silam kau, kau terus nak cop perempuan bohsia. Salah tu. Mungkin hari ni dia jahil , esok mungkin dia paling berilmu. Hari ni mungkin dia dibenci orang tapi mungkin esok dia yang paling disayangi. Manusia berubah Han. Kuasa ALLAH.."kata Awang membantah dengan pendapat Rayhan itu. Dia langsung tak setuju.

"Walau apa pun kau cakap, aku nekad dengan pendirian aku!"balas Rayhan dengan tegas sekali.

"Nama jer CEO Mika Corporation, tapi otak cetek!!"sindir Awang lalu berlalu ke tandas. Terus rasa nak terkencing apabila berdebat dengan Rayhan sebentar tadi.

Rayhan hanya membiarkan kata kata Awang berlalu tanpa dibalas. Dia mula mencerna kata kata Awang sebentar tadi. Ya! Ada benarnya kata sahabatnya itu.

Sampai bila dia harus bergelumang dengan dosa? Perempuan keliling pinggang! Kaki clubbing! Minum arak! Zina! Sentuh sana sini! Bawak perempuan tidur kat rumah! Hidup dia memang sosial gila...

Dia terus berfikir sehinggalah tertidur....lena sekali di sebelah Amirul......

________________

"Mika, sarapan Mak Nah dah hidangkan. Jemputlah makan.."ajak Mak Nah kepada Rayhan yang tengah enak menonton cerita kegemarannya, Boboiboy.

"Eemmm...Yelah Mak Nah. Kejap lagi saya makan. Ada nampak Awang tak Mak Nah?"soal Rayhan apabila menyedari sahabatnya merangkap bodyguard nya itu tiada dirumah sejak pagi tadi.

"Dia cakap tadi, dia bawa Amirul keluar beli susu.."jawab Mak Nah.

Hah...Kalau nak tahu, Si Awang ni pernah berkahwin setahun lepas dengan seorang perempuan yang bernama Nuraswani. Nuraswani ni merupakan seorang fesyen designer. Mereka berjumpa semasa menyaksikan pertunjukan fesyen terbaharu di butik Nuraswani sendiri. Sejak pertemuan itu, mereka berkenalan dan kahwin dan hidup mereka bahagia sekali. Tapi Allah lebih sayang akan Nuraswani. Allah tarik nyawanya ketika melahirkan anak mereka, Amirul. Pada mulanya, Awang memang tak dapat terima kenyataan apabila orang yang dia sayang telah pergi meninggalkannya buat selamanya. Tapi apabila mengenangkan kembali pengorbanan isterinya mengandungkan dan melahirkan anaknya, dia pun move on dari kesedihan. Dan sejak itu, dia tekad akan jaga anaknya dengan baik walaupun seorang diri.

"Oowww...Tak pelah Mak Nah..."Mak Nah terus meninggalkan Rayhan disitu sebab dia masih ada kerja lain nak buat.

Mak Nah sebenarnya orang gaji di rumah 'tersembunyi' Rayhan ni. Dia akan bertugas apabila Rayhan, Awang dan pembantunya yang lain pulang. Kalau Rayhan balik ke bandar semula, dia akan mengemas 3 kali seminggu.

Suaminya pula, Pak Salleh akan menjadi pemandu kepada Rayhan jika ingin kemana mana. Kalau suaminya pulang ke kampung itu, suaminya akan mengambil peluang yang ada untuk ke kebun mereka. Lagipun Rayhan tak kisah sebab kalau mereka pulang ke kampung, automatik Pak Salleh cuti dan gaji tetap jalan.....

Rayhan terus mencapai telefonnya dan mengaktifkan telefonnya setelah 3 hari dioffkan. Saja dia off sebab nak kan privacy. Dia langsung tak nak dikacau kalau bercuti di kampung.

60 missed call dari Shereen

53 missed call dari Fazlina

42 message dari Shereen

67 message dari Fazlina

Melopong mulut Rayhan membaca kesemuanya setelah dia aktifkan kembali telefonnya. Tanpa berfikir panjang dia terus padam kesemua missed call dan message dari perempuan simpanannya itu. Malas dia nak baca mesej itu, buang masa dan tenaga jer!

Dia terus menghubungi PA nya sebab ada sesuatu yang dia perlu tanya dan kata.

"Ada sesiapa tak cari saya Effa?"soal Rayhan sebaik sahaja panggilan dijawab oleh PAnya, Effa.

"Ada bos... semuanya anak ikan bos..."jawab Effa dengan nada menyindir.

Tersenyum Rayhan dengan sindiran PAnya itu.

"Awak cakap apa?"

"saya cakaplah yang bos ke Eropah sebab ada kerja..."jawab Effa.

"Bagus!! Inilah pekerja contoh saya. Takpe, balik nanti saya belanja."puji Rayhan sebab bangga dengan kebolehan 'menipu' PAnya itu.

"hmm....Bos bila balik?"soal Effa malas nak layan kata kata boanya sebentar tadi.

"Lusa kot. Kenapa?"soalan berbalas soalan.

"Saja tanya.. dahlah bos, saya nak hantar anak saya ke sekolah jap....bye!" Effa terus mamatikan panggilan sebaik saja mengucapkan selamat tinggal....

"Kurang asam punya PA! Dipadamnya terus! "Menggeleng kepala Rayhan dengan karenah PAnya itu. Yer! Dia akui, memang PA dia nakal dan suka menjawab kata. Kadang kadang nak marah pun ada, tapi kalau difikirkan balik, lawak pun ada. Ini semua bapak dia punya kerja. Bapak dia yang rekomenkan Effa ni dipejabatnya. Dengan kelulusan yang Effa ada, so dia diterima. Faktor Effa diterima juga ialah dia dah jadi bini orang dan ibu kepada 2 orang anak. Saja, Rayhan cari isteri orang sebab kalau PA dia masih single, takut dia ngap PA dia nanti. Al maklumlah, diakan kaki perempuan.. so faham faham sajalah!



 

Penculikan CINTA(Sambungan sebenar)Where stories live. Discover now