BAB 7

2.1K 63 1
                                    

Usai solat maghrib , Aisyah bersiap-siap untuk ke rumah Syakir. Hatinya sangat berdebar kerana ini kali pertama dia bertandang ke rumah kawan lelaki. Kamelia menolong Aisyah memakai dress yang dibeli oleh Syakir. "Beb , meh aku cantikkan sikit muka kau" Kamelia mengambil beg make-upnya lalu mengeluarkan foundation , lipstick , eye shadow, blusher , eyeliner , mascara dan make-up brush.

"Lia , kau tau kan aku rimas dengan semua ni?" Aisyah menarik nafasnya dalam.

"Beb , kali ni je . Pleasee" Kamelia merayu seperti anak kecil.

Aisyah tersenyum nakal. "Yelah , tapi dengan satu syarat. Aku nak kau belanja puding karamel esok" Aisyah menyilang tangannya.

"Baiklah, princess" Kamelia membuat gaya hormat diraja ala-ala barat. Kamelia tersepak kaki katil , lalu jatuh terduduk di atas lantai. Mereka bedua saling berpandangan lalu ketawa.

♥♥♥♥

Kereta Honda Jazz milik Syakir mula memasuki perkarangan rumah Aisyah. Kringg ! Kring !

"Helo , Assalamualaikum" Aisyah menjawab panggilan.

"Waalaikumsalam , Aisyah. Saya dah ada kat depan rumah awak ni" balas Syakir di hujung talian.

"Erm , okey . Jap gi saya keluar" Aisyah mematikan panggilan. Kamelia hanya melihat saja perbuatan Aisyah. " Dah sampai ?" Soal Kamelia. "Ha'ah. Beb , aku nervous lah". Tangan Aisyah mula sejuk.

"Sokay , tak ada apa-apa berlaku , kau relaks je kay ?". Kamelia memegang tangan Aisyah untuk menenangkan Aisyah. Aisyah menarik nafasnya sedalam mungkin untuk mengurangkan gelisah di hatinya. Aisyah mencapai handbag berwarna dark coklat sesuai dengan dressnya berwarna cream dan tudung shawlnya berwarna coklat. Mereka berdua berjalan ke luar rumah. Kelihatan Syakir sedang menyandarkan dirinya pada kereta.

"Akir ? Jom" Aisyah tersenyum sambil menundukkan wajahnya sedikit apabila Syakir merenungnya. Terlopong mulut Syakir melihat Aisyah.

"Jom" Syakir membuka pintu kereta sebelah penumpang. Aisyah masuk ke dalam perut kereta. Syakir meraup mukanya beberapa kali turut masuk ke dalam perut kereta.

Syakir berdehem kecil. "Awak sangat cantik malam ini" Syakir bersuara.

"Thanks" Aisyah memandang Syakir sekilas lalu tersenyum. 'Akir , kenapa dulu Akir permainkan Aisyah? Kenapa sekarang Akir muncul bila Aisyah tutup pintu hati Aisyah ? ' desis hati Aisyah.

Flashback

*6 Tahun yang lalu*

"Assalamualaikum , Akir. Buat apa tu ?" - Send.

"Waalaikumussalam , Aisyah . Tak buat apa pun. Lepak je ngan member. Awak ?" - Akir

"Tengah buat homework" - Send

"Ouh , hujung minggu ni awak free tak ?" - Akir

"Hujung minggu ? ermm free , kenapa ?" - Send

"Jom jumpa ? kat tempat biasa" - Akir

"Okey" - Send.

Hujung minggu yang ditinggu - tunggu telah tiba. Aisyah bersiap-siap untuk ke tempat yang dijanjikan oleh Syakir dengannya. Aisyah masuk ke dalam Coffee Shop dan mencari kelibat Syakir. Syakir memanggil Aisyah lalu Aisyah ke tempatnya. "Dah lama ke awak tunggu ?" Soal Aisyah.

"Tak pun , saya pun baru je sampai" Syakir memesan makanan western food kepada pelayan.

"Ermmm , Aisyah ? tujuan saya datang sini saya nak cakap sesuatu" Syakir tersenyum.

Dulu 'Crush', Sekarang 'Husband' (HOLD)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant