- 12

823 107 2
                                    

1 tahun kemudian ..

❛ Baiklah , Hari ini kita ada pelajar baru . Kim Taehyung -ssi perkenalkan diri kamu ❜

Minyoung yang langsung tidak menyedari kehadiran pelajar baru dikelas itu sebaliknya ralit memandang keluar jendela . Fikiranya menyentuh beberapa memori lama .

Kini hidupnya sempurna , Walaupun keluarganya kehilangan satu permata berharga iaitu appanya . Jeon Jungkook pula sekarang sudah matang sedikit , tentang kejadian dia terbunuh Encik Jeon Minyoung dan Puan Min sudah maafkan .

Mereka tahu Jungkook mungkin tertekan kerana Jungkook pernah mengalaminya . Kini Jungkook sudah bersekolah di Hanlim High School kerana kehendaknya . Dia , Jungkook dan Puan Min sudah bahagia hidup bersama .

Tetapi kebahagian itu hanya sementara , Puan Min disahkan lumpuh buat sementara kerana eksiden dimana dia terjatuh dari tangga di sekolah sewaktu mendaftar Jungkook kesekolah itu .

Kini Minyoung sedang buntu , dia harus mencari kerja untuk menyara keluarganya .

❛ Taehyung -ssi , awak boleh duduk di sebelah Minyoung ❜

" Minyoung? Minyoung-ssi! "

Akibat terkejut , Minyoung terus berdiri tegak apabila namanya disebut beberapa kali .

" Nae sosaengnim! "

" Lain kali jangan termenung dikelas saya , Faham! " tegur Mrs Kwon . Minyoung laju menganguk faham .

Dia kembali melabuhkan punggungnya . buku subjek sejarah dibelek perlahan -lahan mencari muka surat yang dipelajari hari ini .

" We meet again huh? " Minyoung tersentak dengan suara bisikan halus dari sebelah . Segera dia menoleh .

Taehyung hanya tersenyum sinis kearah gadis disebelahnya . lalu dia melarikan pandangan daripada Gadis itu .

Minyoung tidak berkelip mata saat memandang namja disebelahnya .

' macam aku pernah tengok namja ni? ' soal hati Minyoung .

.

" Minyoung -ah , kenapa kau monyok je sejak semenjak ni? " Tanya Hana penuh risau . Wajah monyok Minyoung dipandang sayu .

Minyoung membalas pandangan Hana , senyuman manis dihadiahkan kepada sahabatnya itu .

" Mana ada aku monyok , aku .. Aku tak cukup tidur lah . " balas Minyoung .

Hana tersenyum senget , tahu sangat sahabatnya sedang menipu sekarang ini . dari raut wajahnya pun dia sudah tahu .

" Yelah tu "

" eh , tak percaya ke? "

" 100℅ tak! Minyoung , apa gunanya sahabat kalau kau tak luahkan apa yang dipendam dalam hati kau kepada aku? Minyoung , aku tahu kau ada masalah . please luahkannya pada aku , aku sentiasa bersedia mendengar luahan kau "

Hana cuba meyakinkan Minyoung . Minyoung terdiam , adakalanya betul apa yang dikatakan oleh Hana .

" a-aku sebenarnya buntu , Kau tahu kan omma aku sekarang ni lumpuh . a-aku sekarang perlukan duit untuk membayar yuran sekolah aku dengan Jungkook . Ditambah pula dengan barang dapur dan keperluan harian .

Aku dah berusaha cari kerja disekitar Seoul tapi seorang pun tak terima aku ."

Minyoung berkata dengan suara sayu . Hana memasang wajah kasihan .

" Minyoung -ah , kau janganlah risau . aku kan selalu ada buat kau . aku boleh tolong kau . "

Minyoung mengeleng .

" jangan , aku taknak susahkan kau " kata Minyoung sebelum meninggalkan Hana terkebil -kebil .

.

Taehyung memerhati sekumpulan para pelajar lelaki sedang bermain bola keranjang . Entah kenapa , dia menjadi ralit melihat sekumpulan lelaki itu bermain .

" Jungkook .. "

Dia masih teringat lagi saat dia bermain bola keranjang bersama adiknya . Jungkook . Setiap petang tak sah tak bermain bersama . satu persatu kenangan menyingah dibenak fikirannya .
" Jungkook! "

Seorang namja yang berumur 15 tahun menjerit nama adiknya saat adiknya ingin menjaringkan bola .

Laju dia menepis bola itu dari masuk kedalam jaring .

" yah hyung! " marah Jungkook kerana bola itu mula melontar jauh akibat ditepis oleh abangnya sebentar tadi .

Taehyung tersenyum petak sambil mengangkat tangan membuat tanda piece .

Jungkook mengeluh berat sebelum melangkah pergi dari gelanggang bola keranjang . dia sudah ketiadaan mood lagi untuk bermain .

" Jungkookie!? " Jungkook membalikkan tubuhnya . Kelihatan Taehyung tersenyum kearahnya , Bola yang baru sahaja diambil tadi dipeluk erat .

" Jom! Kalau menang kena belanja jjangmyeon!?" jerit Taehyung lagi supaya Jungkook dapat mendengar kerana kedudukan mereka agak jauh .

Jungkook akhirnya tersenyum dan mengangguk setuju .

Buk!

Taehyung mendengus kesakitan , dia memandang tajam kearah pelajar -pelajar lelaki itu . Segera dia menghampiri mereka .

" Yah!! Siapa yang baling bola tadi!? " bentak Taehyung dengan kuat . urat -urat dikepalanya mula timbul akibat marah yang teramat .

Pelajar -pelajar lelaki itu mula kecut perut , semua menunjuk kearah seorang lelaki yang berkaca mata serta bertumbuh sedikit gempal itu.

Taehyung mencengkam kolar baju lelaki itu . Tangan yang dikepal diangkat tinggi sebelum melepaskan pada wajah lelaki itu

Buk!

Lelaki itu jatuh terduduk , Bibir lelaki itu dicorak dengan darah pekat . Kaca mata lelaki itu juga terjatuh diatas lantai .

Taehyung tersenyum sinis ,

" Itu baru darah sikit , belum lagi satu baldi aku buat . Jadi lain kali jangan pernah cari pasal dengan aku "

Stalker + Kim Taehyung ❪ slow update ❫Where stories live. Discover now