Empat

259 12 0
                                    

'Rara,  esok ada presentation untuk Bio.  Kau dah ready?'

Aku memandang Humaira.  Kosong.  Angguk pun tak.  Geleng pun tak. Kepala aku sangkut agaknya sebab aku sedang membuat latihan Matematik tambahan yang cikgu berikan tadi.

'Ready,  kot. Kenapa tanya?'

'Saja tanya. Aku kena make sure kau as group member aku dah buat preparation yang secukupnya!'

Humaira berkata sambil mengemaskan buku bukunya ke dalam beg. Bersiap siap untuk pulang ke rumah.

Aku melihat jam tangan. Ia sudah pun menunjukkan pukul empat setengah petang.

Aku kena balik ni. Dah lewat.

Setelah siap aku mengemas kan barang, aku dengan Humaira laju sahaja meninggalkan kelas. Sebelum itu,  aku perlu menemani Humaira ke kantin. Nak makan. Lapar katanya.

Nasib kawan. Aku ikutkan sahaja.

Aku pun berbual panjang bersama Humaira. Banyak benda mahupun cerita yang aku selalu kongsikan bersama dia. Sama juga seperti dia. Aku sudah mengenali Humaira hampir dua tahun. Sejak dari tingkatan empat lagi. Sehinggalah sekarang, aku berada di tingkatan lima.

Dan tanpa aku sedari, sudah pun dua tahun, Alif tidak pulang ke sini.

'Rara? Aku nak tanya kau something, boleh?'

Aku merenung Humaira. Tajam. Sambil mengerutkan dahi.

'Apa dia? Bunyi macam serious je'

Humaira ketawa.  ' Kinda. Aku just nak tanya sebab aku curious'

Aku memandang Humaira lalu menganggukkan kepala. Sebagai isyarat supaya dia meneruskan pertanyaan dia terhadap aku.

'Kau tak rindu Alif?'

Aku tersentak. Entah mengapa hati aku berasa nyilu dan sakit apabila aku mendengar nama dia disebut.

Alif?

Air mata aku bergenang di kelopak mata. Tapi aku tahan, sebab aku tidak mahu Humaira melihat aku menangis.

Aku rindu Alif. Aku rindu segalanya tentang dia.

'Kenapa suddenly kau nak cakap pasal Alif?'

Humaira memegang tangan aku. Lembut.

'Aku tak ada maksud apa pun, nak sakitkan hati kau ke apa, but dia kan best friend kau. And kau dah lama berpisah dengan dia. Kau tak rasa rindu ke even sikit?'

Humaira, tipulah kalau aku tak rindu. Dia, tu orang yang aku paling sayang, tau.

Aku hanya tersenyum hambar.

'Kau tak try contact dia?' Humaira bertanya lagi.

'Aku dah buat macam macam. Aku dah hantar email dekat dia, sms, whatsapp wechat try nak skype. But satu pun, satu pun Humaira dia tak pernah reply. Tak pernah angkat call aku'

Saat itu juga air mata aku mengalir. Aku tidak boleh tahan lagi air mata aku. Biarlah Humaira  lihat aku menangis. Biarlah dia ingat aku lemah. Tapi sebenarnya,  aku cuma terlalu sedih.

'Look, Rara. Im sorry sebab tanya benda ni but, aku kesian tengok kau. Well, kau dah banyak cerita dekat aku macam macam pasal dia. And sekarang, dia tak ada sebelah kau. Aku faham weh. Walaupun tak sepenuhnya'

Humaira mengusap lembut tangan aku. Mungkin dia cuba untuk meredakan kesedihan aku.

'Apapun, Rara. You cant stop pray for him. Aku yakin, dia still hidup. Aku yakin, dia sihat and aku yakin, dia still ingatkan kau. Even dekat mana pun kau ada'

My Peterpan, forever. Where stories live. Discover now