Lapan

227 14 3
                                    

Aku masih lagi terpaku. Melihat manik manik jernih yang turun mengalir hangat dipipi lelaki yang berada di hadapan aku sekarang ini. Wajahnya ditundukkan. Cuba untuk menyembunyi tangisan yang sememangnya aku sudah dapat lihat dengan jelas. Cuba untuk menutup mukanya daripada pandangan aku.

Aku tersentak. Tidak pernah lagi aku melihat seorang lelaki begitu senang mengalirkan air mata. Rasa bersalah mula menebal di dalam diri.

Dan pada waktu yang sama, aku, sedih.

Genggaman di lengan aku masih lagi dia tidak lepaskan. Terasa hangat tangannya yang mula meresap ke dalam tubuh aku. Terasa ada aliran nyilu yang turut dipindahkan kepada aku. Seolah olah ia cuba memberi aku gambaran, apa sebenarnya perasaan lelaki ini pada saat ini.

Dia mula mengumpul kembali keberanian, untuk bertentang mata dengan aku. Air mata yang masih lagi melekat dipipi di biarkan begitu sahaja. Pandangannya tertumpu tajam ke arah anak mata aku.

Sedih. Kecewa. Itu yang aku dapat lihat dari cahaya yang terpancar dari anak matanya.

Genggaman itu dileraikan.

Dan aku disini, masih keliru. Masih diselubungi perasaan serba salah yang teramat sangat.

'Rara tahu tak? Aki anggap Rara ni as apa?'

Aku geleng.

'Rara tahu tak? Apa selama ini perasaan Aki dekat Rara?'

Aku, geleng.

'Rara tahu tak separuh nyawa Aki Aki cuba nak dapat kan Rara?'

Aku, terkejut.

Rona merah mula terbit di kedua dua pipi aku.

'Look, Rara. Aki suka, Rara'

Jantung aku berdegup kencang. Terasa seolah olah ia meraung meronta ronta untuk lompat keluar daripada dada aku.

What did I just heard?

'No. Wait. Bukan suka dah tau lagi Rara. Sayang. That is the exact word to describe my feeling towards, you'

Aku, terdiam.

'And you know what Rara I will do anything just to make sure you happy, and just to make sure that, one day you will be mine'

Aku mengalihkan pandangan aku daripada terus berlaga dengan dia. Terasa satu aliran asing yang mengalir di dalam aku saat ini. Dan aku tidak tahu apakah ia.

Sedih? Atau happy? Aku pun tidak pasti.

'Rara, Rara. Im afraid to lie but the truth really hurts. Im falling faster day by day and girl, it seems like you dont ever notice'

Aku mula berasa air hangat itu turut mengalir ke pipi aku. Aku tidak pernah menyangka selama ini dia menpunyai perasaan seperti itu terhadap aku. Dan aku mula menyalahkan diri aku kerana terlalu mengambil masa yang lama untuk aku mengetahui semua ini.

Aki hanya diam. Termenung meihat bekas nasi goreng yang masih bersisa separuh. Lalu dia mengambil bekas itu daripada aku, laju sahaja dia menutup bekal itu lalu disimpankan di dalam beg plastik.

Dan dia kembali duduk, menghadap aku.

Aku masih lagi tenggelam dengan perasaan aku. Makin lama, makin banyak air hangat itu mengalir di pipi. Aku hanya tunduk. Memikirkan betapa bodoh nya aku membiarkan Aki memendam lama perasaan itu.

Kerana aku tahu, betapa sakitnya perasaan kita bila kita terlalu memendamkan sesuatu.

Aki perlahan lahan mendekati aku. Didongakkan kepala aku supaya dia dapat melihat wajah aku. Dia segera menyeka air mata aku menggunakan telapak tangannya.

My Peterpan, forever. Where stories live. Discover now