Sembilan

236 12 0
                                    

Kata kata Aki masih ternyiang nyiang di telinga aku. Daripada suara dia terzahir keikhlasan kata kata yang diungkapkan olehnya. Dan aku masih lagi memikirkan, perasaan aku yang sedang bergelut di dalam hati ini.

Aku tersepit di antara mereka.

Sebahagian hati aku ini berkata, untuk menerima sahaja lelaki yang ada sekarang bersama aku. Tetapi ada satu suara berbisik, menyuruh aku untuk tetap setia menunggu cinta pertama aku. Walaupun sakit, tapi rasa sayang aku tidak pernah pudar untuk dirinya.

Aku dihambat rasa kecewa. Kepalaku ligat memikirkan perasaan aku yang sekarang ini sangat berkecamuk.

Satu per satu kenangan aku bersama Alif terlintas di fikiran. Saat itu juga air mata aku jatuh.

Kadang kadang aku rasa untuk menyerah kalah. Terikat dan berharap terhadap benda yang tidak pasti ini amat memeritkan.

Kerana kita tidak tahu, apakah kesudahannya?

Does it really lead to a happy ending?

Sudah hampir dua tahun Alif tiada disisi aku. It really hurts. Because anything can happen between  those two years. Kerana dulu aku amatlah bergantung kepada dia. Walaupun ketika aku jatuh, tangan Alif lah yang meraih kembali tangan aku daripada terus jatuh.  Kadang kadang aku terfikir, walaupun Alif sembuh, tapi masihkah dia akan ingat pada aku?

Apakah, dia sengaja melakukan semua ini?

Aku tetap menyalahkan diri aku. Sepatutnya, sewaktu Alif masih sakit dan menjalani rawatan untuk memulihkan penyakitnya itu, aku harus berada disisi dia. Sepertimana dia lakukan perkara yang sama terhadap aku.

Sepatutnya, aku juga yang memimpin tangan dia. Sentiasa berada di sisi dia. Kerana waktu itu, dia amatlah memerlukan aku. Sebagai kawan baiknya.

Tetapi, aku tidak.

Dan aku tidak salahkan Alif sekiranya dia marah terhadap aku.

Dan aku tidak salahkan dia sekiranya ini alasan dia untuk tidak menerima aku.

Untuk menjauh daripada aku.

Atau mungkin mencari yang lebih baik daripada aku?

Ya Allah. Engkau yang Maha Mengetahui akan sesuatu perkara. Maka, berikanlah aku petunjuk dariMu. Tenangkanlah hati aku ya Allah. Bimbing aku untuk melakukan sesuatu keputusan ya Allah. Agar yang baik sahaja akan datang kepadaku. Agar aku tidak tersilap percaturan.

Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan, yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.

Kalam suci Allah aku rapatkan ke dada ku. Tangisan aku semakin lebat. Teresak-esak. Membuang segala malu dan ego aku, akhirnya, tersungkur  aku bersujud kepadaNya. Akhirnya, aku meminta bantuan daripadaNya.

Kerana disaat aku keseorangan, disaat aku memerlukan seseorang untuk bersama denganku. Disaat diri aku penuh dengan khilaf dan dosa,

Hanya Allah yang masih bersama denganku.

Walaupun aku sering lupa tentang kewujudan Dia.

Sesungguhnya, Allah tidak akan meletakkan sesuatu musibah, melebihi kemampuan hambaNya.

Dan aku yakin dengan itu. Walaupun aku merasa bebanan yang terpikul ini tidak tertahan oleh aku. Tapi aku yakin, Dia sentiasa ada, mendengar setiap doa, melihat setiap tangisan sewaktu aku memerlukan Dia.

Khilafnya aku ya Allah. Hinanya aku.

Tangan aku terketar ketar. Bahuku terhenjut henjut. Menahan air mata yang makin lebat mengalir bak hujan yang sedang mencurah ke bumi. Menandakan kasih dan rahmat Allah yang tidak pernah putus kepada kita.

My Peterpan, forever. Where stories live. Discover now