BAB 2

1.6K 47 3
                                    

Monet menunggu di luar rumah dan berdiri tegak memerhatikan lampu di ruang tamu yang berkelip-kelip untuk bernyala. Terasa kekok sekali kerana berdiri agak lama diluar bersama tetamunya. Bertahun dia menyewa di apartment ini, ini pertama kali dia merasa janggal dan malu. Dia mula memaki mentol rumahnya yang berkelip-kelip selama hampir 40 saat di dalam hati. Dan akhirnya lampu itu bernyala saat Monet baru hendak menggaru hidungnya yang gatal.

Lampu itu tidak terlalu terang sangat tetapi cukup untuk menerangi ruang kecil rumahnya yang dipenuhi oleh papan lukisan. Di mana-mana sahaja terdapat lukisan kanvas, di lantai dan yang tergantung di dinding, di atas meja dan juga sebuah easel kayu yang terdapat di penjuru rumah; bertutup kain putih yang dikotori akrilik. Ada yang belum lagi berbingkai dan dicat separuh disusun bertingkat-tingkat di rak kayu. Bau cat minyak, thinner, kain basah yang bersepuk dan juga pastel cepat menyantak ke hidung apabila kaki melangkah masuk ke dalam. Monet masuk terlebih dahulu dan cepat-cepat mengemaskan ruang tamu rumahnya yang berselerakkan alatan melukis.

Seekor kucing berbulu pendek, bewarna putih dan matanya berlainan warna antara keduanya, datang menerpa dari arah dapur dengan laju apabila mendengar tuannya pulang dari kerja. Kucing itu berhenti berlari dan melihat ke arah tetamu yang belum pernah dilihatnya sebelum ini. Dia tidak pernah melihat sesiapa pun sebelum ini kecuali Monet dan juga tuan rumah itu, puan Brenda, yang wajahnya berkedut seperti aprikot kering, mempunyai rambut putih yang kerinting dan sentiasa mengenakan skarf panjang yang terlilit di kulit lehernya yang menggeleber. Puan Brenda akan datang sebulan sekali mengutip duit sewa rumah. Selain Puan Brenda, tiada siapa yang pernah melihat rumah Monet seperti mana sekarang. Seperti tongkang pecah.

"Kucing saya, Donut." Kata Monet kepada tetamu yang akan menginap di rumahnya selama mungkin lapan hari ini.

"Comelnya. Kucing awak suka makan donut?" Kata gadis yang memaki gaun merah tersebut membiarkan Monet terbongkok-bongkok menarik helainan kertas yang berterabur di bawah sebuah sofa chester. Gadis yang dilanggar sebentar tadi kini menjadi Roho. Itu pertama kali Monet mendengar suaranya kerana mereka tak cakap sepatah apa pun di dalam kereta sebentar tadi. Dan ini pertama kali Monet mempunyai seorang Roho.

"Tak...Dia dipanggil Donut sebab saya jumpanya di hadapan kedai Donut. Tiada kucing yang akan makan donut dalam dunia ni." Monet berdiri dengan termengah-mengah dengan peralatan lukisan yang penuh di dalam pelukannya. Tidak cukup tangan untuk memegang dan barang-barangnya masih lagi bersepah di sekeliling rumah. Entah sejak bila Donut berada di dalam pelukan gadis itu dan mengerekok dengan manja. Mata Donut terpejam rapat membiarkan tubuhnya diusap dan dibelai.

Nikolai rakannya di tempat kerja yang dahulu pernah membela Roho tidak pula memberitahu bahawa seorang Roho boleh memegang kucing. Nikolai memang tak bela kucing tetapi dia mempunyai seekor anjing berbaka Boxer di rumah. Mungkin sebab anjingnya garang gila. Memang pun anjing Nikolai itu haiwan yang cengei dan bukan sahaja Roho yang takut, bahkan syaitan sekalipun. Monet terkesima sebentar kerana ini adalah benda yang baru. Dia tidak tahu kucing, atau anjing, marsupial atau apa-apa haiwan di dunia ini boleh melihat Roho dengan mata kasar mereka. Seorang Roho yang diketahui Monet selama ini hanya boleh memegang orang yang membunuhnya. Senang cerita Roho boleh membunuh kembali orang yang telah membunuhnya. Habis cerita. Tapi tak semua Roho sanggup membunuh. Jawapan kepada nafas Nikolai yang masih lagi panjang sampai sekarang.

Sebab itu Monet memerhatikan pohon willow tua yang mengerikan, pohon yang dahannya berlumut dan daun yang berjuntaian ke tanah sebentar tadi. Gadis itu muncul dalam bentuk roh di bawah pohon itu. Dia bukanlah hidup kembali. Tiada siapa yang boleh hidup kembali setelah mati. Roho hanyalah Roh yang boleh membalas dendam setelah kematiannya. Tiada manusia yang boleh melihat Roho kecuali orang yang telah membunuhnya. Oh... Roho juga boleh dilihat jika memakai gogal khas seperti yang dipakai oleh polis bernama Garon sebentar tadi. Hanya anggota Polis sahaja yang mempunyai gogal seperti itu. Sebab itu tiada siapa yang berani untuk membunuh orang kerana Roho akan bangkit kembali selama lapan hari untuk membalas dendam atas kematiannya. Dan tak semua Roho mahu membalas jika merasakan tak perlu. Atau Roho seorang yang penakut dan kecut perut. Atau memang dia nak mati sangat jadi dia tak peduli pun sama ada dia hidup atau mati menjadi gumpalan gas yang berterbangan. "Siapa nama Awak?" Soal Monet yang akhirnya berani untuk bertanya. Walau dalam hati dia takut separuh mati sekarang. Apa-apa boleh terjadi dan dia boleh mati dicekik tanpa mampu berbuat apa-apa. Monet menjarakkan posisinya dengan berdiri di sudut dinding, memegang sebatang kayu kontot yang dibuat penyendal tingkap dengan erat.

LELAKI YANG TAK PUNYA APA UNTUK DIPERSIAWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu