BAB 3.4

1.1K 31 7
                                    

Di luar angin dingin bertiup kuat dan mujur Monet dan Arabella sempat sampai ke panggung wayang di jalan Rue d'Arenberg sebelum hari hujan. Panggung wayang Nova tidak la besar mana dan banggunannya usang dan kelihatan vintaj. Boleh dikatakan horror dengan ruang di dalam panggung wayang yang dibiarkan usang dengan dinding bata yang bersopek, cat yang sudah meluntur dan juga bumbung tinggi tanpa siling seperti bangsal buruk. Tetapi ianya cukup selesa kerana tidak ramai orang yang datang menonton. Mungkin kerana hujan atau mungkin juga ini adalah panggung art-house yang menayangkan filem-filem bajet rendah. Filem art yang orang malas ambil peduli kerana di kawasan sekitar sini sahaja ada lebih 6 panggung wayang yang lebih cantik dan bagus.

Tiketnya murah dan Monet tidak perlu fikir tentang cerita apa yang ditayangkan kerana Arabella hanya mahu menonton wayang kerana dia merasa bosan duduk di rumah. Lagipun dia tidak boleh tidur dan itu menambahkan kebosanannya. Bayangkan manusia tidak boleh tidur, selama 8 hari, sepanjang dia berada di bumi melihat orang tidur tetapi dia tidak boleh tidur. Mesti bosan yang teramat sangat. Monet setuju untuk keluar agar dia boleh tidur di dalam panggung wayang untuk sebentar kerana Arabella tak mungkin akan membunuhnya di situ. Apa yang lebih selesa dari tidur di panggung wayang kerana ianya gelap gelita. Di panggung wayang Nova tak ada pilihan filem yang boleh ditonton dan Monet membeli sekeping sahaja tiket filem Ascenseur pour l'échafaud tanpa perlu banyak berfikir. Lelaki yang menjaga kaunter tiket memandang Monet dengan sebelah matanya yang terbuka manakala sebelahnya lagi tertutup. Mungkin juga kuyu atau cacat sebelah matanya seperti orang yang kena stroke. Monet berasa lega kerana Arabella seorang Roho yang dah tentu tidak perlukan tiket untuk masuk menonton. Ketika kakinya baru melangkah melepasi booth kaunter, lampu merah di atas kepalanya bernyala dan berkelip-kelip, bunyi buzzer yang berdesing dan lelaki si penjual tiket bangkit dan melihat ke dalam skrin monitor yang berada di sisinya. Sebelah matanya yang kecil itu terkebil-kebil melihat imej Arabella yang berada di sebelah Monet. "Nanti dulu... Ada Roho di sebelah awak." Kata si penjual tiket yang menjengah kepalanya keluar dari lubang kaunter.

Monet berpaling melihat ke arah lelaki si penjual tiket yang menghalangnya dari masuk ke dalam panggung wayang. "Dia ikut saya." Kata Monet kepada si penjual tiket. Lelaki itu terkebil-kebil memandang ke arah skrinnya kembali. "Roho itu mengikut engkau?"

"Ya, dia ikut saya tengok wayang."

"Dia tak bunuh kau lagi?"

Monet bergumam dan dia sudah mati akal untuk menjelaskan bagaiama situasinya sekarang. "Dia taknak bunuh kau lagi ker? Atau dia kekasih kau yang kau tak sengaja bunuh?" Lelaki si penjual tiket bertanya lagi dan Monet tidak menjawab lalu berjalan mengeluarkan dompetnya kembali ke arah kaunter. Lelaki si penjual tiket mengangguk seperti faham, walaupun dia sebenarnya tak tau kenapa ada manusia yang boleh berjalan dengan Roho untuk tengok wayang di premisnya.

"Kau kena bayar harga tiket untuk Roho tu." Monet tidak ada pilihan lain selain membayar harga bagi kerusi Arabella. "Maaf la sebab memang kami selalunya tak bagi Roho masuk ke dalam panggung wayang kami ni. Sebab...Ya la, dulu pernah ada kes Roho bunuh orang di dalam panggung ini. Gila betul... Banyak-banyak tempat, kat dalam panggung wayang ni juga dia bunuh laki tu. Dia tikam guna stand mikrofon dan mati di sini jugak. Jadi start pada hari tu kami ketatkan kawalan keselamatan, letak pengimbas Roho supaya Roho tak boleh masuk dah kat dalam ni."

"Dia mati kat mana?"

"Orang yang kena bunuh dulu tu ker? Kalau tak silap kat kerusi J12"

Monet melihat ke arah kertas tiket yang berada di tangannya. Tertera dakwat lusuh dicetak J12. "Jangan risau, kami dah tukar kerusi yang baru. Tak ada kesan darah...Hehehe." Lelaki itu tersenyum menampakkan giginya yang berkarat.

Hari yang betul-betul memenatkan dan Monet bercadang untuk tidur senyenyak yang boleh. Dia tidak mahu berfikir tentang orang yang pernah mati di kerusi yang sama dengan tempat duduknya sekarang dan dia tidak mahu fikir apa yang akan terjadi esok. Dia mahu duduk, melunjurkan kaki dan menutup mata serapat-rapatnya. Monet menarik nafas lega apabila duduk di kerusinya setelah sekian lama dia merasa sesak untuk bernafas kerana terlalu mengah apabila terpaksa bejalan jauh untuk ke panggung wayang itu. "Saya minta maaf sebab awak terpaksa jalan jauh untuk ke sini."

"Sebelum ni awak pernah tengok wayang?" Soal Monet. Arabella menggeleng dan wajahnya tampak gembira. "Patut la..."

"Ini yang pertama kali dalam hidup saya tengok wayang."

Monet berpeluk tubuh dan melunjurkan badannya di kerusi melirik ke arah Arabella. Yang lebih tepat, ini adalah pertama kali awak menonton wayang dalam kematian awak. Kata Monet di dalam hatinya.

LELAKI YANG TAK PUNYA APA UNTUK DIPERSIAWhere stories live. Discover now