정신병자 ➕ 진

1.7K 115 8
                                        

| Requested by : @Raidahassan_ |







🐩 Jin 🐩





Shibal.

Shibal.

Please..die.








       Aku tumbuk dinding bilik aku dengan sekuat hati. Darah yang mengalir di tangan aku terus keluar tanpa henti. Rasa sakit telah mati dalam sendi rasa aku. Malah, aku rasa seronok melihat darah yang mengalir. Tambah pula, dengan kepala aku yang tak henti berdenyut. Erh, aku rimas ! Ini lah aku, ada masalah otak. Aku dilahirkan dengan serba kekurangan. Aku seperti ada dua persona. Satu, keadaan waras. Satu lagi, gila. Aku ada perasaan seperti manusia lain, tapi perasaan tu semuanya sementara sahaja. Aku tetap..kosong.






“ Jin ! Berhenti ! Tangan kamu dah berdarah tu ! ” marah omma yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik aku. Mungkin dia terdengar bunyi dinding yang telah ditumbuk oleh aku. Aku berhenti dan menyandar di dinding itu. Perlahan-lahan, aku terduduk di atas lantai. Aku melihat tangan aku yang membengkak dan berdarah itu. Senyuman terukir di bibir.






“ Jin..jom lah pergi hospital. Daripada hari itu, kamu menolak untuk ke hospital. Kamu perlukan rawatan, sayang. Omma..risaukan keadaan kamu yang semakin teruk ni. ” ucap omma dengan nada lembut. Aku mengeluh dan melihat ibu aku yang seperti ketakutan itu.







“ Aku sihat lah. Aku tak nak pergi ke hospital sebab aku tahu kau nak aku dikurung dalam bilik yang menyesakkan otak aku tu. Aku tak bodoh lah. Aku cuma mental. Faham ? Jadi, biasakan diri tengok aku macam ni. Jangan sampai, darah kau pula yang mengalir macam tangan aku ni. Kau nak ke ? ” tanya aku dengan pandangan sinis.






“ Jin, omma buat macam ni sebab nak kamu sihat. Omma— ”







“ Aku tahu kau takutkan aku. Tak perlu berdolak dalik cakap pasal hospital. Kau keluar sekarang, jangan buat aku naik angin. KELUAR ! ” tengking aku dan bangun berdiri. Dia yang seperti tersentak itu terus menutup semula pintu bilik aku. Nampak sangat, dia takut dengan aku. Kenapa..kenapa kau tak bunuh aku daripada kecil ?







      Aku duduk di atas katil dan menundukkan kepala. Kedua tangan aku meramas kepala aku. Rasa sakit di kepala makin menjadi-jadi pula. Aku nak sahaja hentak kepala aku di dinding supaya rasa sakit ni berkurangan. Tapi, aku tak mampu nak buatnya. Aku mengerang kesakitan dan mengetuk-ngetuk kepala aku dengan tangan sendiri. Darah yang ada di tangan aku tu, memercik ke muka.






“ SAKIT ! SAKIT ! ARGH !! ”







      Tiba-tiba, aku seperti dengar suara tawa seseorang di halaman rumah. Siapa pula yang menganggu aku melayan sakit otak ni ?! Aku berjalan ke tingkap bilik dan terus menyelak langsir. Aku nampak seorang perempuan yang sebaya aku sedang tertawa dengan gembiranya. Mata dia mengecil apabila dia ketawa dan bibirnya yang kemerahan itu menampakkan kecantikan dirinya. Aku terpanar seketika. Sakit di kepala semakin lama semakin hilang. Nampaknya, aku dah kembali waras.





Magic Shop [BTS]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora