정신 ➕ 진

1K 88 2
                                        

|Requested by : @TRISYA_2135|






🌤️ Jiha 🌤






Mungkin kisah aku ni
lebih kepada 50% reality dan 50% dreams.







“ Song Jiha !! Kamu tidur lagi dalam kelas saya, huh ?! Ini dah masuk kali ketiga awak tidur semasa saya mengajar ! Kamu ingat, kelas saya ni tempat tidur kamu ?! Kamu keluar dari kelas sekarang ! Pergi basuh muka kamu ! ” marah cikgu Yebin yang menganggu tidur lena aku. Kedengaran pelajar dalam kelas itu mentertawakan aku.






Nae, algeusseumnida.







       Dalam keadaan mamai, aku segera keluar dari kelas itu. Ini semua salah adik aku sebab ajak aku main video game sampai pukul 3.00 pagi. Tak pasal-pasal aku tak cukup tidur macam ni. Disebabkan aku malas nak ke tandas, aku terus pergi ke bilik kesihatan. Hehehe, dalam bilik tu bukannya ada orang pun. Sekarang tengah waktu kelas, jadi memang sah jururawat sekolah pun tak ada.





Huargh ! Ngantuknya ! ”







     Terpaksa lah aku ponteng subjek cikgu Yebin tu sebab mata aku betul-betul tak larat. Kalau aku basuh muka sekalipun, tetap endingnya aku akan tidur. Jadi, lebih baik aku ponteng dan tidur di sini. Aku terus baring di atas katil dan menarik selimut sehingga paras dada. Perlahan-lahan, mata aku pun semakin lama semakin tertutup. Masa untuk aku masuk semula ke dunia mimpi !

    





Good night, world ! ”








🎑 D R E A M
W O R L D 🎑
- I N N E R W O R L D -






TAP ! TAP !






       Tidur aku terganggu apabila ada titisan air jatuh di atas pipi. Aku terus bangun dari baringku dan meregang kan badan yang terasa lenguh. Aku mengesat pipi aku yang basah akibat titisan air itu. Siapa yang merenjis air pada aku ni ? Mesti cikgu Yebin kan ? Cikgu itu, tak pernah nak biarkan aku hidup senang sekejap lah. Belum sempat aku nak buka mulut, mulut aku sudah terkunci sebab aku bukan di dalam bilik kesihatan sekarang ni ! Ianya..hutan !







“ EH ?! AKU KAT MANA NI ?! ”








“ EH ?! AKU KAT MANA NI ?! ”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Magic Shop [BTS]Where stories live. Discover now