💫 6 - 마지막 하루 (1) 💫

793 51 16
                                        

💫 Y I S E U L 💫





    Lepas dengar berita tadi tu, aku jadi rasa sebak sangat. Aku tak menyangka langsung kalau aku kena berpisah dengan Jin secepat ini. Aku kalau boleh nak terus ada di sebelahnya. Tapi, apakan daya ? Dia BTS, artis terkenal di Korea. Dia pun ada kerjaya yang nak kena teruskan. Takkanlah dia nak tangguhkannya demi aku pula kan ? Jin duduk di sebelah aku dan meletakkan plastik yang penuh makanan di tengah-tengah antara aku dengannya.





“ Yiseul-ah, gwaenchana ? ”




Mollayo.





    Aku mengangkatkan kedua bahu aku dan merenung sahaja sungai Han itu. Ya, aku dengan Jin buat keputusan untuk habiskan masa di sungai Han. Nasib baiklah tak ramai orang di sini, kalau tak memang tak lah nak merayap sampai sini. Jin mengeluh dan mencapai tangan aku. Aku yang agak terkejut menoleh melihat anak mata dia yang menusuk anak mata aku.




“ Saya ada benda nak cakap. ”



“ A—apa dia ? ”




Saranghaeyo, Yeseul. ”




“ Tapi, kita kenal tak lama. Kita kenal tak sampai lima hari. Takkkanlah awak dah suka pada saya ? Kalau awak luahkan perasaan ni, sekadar nak sedapkan hati saya. Tak payahlah. Itu sama sahaja awak sakitkan hati saya. ” ucap aku dan menarik tangan aku dari genggamannya. Bukan apa, luahan hati dia ni terlalu mengejut.





“ Saya dah agak kalau awak tak percaya bila saya luahkan benda ni pada awak. Tapi, ianya jujur Yiseul. Saya tak main-main. Saya bukan nak sedapkan hati awak ke apa. Saya cuma takut awak akan sukakan orang lain apabila kita tak berjumpa lagi. ” ucap Jin dengan nada bersungguh. Aku menunduk dan mengeluh berat. Aku seronok dengar luahannya, tapi dalam masa yang sama aku risau.





“ Saya tak nak ambil resiko apa-apa. Awak kena ingat, awak ada ramai peminat. Saya tak nak, disebabkan saya awak akan dikecam, dihina oleh orang. Hajjima. Lupakannya. ” ucap aku dan bangun berdiri. Aku tak nak cakap pasal benda ni lagi. Aku tak nak luka di hati aku makin dalam disebab kan benda ni. Jin bangun dan memegang kedua bahu aku.






“ Mereka tak ada hak dalam hidup saya. Saya berhak untuk pilih pasangan hidup saya. Kenapa saya nak kena dengar cakap diorang ? Diorang cuma fans saya. Saya tahu awak sukakan saya. Kenapa awak berpura-pura macam ni ? ” tanya Jin dengan nada dingin. Aku mendongak melihat Jin.




Geuraeyo. Saya suka awak. ”





“ Jadi, apa lagi ? Sagwilja, uri.





Mianhaeyo.





      Aku menolak tangannya yang ada di bahu dan cuba untuk pergi. Tapi, dia dengan pantas memeluk aku dari belakang. Terus terbantut kaki aku untuk bergerak. Mata aku terbuka luas apabila dia erat memeluk aku. Dia meletakkan kepalanya di atas bahu aku. Airmata tiba-tiba sahaja berkumpul di mata aku. Ya, aku sayangkan dia. Sayang sangat, sebab tu aku nak lindungi dia. Lindungi dia daripada kecaman orang.





Jebal. Kajjima..Yeseul. ”





“ Kenapa saya ? Saya bukannya cantik mana pun ? Saya bukannya seorang yang baik. Saya ni cuma manusia kecil yang biasa sahaja. Ramai lagi artis cantik nak dibandingkan dengan saya. Lagipun, saya nak lindungi awak. Saya tak nak awak terluka disebabkan saya. ” ucap aku dengan airmata yang sudah luluh di pipi aku. Jin mendekatkan bibirnya di telinga aku.





Magic Shop [BTS]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang