Toleh kiri, toleh kanan. Line Clear! Satu das dilepaskan secara mengejut, membuat tudung seorang gadis basah dan berwarna biru. Ambik kau! Suka sangat buli aku kelmarin kan.
"Eh, basah tudung kau Za!" Tegur sahabat kepada gadis tersebut.
"Ah! Macam mana boleh macam ni!" Rungut gadis tu pula. Tangannya menguis-guis kesan biru pada tudungnya.
Aku tergelak kecil disebalik dinding tempat aku bersembunyi, pistol air berpelurukan cat biru aku simpan dalam poket. Aku mengorak langkah untuk pergi. Nanti tak pasal-pasal kantoi dengan pengawas kang!
Inilah aku, Nurul Nazirah Atikah binti Haji Kader. Orang panggil aku Nazirah, kadang panggil aku Naz. Umur aku baru 17 tahun.
Aku anak bongsu antara 3 beradik. Kalau nak tahu, aku sorang jelah anak perempuan, yang lain jantan! Itu sebab perangai aku mengikut lebih kepada kejantanan akibat abang-abang aku yang sewel(s) itu.
Umi aku Hajah Fatimah binti Haji Kasim Zafri. Jangan hairan sangat dengan nama mak bapa aku, banyak Haji Dan Hajah! Abah aku Haji Kader bin Haji Iskandar. Umi ada bisnes perniagaan iaitu Cake Bakery! Sedap sesangat kek buatan umi! Abah pulak imam masjid, sekaligus cikgu ugama. Yang ni jangan cakap, memang tegas sangat sampai aku ni kena mengaji tiap malam Jumaat dan malam Ahad.
Okeylah sampai di sini jer kot perkenalan diri aku!
YOU ARE READING
Dia Imam Mudaku!
RomanceCOMPLETED Aku, Nazirah Atikah, seorang gadis yang selalu menjaga auratnya dan aku mempunyai seorang sepupu yang pergi ke sekolah sekolah sama denganku. Aku juga mempunyai musuh di sekolahku. Sekolah aku merupakan sekolah agama, jadi tidak hairanlah...