Bab 8

2K 85 6
                                    

Isyraf POV

Jam di dinding menandakan tepat pukul 6 pagi. Aku segera ke tandas dan mengambil wuduk' untuk menunaikan Solat Subuh. Selama beberapa hari ini, aku melakukan solat istikharah sebelum azan Subuh berkumandang dan telah mendapat petunjuk daripada-Nya. Aku sudah yakin akan keputusan yang telahku pilih. Setelah menunaikan solat Subuh, aku turun ke bawah untuk sarapan pagi bersama keluarga tercinta.

"Assalamualaikum ibu, ayah.. Selamat pagi," kataku dengan tenang sambil menyalam tangan Puan Zalikha dan Ustaz Khairul.

"Wa'alaikumsalam.. Pagi Isyraf," balas kedua ibu bapanya.

"Mana Isya? Tak turun makan lagi ke?" soalku sambil menarik kerusi yang berada di hadapan Puan Zulaikha.

"Selamat pagi ibu, ayah dan abang!" kata Isya sambil menurun tangga.

"Pagi Isya.. Panjang umur kamu.. Abang kamu baru tanya ibu dan ayah pasal kamu," balas Ustaz Khairul.

"Dah-dah lah beborak tu.. Isya duduk di hadapan abang kamu.. Sarapan dah siap," tegur Puan Zalikha.

Suasana di ruang makan senyap kecuali bunyi sudu dan garpu. Tiada perbualan di antara mereka sehingga aku berhenti makan.

"Ibu, ayah.. Isyraf setuju dengan permintaan yang ibu dan ayah katakan hari itu," kataku tiba-tiba.

Puan Zalikha dan Ustaz Khairul memandang aku sebelum memandang satu sama lain bersama senyuman. Isya mendiamkan diri sahaja.

"Kamu betul ke ni?" soal Ustaz Khairul.

Aku sekadar mengangguk manakala Puan Zalikha sudah tersenyum gembira. Aku mengangkat pinggan dan cawanku dan membawa ke dapur untuk dibasuh sendiri. Tanpaku ketahui, Puan Zalikha sudah menghubungi keluarga Nazirah tentang perkara ini.

End of POV
                    --------------------------
Tepat pukul 1 petang, aku pulang dari kedai umi dan memberi salam. Aku melangkah ke ruang tamu untuk menyalam abah, yang sedang menonton televisyen, dan umi, yang sedang menemani abah sementara melipat baju. Umi kelihatan pelik sedikit pada ketika itu. Mana tidaknya, kalau dah pandang aku semacam.

"Umi.. Kenapa umi pandang Naz lain macam ni?" soalku sambil melabuhkan punggung di sebelah abah dan kepalaku diletakkan di bahu abah.

"Kamu dah buat keputusan?" balas umi dengan soalan.

"Keputusan apa umi? Keputusan pasal permintaan umi dan abah hari itu ke?"

Umi mengangguk. Aku mendiamkan diri buat seketika sebelum abah mencelah, "Bagilah Naz masa, Imah.. Baru lima hari berlalu, awak sudah tanya pasal permintaan kita.. Dia sedang buntu tu," kata abah dengan tenang dan tidak lepas pandang dari televisyen.

"Saya bukannya apa, bang tapi si Isyraf tu setuju dengan permintaan kami. Sampai bila si Naz perlukan masa," balas umi.

Aku, yang berada di situ, sudah terkejut dengan apa yang dikatakan umi dan mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Sebelum jadi apa-apa, baik aku minta diri untuk bersihkan diri dan menunaikan solat. Setelah menunaikan solat, aku membaringkan tubuhku di atas katil sambil memandang syiling. Sedangku mengelamun, pintu bilikku diketuk dan dibuka.

"Adik.. Boleh angah masuk?" soal angah yang sedang memandangku.

Aku mengangguk dan membetulkan kedudukanku. Aku mendiamkan diri apabila angah mengambil tempat di sebelahku.

"Adik okay tak? Nampak cam tak bermaya jer," kata angah dengan tenang.

"Okay.. Cuma..." balasku.

Angah mendiamkan diri kerana ingin mengetahui isi hatiku dan ingin memberiku masa untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatiku.

"Perlukah adik mengahwini Isyraf? Adik tidak mahu mengecewakan umi dan abah dengan keputusan adik," luahku.

Dia Imam Mudaku!Where stories live. Discover now