Chap9: Pergaduhan

2.5K 87 4
                                    

'So damn much' fikir Natasha.

Natasha mengangguk laju apabila disoal begitu oleh Syed. Syed tertawa melihat respon yang ditunjukkan.

Belum sempat Syed membuka mulut untuk menjawab. Pelatih telahpun memberikan arahan untuk beratur di dalam barisan kumpulan.

Semua pelajar akur tanpa merungut. Natasha berjalan ke barisan dan dia mendengar Syed bercakap perlahan.

"Take care, jangan curang dengan Darwish" kata Syed sambil senyum. Natasha juga menjawab benda yang sama.

"Take care too, jangan curang dengan Sara" balas Natasha sebelum Syed hilang dari pandangannya.

Natasha beratur dalam barisan kumpulan. Pelatih sedang memberikan taklimat tentang tentatif program hari ini.

Selepas bersarapan bersama ahli kumpulan. Natasha berasa hubungan mereka lebih akrab daripada sebelumnya, termasuk Darwish.

Sesekali apabila dia menoleh ke arah kumpulan Syed. Dia menangkap pandangan Sara yang dituju ke arah lelaki itu. Tetapi nasib baik Syed tidak memandangnya semula.

Walaupun Natasha berasa kecewa tidak bersama kumpulan dengan Syed tetapi dia tahu bahawa Syed akan tunaikan kata-katanya.

Aktiviti pertama di mulakan dengan jogging di sepanjang laluan di tepi pantai. Natasha akur dan mula berjogging.

Apabila sudah round kedua, Natasha mula berasa penat. Malang sekali dia tidak berdarah atlet seperti yang lain. Kasut sukan yang dipakai di kaki sudah dipenuhi pasir-pasir pantai, membuatkan Natasha berasa teramat tidak selesa.

Kelajuan Natasha semakin perlahan. Dia terduduk. Merebahkan punggungnya di atas bantal beralaskan pasir. Nafasnya sudah tidak normal. Dia menarik dan menghembus nafas dengan kadar segera.

Nilah nasib orang yang tak fit

Natasha membuka kasutnya. Dia tidak terkejut mendapati banyak pasir keluar dari lubang kasut apabila dia menterbalikkan kasutnya. Natasha mengeluh. Dia membuat perkara yang sama untuk kasut di sebelahnya pula.

"Awak okay?"

Natasha menoleh ke arah orang itu. Ya, suaranya yang familiar membuatkan Natasha tahu siapakah itu secara serta merta.

Darwish

"Okay je" jawab Natasha sambil mengelakkan untuk memandang mata Darwish.

Natasha mengikat tali kasutnya dengan laju. Dia mengikatnya dengan tidak kemas kerana dia ingin segera beredar dari situ. Dari Darwish.

"Srs saya okay je. Thanks for your concern" kata Natasha sebelum bangun dan jogging semula.

Natasha tidak menoleh ke belakang. Dia tahu Darwish berada di belakangnya. Dan sekarang. Natasha berharap agar Syed muncul.

Natasha dapat merasakan Darwish berada di belakangnya.

Jangan pandang. Jangan pan..

Sudah terlambat. Natasha telah pun menoleh. Dia mendapati Darwish sedang senyum tepat ke arahnya.

Serentak itu, dia terpijak tali kasutnya yang berjuntai. Membuatkan dia jatuh tersembam lantai berselimutkan pasir. Nasib baik pasir pantai je.

Oh shoot shoot

Dia dapat merasakan semua orang yang sedang berjogging berhenti dan memandang ke arahnya. Kalau nak diikutkan, ingin sahaja dia berada di posisi itu tanpa bangun supaya mereka tidak dapat melihat wajahnya.

Nak tak nak kena juga dia mengangkat muka menghadap mereka. Natasha mengelap mukanya yang penuh dengan pasir.

Blehh, masuk mulut lah pulak pasir ni.

Cinta Pandang Pertama Where stories live. Discover now