Sibuk

950 52 10
                                    

"Kamu ada nampak tak adik aku?" tanya Kaizo kepada kawan-kawan adiknya yang sedang sibuk bersembang di kedai Tok Aba "Satu hari aku mencari dia, langsung tak jumpa. Dia dan Faye entah pergi ke mana"

"Err.. maaf abang Kaizo. Kita orang tak tahu mana dia orang pergi" kata Boboiboy yang sedang mengelap cawan

"Ha ah, semalam kita orang nampak Lily ada dekat sini tapi hari ini dia takde pula. Entah-entah dia orang pergi merayap dekat bandar tiga orang tu" kata Yaya

"Dey! Kau tak rasa pelik ke kalau Fang merayap dengan dia orang berdua. Lily kan selalu ada dekat sini kalau Boboiboy ada. Faye tu akan ikut sahaja ke mana Lily pergi. Fang tu mesti ada dengan kita.. entah-entah, dia ada idea nakal dia tu lagi" Gopal lihat ke kanan dan ke kiri. Mana tahu tiba-tiba Fang muncul dengan idea tak betul dia

"Haiyaaa! lu boleh tak jangan fikir yang bukan-bukan. Dia tu kan sudah berhenti jadi nakal"

"Ha ah, betul kata Ying" kata Boboiboy "Abang Kaizo cubalah hubungi dia, mesti dia akan angkat panggilan abang Kaizo"

"Aku sudah hubungi dia tapi dia langsung tak nak angkat. Budak ni memang betul-betul nak kena denda dengan aku" Kaizo tenangkan diri dia sebelum dia mengamuk tak tentu pasal. Dia duduk di atas bangku kedai Tok Aba "Kamu rasa, adik aku selalu pergi ke mana?"

"Pantai?" kata Boboiboy

"Aku sudah cari dia dekat sana, dia tiada di situ" Boboiboy berikan cekodok pisang kepada Kaizo "Terima kasih tapi tak kan dia ada masalah lagi sampai nak sorokkan diri daripada aku" Kaizo kunyah cekodok chocolate itu sambil fikirkan sesuatu "Maaf, aku rasa aku perlu mencari dia. Entah mana budak ni pergi. Awal-awal pagi lagi sudah nak merayap aje kerja dia" Kaizo mengambil lagi cekodok pisang itu dan terus masukkan ke dalam mulut dia

Boboiboy terus hantar mesej kepada Fang untuk bertanyakan dia berada di mana?

-----------------------------------------

Fang menerima mesej daripada Boboiboy tetapi dia tidak membalasnya. Dia terus mengetuk pintu club-house kepunyaan Lynna tetapi yang membuka pintu itu bukan Lynna tetapi kawan Lynna iaitu Juria "Fang? Apa Fang buat dekat sini? Siapa mereka ni?"

"Maaf kak Juria. Kami datang sebab nak cari kak Lynna" kata Fang

"Ha ah, kita orang risau pula dia tak datang ke Pulau Rintis selama sebulan. Ada apa-apa terjadi dekat dia ke?" Juria tidak menjawab pertanyaan Faye tadi. Dia hanya mengambil jaket dia dan kunci kereta dia "Akak nak pergi mana?"

"Kamu semua ikut akak" kata Juria sambil menutup pintu rumah itu. Mereka pandang satu sama lain dan terus sahaja ikut Juria tanpa berfikir panjang. Semasa mereka di dalam kereta Juria, mereka tidak berkata apa sehinggalah Fang membuka mulutnya

"Kak Juria, apa yang terjadi sebenarnya dekat kak Lynna?" Fang memandang Juria yang sedang serius memandu kereta disebelahnya. Muka dia ada sedikit kerisauaan. Juria tidak menjawab pertanyaan Fang tadi, dia terus membelok keretanya ke kiri. Fang tidak tahu ke mana Juria ingin membawa mereka "Kak Juria?" panggil Fang lagi

"Maaf Fang, akak sebenarnya rasa berat hati nak beritahu apa yang berlaku sebenarnya tapi disebabkan kamu berempat datang ke sini. Akak tidak boleh menipu kamu berempat tapi kalau boleh, jangan beritahu Kaizo"

"Kenapa akak?" tanya Faye

"Sebulan lepas, masa Lynna baru sahaja balik dari Pulau Rintis. Akak nampak dia begitu cemas dan tidak berkata apa-apa" Juria mulai bercerita apa yang berlaku "Akak tahu dengan perangai Lynna. Dia tidak akan bercerita kalau dia tahu diri dia sudah mulai jatuh cinta"

"WHATTTT?!" Menjerit Faye, Bella dan Lily di belakang kereta. Fang pandang kebelakang dengan muka marah dia dan lalu dia pandang ke depan balik

"Maksud akak, kak Lynna jatuh cinta dengan abang ke?" tanya Fang lagi. Dia ingin tahu adakah benar atau Lynna jatuh cinta dengan orang lain. Fang tersenyum sedikit dan Faye nampak senyuman sepupu di cermin. Lalu dia tolak sedikit kepala Fang supaya tidak senyum sangat, kalau tidak, nanti dia akan kecewa. Mereka tahu dengan perangai Fang, dari dulu lagi dia berharap sangat abang dia dan Lynna akan bersama

Kawan Baik KuWhere stories live. Discover now