Gelang

600 50 6
                                    

Fang, Bella, Faye dan Lily berdiri tegak di medan latihan tempur. Mereka berempat dikenakan hukuman latihan tempur sebab menyibuk dalam hubungan dia dan Lynna. Kaizo tidak berkata apa, dia hanya bermundar mandir sahaja di tempat latihan tempur dengan muka serius dia "Kamu semua tahu kenapa aku panggil kamu ke sini?"

"Tahu" kata mereka kecuali Lily

"Tak tahu" itu yang dijawab oleh Lily. Padahal dia tahu tapi dia sahaja nak cari pasal dengan Kaizo. Kaizo hiraukan sahaja jawapan dari Lily itu

"Kamu semua akan dikena latihan hukuman tempur! KAU INGAT AKU TAK KAN BERIKAN HUKUMAN KEPADA KAMU SEMUA!" Kaizo keluarkan pedang tenaga dia sambil berjalan-jalan di depan mereka berempat

"Aku ingatkan selepas dia dengan tuan puteri, takdelah berikan hukuman dia tu" bisik Lily. Kaizo terdengar bisikan Lily dan dia terus pergi ke Lily yang sedang berdiri di antara Fang dan Faye. Kaizo pandang ke arah mata Lily lama-lama "Kap-kap-kapten Kaizo janganlah pandang sa-saya lama-lama" terus Kaizo berikan senyuman sinis dia

"Nampaknya, kau menjadi orang pertama menjalani latihan tempur! Kedua si Bella, ketiga pula ialah Faye dan akhir sekali ialah Pang" Dia sahaja bagi adik dia paling akhir sekali kerana dia boleh menghukum adiknya dengan lama. Kaki Lily menggigil berjalan ke tengah-tengah medan latihan tempur. Fang, Bella dan Faye hanya duduk di tepi untuk melihat Lily kena hukuman dengan Kaizo

"GOOD LUCK LILY!" kata Faye dan Bella. Lily hanya tersenyum sengih sahaja kepada kawan-kawan dia "YOU CAN DO IT!" kata mereka lagi tetapi Lily tidak sempat nak menjawab balik kerana dia sudah dikena kejar oleh Kaizo selama 2 jam

-------------------------------------

"Yang korang bertiga ni kenapa?" tanya Tok Aba kepada 3 orang anak gadis yang sedang bersedihan. Banyak tanda lebam-lebam di muka, kaki dan tangan mereka. Tiada kesan luka pun pada diri mereka

"Latihan tempur" kata mereka bertiga

"Kasihan kamu. Atuk buatkan Ice Blended Chocolate Special untuk korang!"

"Terima kasih Tok Aba! Tok Aba paling baik, lebih baik daripada si Kaizo yang kejam tu" menangis Lily "Ingatkan dia sudah kurangkan bagi kita orang hukuman, rupanya bukan"

"Itulah, aku pun ingat macam tu juga" mengeluh Faye "Apalah nasib kita ni yea"

"Siapa suruh kacau hubungan dia orang, kan dah kena dengan Kapten Kaizo" muncul Gopal bersama dengan Boboiboy "Apa cerita dengan dua merpati sejoli sekarang ni?"

"Hmm.. entahlah, aku tak dengar apa-apa berita tentang mereka. Kak Lynna pun sekarang ni tengah sibuk dengan assignment dia" Faye pusingkan dirinya "Tapi aku dengar, birthday kak Lynna tak lama lagi. Mesti abang sepupu aku akan buat sesuatu yang sweet dan romantik"

"Macam dia nak buat aje" Bella pula menyibuk "Tapi..." Bella mula fikirkan sesuatu. Muka dia berubah menjadi muka nakal "Kalau dia nak kita orang buatkan rancangan khas untuk kak Lynna, boleh juga"

"Wei, kau takde kerja lain ke nak buat. Biarkan lah abang Kaizo buat sendiri. Nanti kau juga kena hukuman lagi" marah Boboiboy kepada Bella

"Hmm.. yelah" Bella terus bermasam muka. Lily letak tangannya di bahu Bella dan tiba-tiba sahaja dia tersenyum sinis. Bella tahu yang Lily tak kan berhenti mengacau bilau terhadap Kaizo "Nanti kita bincangkan dekat rumah aku ok, ajak Faye sekali" Dia bisik di telinga Lily. Selamat Boboiboy dan Gopal tidak nampak dia berbisik dengan Lily. Mereka sedang sibuk memilih pesanan mereka di kedai Tok Aba

"Tapi aku tak sangka abang Kaizo boleh buat kejutan untuk kak Lynna hari itu" kata Boboiboy yang sudah pun selesai memesan makanan dia "Nampak simple tapi romantik sungguh!"

Kawan Baik KuWhere stories live. Discover now