Rancangan

767 48 12
                                    

Fang bermundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Dia menjadi resah kerana abang dia dan juga kak Lynna tidak pulang-pulang lagi dari semalam. Dia tidak dapat tidur dengan tenang semalam, mata dia asyik terjaga sahaja. Dia juga ada menghubungi abang dia tetapi signal tidak lepas. Dia membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur dan mencari abang dia dan kak Lynna di alam fantasy itu

"Abang Fang, janganlah risau sangat. Mereka pasti akan pulang punya" kata Rizu sambil kunyah kerepek pisang

"Maaf Rizu, tapi abang tak sedap hati kalau mereka tak nak pulang ke sini atau ada orang jahat serang mereka ke atau sesuatu yang buruk terjadi dekat mereka berdua" Fang fikirkan macam-macam benda buruk terjadi dekat abang dia dan kak Lynna "Abang rasa, abang perlu ke Kuala Lumpur hari ini juga"

"Tapi abang Fang... hari sudah gelap. Tak kan abang Fang nak pergi sorang malam-malam begini"

"Jangan risau, abang Fang kan ada kuasa. Tahulah macam mana abang Fang mempertahankan diri kalau ada apa-apa terjadi dekat abang" Rizu tidak rasa terlalu yakin dengan kata-kata Fang tadi. Muka dia berubah menjadi risau. Fang duduk di sebelah Rizu dan lalu peluk dia "Abang terpaksa buat begini kerana abang terlalu risaukan abang Kaizo dan kak Lynna"

"Kalau begitu, abang Fang jangan pergi sorang-sorang. Abang Fang pergi sahaja esok" kata Rizu dengan nada sedih dia

"Ok, abang akan pergi esok sahaja" kata Fang sambil lepaskan pelukan dia "Awal pagi esok abang akan bertolak"

"Kalau macam tu, aku ikut sekali!" muncul Faye belakang sofa "Tak kan aku nak biarkan kau pergi sorang-sorang. Aku kan sepupu abang kau juga"

"Kau nak ikut sekali apasal. Sibuk sahaja" Faye selerakkan rambut Fang yang cacak itu "WOI!"

"Hehehehe... aku nak ikut sebab aku pun risau juga. Yelah, kawan kak Lynna cakap sehari sahaja tapi ini sudah masuk dua hari" Faye lalu pergi ke depan dan duduk di sebelah kiri Rizu "Tapi Rizu tak boleh ikut esok"

"Kenapa pula kakak Faye? Pizu pun nak ikut juga"

"Rizu kecik lagi, nanti ibu Rizu risau pula. Kalau ada abang Kaizo, bolehlah Rizu ikut. Ini masalahnya, tiada orang dewasa untuk melihat kita nanti" kata Fang sambil memujuk Rizu

"Tapi abang Fang dan kakak Faye pun masih kecik lagi"

Fang menghela nafas "Maaf Rizu, Rizu tidak boleh ikut. Lagipun kita orang pandai jaga diri dan abang takut nanti abang Kaizo marah kita pula kalau Rizu ikut. Rizu dengar cakap abang ok" Rizu terpaksa mengalah daripada merajuk dengan abang kesayangan dia. Rizu terus peluk Fang

"Abang jaga diri elok-elok tau nanti. Kakak Faye pun sama" kata Rizu "Abang Fang balik cepat tau. Jangan lupa bawa balik abang Paizo dan kakak Lynna sekali" Fang dan Faye tersenyum melihat Rizu yang tidak malu lepaskan pelukan dia dekat Fang

"Abang akan jaga diri abang elok-elok" bisik Fang sambil membelai kepala Rizu

----------------------------------------

"Apasal korang berdua ikut sekali?" marah Fang apabila melihat Bella dan Lily berdiri disebelah Faye dengan senyuman nakal mereka "Isk! Korang ni memang nak huru-harakan lagi keadaan ke?"

"Mana ada, kami nak tengok macam mana dia orang berdua" Lily sudah mula dengan drama dia dekat station keretapi "Adakah cinta mereka sudah berputik di taman fantasy. Mesti si itik sudah pun melamar si puteri angsa putih. BESTNYAAAA!" Lily tiba-tiba rasa malu pula, dia siap menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangannya "Malu pula aku bayangkan keadaan mereka berdua"

"Sudahlah! Baik aku pergi dulu daripada tengok kau berdrama dekat sini" Fang terus membeli tiket keretapi dan terus naik ke atas untuk menunggu keretapi sampai. Dia terasa ada orang usik-usik bahu dia. Fang menoleh kebelakang dengan muka masam dia. Faye, Bella dan Lily tersengih kepada dia

Kawan Baik KuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin