Ep 15

299 45 0
                                    

Joseon Lovers ep 15

" Kawan...Em saya tak pernah rasa berkawan. Sejak kecik saya main seorang diri. Makan seorang. Ommamama tak pernah manjakan saya. Abamama pon tak pernah layan saya. MinGak hyung dengan Nara noona pula selalu je bersama tapi saya..Terpinggir.." katanya dengan nada sayu membuatkan Jhope berasa kasihan dengannya

" Hey ! tuan putera janganlah sedih hehe. Saya kan ada.. Saya lah kawan tuan putera ! saya akan menjadi harapan kegembiraan tuan putera ! " ucap Jhope dengan nada riangnya

Kiwang tersenyum melihat Jhope. Tidak disangka pengawal Jhope ini sungguh berbeza sekali." Terima kasih" ucap Kiwang

" Haa tuan putera panggil je saya Jhope tu memang nama panggilan saya !" Kiwang mengerutkan dahi. Sukar baginya untuk menyebut nama itu

" J--Je--JEI--Jeihobeu..?" kata Kiwang tergagap menyebutnya, Jhope sudah ketawa melihatnya

" Hahaha tuan putera macam saya lah ! sebut ada EU kat belakang kalau jumpa perkataan baru ! haha JHOPE lah , kalau macam tu saya nak panggil tuan putera KIE cantik kan heheh kita kan kawan ! " sengih Jhope

" Haishh peliklah kamu ni haha " kata Kiwang inilah pertama kali dia rasa seronok sekali

skip keesokan hari/Dewan diraja

" Seperti yang semua menteri cadangkan pasal penukaran takhta putera mahkota..Saya setuju..." kata raja Jang yang duduk di kerusi takhta , semua menteri sudah tersenyum penuh makna

" Tapi ! disebabkan Joseon bangkit dengan adanya bantuan dari negara Qing , saya rasa kita semua harus tanya pendapat raja Qing" katanya lagi , semua menteri sudah fokus ke arahnya

Seorang raja berjalan ke arah raja Jang dan duduk di sebelahnya ye itulah raja Qing yang diperkatakan

Menteri Noh dan yang lain sudah menarik muka bermaksud tidak suka. Jika raja Qing tidak setuju maka habis gagal rancangan mereka untuk merampas takhta raja itu

" Sida Yong ! panggilkan putera MinGak dan Kiwang datang mengadap ! " kata raja Jang dan sida itu menurut katanya

Dengan segeranya sida Yong memanggil kedua putera itu dan keduanya terus mengadap raja Jang dimulakan dengan MinGak barulah Kiwang

" Anakanda Putera MinGak datang mengadap " ucap MinGak lalu menundukkan kepalanya

"Anakanda Putera Kiwang datang mengadap ! " ucap Kiwang pula lalu menundukkan kepala. Sebenarnya dia sudah ketakutan kerana sudah lama tidak berjumpa dengan ayahnya

" Untuk pengetahuan Anakanda putera MinGak , semua menteri sudah sepakat untuk menukar takhta putera mahkota ke putera Kiwang " kata raja Jang membuatkan MinGak sudah terkejut lalu dia pandang menteri Noh penuh makna

MinGak tidak seperti raja Jang. MinGak tau segalanya. MinGak tau segala perbuatan zalim semua menteri tapi dia tidak mahu memberi tahu raja Jang kerana dia tau nyawa ayahnya dalam bahaya. Ibu MinGak sudah mati. Walhal ibunya tidak mempunyai penyakit. Ibunya mati pastilah ada seseorang membunuhnya kerana 12 tahun lepas raja Jang ingin menderma pada orang miskin dan tidak disetujui oleh para menteri tapi raja Jang sungguh kasihan dan teruskan niatnya. And see permaisuri ibu kepada MinGak dan Nara mati kerana ada orang membunuhnya namun tiada siapa yang tau

Dan itu jugalah yang terjadi pada Gookji iaitu tunang kepada Nara. Mati tanpa ada sesiapa yang tau sebabnya

" Jadi raja Qing kamu rasa patut ke saya jadikan Putera Kiwang sebagai putera mahkota ? " tanya raja Jang pada raja Qing di sebelahnya, raja Qing terus berdiri dan memandang semua orang

" Seseorang yang bakal jadi raja haruslah bertanggungjawab,berani,tidak memilih kasih,dan banyak ciri lain lagi. Seorang raja harus mengetahui semuanya. Dan raja harus membuat rakyatnya gembira" katanya lalu mengalihkan pandangan ke arah Kiwang dan MinGak

" Putera MinGak dan Kiwang.Saya mahu kamu berdua menyediakan persembahan dari sesiapa sahaja dan persembahan terbaik yang mewakili putera itu akan menjadi putera mahkota. Saya bagi tempoh seminggu, lagi seminggu saya datang dengan orang dari banyak negara untuk menyaksikan persembahan yang bakal kamu tunjukkan" katanya lagi manakala mereka semua mengangguk sahaja







Tbc~ dah nak show time guys ahaxx ^_^

Joseon Lovers [Min Yoongi ff]Where stories live. Discover now