Ep 28

297 36 1
                                    

Joseon Lovers ep 28

Keesokan harinya

" Apa maksud Yoongi semalam ? dia kena tinggalkan aku ? apa ni ? aku langsung tak faham satu benda pon...Yoongi..Tolong jangan tinggalkan saya " kata Nara di dalam hatinya berasa sangat risau kerana Suga berkata begitu

" Hey tuan puteri jom jalan-jalan ! " ajak Suga yang tiba-tiba sahaja muncul di depan pintu biliknya

" Jalan -jalan ? pergi mana ? " soal Nara namun Suga hanya diam sahaja . " Adalah..Ikut je..Sebelum saya pergi hehe k jom ! " kata Suga , tanpa persetujuan Nara terus Suga menarik tangannya

Nara masih lagi gelisah kerana semakin lama perkataan "Sebelum saya pergi" makin banyak dikatakan oleh Suga dan itu membuatkan dia rasa tidak tenang

Pekan joseon

Seperti yang dikatakan oleh XiangLu tentang menteri Noh dan Permaisuri tentang perbuatan zalimnya . Oleh kerana hal itu exo dan bts terus menerus mengikut kemana mereka pergi

Namun bts dan exo membiarkan Suga dan Nara bersama dahulu sebelum mereka meninggalkan zaman itu. Exo dan bts terus mengikutinya sampailah di satu tempat dimana orang miskin ditempatkan

Terpana exo dan bts disaat permaisuri itu memukul orang miskin yang tidak bersalah kerana orang itu merayu hendak makanan. Namun bagi permaisuri orang miskin tiada gunanya

Serta-merta bts mengeluarkan telefon masing-masing. Kamera perakam ditekan lalu dirakam seluruh adegan itu. Selama ini mereka berhempas pulas tidak bermain telefon kerana takut baterinya habis XD

" Mama...Bagilah keluarga saya makan..Kasihani lah kami.." kata seorang namja yang sudah kusut masai namun diendahkan oleh permaisuri itu

" Saya tidak peduli ! kamu semua tidak harus menghabiskan harta negara Joseon ini ! " katanya lalu melibas orang itu dengan rotan buluh yang sudah tersedia

" Uishhh sakitnyaaa " kata Jimin lalu membuat muka sakit dan kasihannya, tentu terseksa sekali jadi orang miskin itu.

Selepas puas menyeksa mereka permaisuri tadi dan menteri Noh terus balik ke istana berlainan pula dengan exo dan bts

Dengan kudrat mereka semua. Mereka telah berlawan dengan pengawal yang menjaga rumah orang miskin itu dan mereka semua telah pon tumpas di tangan abe tan dan abe Soso

" Heh ! ada hati kau nak lawan Park Jimin abs roti ni aishh boleh blah lah hahaha " ejek Jimin pada seorang pengawal yang sudah rebah ketanah oleh kerana dibelasah olehnya

" Hahaha kau tak tau betapa kuatnya keinginan aku untuk berjumpa balang biskut aku kembali hahahah ! " rapu Jungkook lalu menampar pengawal tadi

Sempat lagi Jikook ini mengejek pengawal tersebut tanpa menghiraukan exo dan bts yang sudah masuk ke dalam tempat itu malah Jikook terus menerus mengejek pengawal itu

" Lain kali kalau nak lawan aku pastikan korang ada abs roti bukan perut kuali hahaha !! "katanya sambil riak menunjuk abs rotinya yang mampu buat author hidung berdarah

" Betul tuhh ! dan mestilah makan biskut chips more yang sedap tu ! baru dapat tenaga bukan macam korang makan pelik-pelik" kata Jungkook pula

" Hahaha lebih chips lebih ceria haha ! " kata Jikook lalu kuih bulan yang berada di tangannya dimasukkan ke dalam mulut. Cukuplah untuk ganti chips more

Di dalam Bts dan exo terus melepaskan orang miskin itu lalu diberikan makanan yang secukupnya

" Terima kasih tuan sebab tolong kami " ucap semua orang miskin yang ada disitu , exo dan bts tersenyum

" Dah tugas kami " kata MinJung dan SamNam serentak

" Nampaknya bukti dah cukup" kata Namjoon lalu mengeluh perlahan

" Tabah.." ujar Jin lalu menepuk bahu Namjoon dan Namjoon hanya memberikan senyuma kelat






Tbc~

Joseon Lovers [Min Yoongi ff]Where stories live. Discover now