Bab 1- Licik

1K 22 10
                                    

    "Minum apa, Abang?.
    "Macam biasa, Cik Anis."

    Petang itu, selesa sekali. Cuaca tidak begitu terik. Tidak begitu mendung. Just nice. Angin sekali-sekala berlaga di pipi, menimbulkan rasa asyik di dalam hati. kelihatan juga dedaunan hijau yang melambai-lambai mengikut rentak alunan bayu.

    Azlan duduk di warung Cik Anis. Terletak di seberang padang rumput yang masih hijau. Segar. Padang bola Taman Sri Serdang. Tidak ramai yang lalu-lalang di situ. Biasalah, hari Ahad. Duduk rumah saja. Berehat setelah seminggu letih bekerja.

    Padang yang berpagar itu tiba-tiba dikelilingi beberapa orang bagi melangsungkan perlawanan bola sepak.

    Azlan menikmati suasana itu. Kopi panas yang baru terhidang dia atas meja bulat kecil di hadapannya dihirup. Aroma yang sungguh menyelerakan dengan perasa yang asli mampu membuai fikiran ke alam mimpi seperti seorang penagih dadah. Dalam masa yang sama, roti bakar yang berinti kaya dan mentega menjadi pelengkap sempurna kepada hidangan minum petang itu.

    'Ahhh, dah lama tak minum petang macam ni, nikmat'. Sekali-sekala dia memandang ke arah perlawanan bola sepak itu. Azlan merenung tajam kearah salah satu budak yang sedang khusyuk akan perlawanan itu. '           'Macam kenal je mamat tu'. Kemudian penglihatannya dialihkan ke arah jam tangan Adidas yang diberi oleh pakciknya sebagai hadiah. Pukul 5.30 petang. Senyuman terukir dibibir. 'Sempat lagi'.

   Dia terus berdiri. T-shirt Puma birunya yang dibeli di Jusco Cheras dibetul-betulkan. Beg digalas. Setelah ke kaunter untuk melunaskan bayaran, dia melangkah pergi.

   "Terima kasih, Cik Anis!" Ucapan terakhir buat hari itu, sebelum dia mula berlari-lari anak menuju ke destinasi. Agaknya macamana lah tempat tu sekarang ek?.

                 °----------------------°

    Azlan tiba. Dia memandang sekeliling, Oh, takde orang. Tombol pintu dipulas. Ternyata berkunci. Of courselah. What did I expect? Azlan berhenti seketika. Fikir. Tangan kiri memegang dagu. 'Agaknya ada lagi tak orang huni tempat ni?' Tanpa membuang masa. Pisau kecil dikeluarkan dari poket. Dah lama aku tak buat benda macam ni. Tangan kirinya segera memegang tombol pintu sementara tangan kanan beserta pisau diperlajukan langkah untuk membuka pintu. Tekk! Berjaya!

     Azlan tersenyum lebar. Agak bangga kerana ingatannya masih segar. "Assalammualaikum!" Salam diucapkan kalau-kalau ada orang di dalam. Nampaknya tiada. Dia melangkah masuk. Pintu ditutup kembali.

    Azlan memandang sekeliling. Atas, bawah, kiri, kanan. Setiap inci diperhatikan. Satu punching bag yang berwarna biru masih tergantung di tengah-tengah bilik itu. Seluruh bahagian lantai masih dialas dengan ruang puzzle mat lembut yang berwarja merah dan biru.

     'Ya Allah, rindunya dengan tempat ni. Dah lama tak training kat sini'. Azlan mendekati punching beg di hadapannya. Beg galas diletakkan di atas lantai. Badannya mula diregang-regang sedikit. Matanya tepat memandang ke arah punching beg itu. Powww! Satu tendangan padu dilepaskan. Gelombang bunyi yang kuat dilepaskan itu telah mengakibatkan salah seorang penghuni tempat itu terjaga dari dibuai mimpi selama 2 jam.

     Azlan memperbetulkan posisinya. Renungan tajam diperhatikan tepat ke arah punching beg. Belum sempat kakinya menyentuh punching beg, satu tendangan padu hinggap di belakang badannya secara mengejut. Papp! Azlan hampir tumbang ke bawah puzzle merah namun disambut baik oleh kedua belah tangannya. Argg! Pantas Azlan bangun semula. Satu tumbukan padu dilepaskan tepat ke wajah Azlan. Dia terkejut namun sempat melangkah ke kiri mengelak serangan. Kaki kanan terus menendang perut si penyerang. Papp! Ditepis dengan tangan kiri. Serangan dibalas semula. Dua-tiga tumbukan dilancarkan ke arah Azlan. Semuanya tidak mengena. Azlan tangkas mengelak serangan.

FIGHTERWhere stories live. Discover now