Bab 2 - Stay Away!

420 16 2
                                    

   
   Selesai makan. Aku segera bergegas ke dapur untuk meringankan beban Aunty.
   
   "Ehh, letak situ je Azlan, nanti Aunty basuh". Kata Aunty sambil menyimpan kembali baki air fresh Oren didalam peti sejuk. Kata-kata Aunty yang masuk ke dalam telinga kanan aku segera dikeluarkan ke telinga kiri. Aku kembali membasuh.
   "Kenapa rajin sangat tu? Dah bersemangat nak jadi suami dan ayah kepada anak-anak ke? Hehe". Sindir Uncle.
    
     "What!, Aunty apa semua ni!" Pinggan mangkuk yang dibasuh segera dilap lalu menyusun rapi dirak pinggan.
   
    "Hahaha, Uncle kamu kan tu. Hehe" tertawa Aunty sambil merampas tugas aku.
     "Lepas ni takde plan ke Aunty?" Tanya aku menatap wajah Aunty dan Uncle dengan harapan dapat go somewhere.

   "Apa kata, kita pergi tengok movie nak?" Cadang Aunty. Tugasnya berhenti sebentar lalu bergegas ke ruang tamu untuk mencapai telefon pintarnya.
    "Kalau nak tengok, sempat ke? Baik cepat booking ticket tu." kata Uncle sambil membantu Isteri kesayangannya mencari lokasi yang sesuai dan movie yang latest untuk ditonton.
   
    "Azlan nak tengok movie apa? Yang masih free buat masa sekarang ni cuma ada 'Ouija the origin of evil', 'Desolasi', 'Doctor Strange', 'Moana'.
Movie ni je yang masih ada tempat lagi kalau nak tengok hari ni."

   "Moana, macam best je!" Pilihan Azlan setelah ternampak poster besar-besaran di KLIA Petang tadi.  Poster yang memaparkan cerita terbaru keluaran Disney.
    "Sure? Ini macam cerita budak-budak je!" Kata Uncle sambil memeriksa trailer movie Moana di Youtube. Azlan dan Auntynya turut serta memandang trailer movie. Agak menarik!
   
   "So, macam mana? Sure nak tengok movie ni?" Soal Aunty.
   "Ikut Uncle dengan Aunty lah, Azlan tak kesah sangat! Azlan ikut je."
    "Kalau macam tu kita booking movie ni jela eh? Setuju?". Tanya Uncle sambil liar matanya mencari koordinat tempat yang tepat untuk mereka duduk nanti.
     
   "Alright, movie start pukul berapa Uncle?".
    "10.30" balas Uncle. Jam dinding di ruang tamu menunjukkan pukul 9:40. Sempat untuk kami bersiap. Lagi 50 minit. Aku bergegas ke bilik untuk menyalin pakaian yang sesuai.

               °——————————°

     Baju T-shirt Adidas disarung serta-merta. 'Mana jam aku ni?'. Azlan meliar memandang meja komputernya seperti mencari mangsa.
   
    'Tok tokk tok, Azlan kita kene gerak sekarang! Nanti jalan jam susah!" Kata Aunty sambil mengetuk pintu 2-3 kali memberi peringatan.
     "Alright, please give me a few minutes Aunty". Azlan mengaru kepalanya yang langsung tidak gatal itu berulang kali.
   
     2 minit telah berlalu, namun Azlan gagal mencari jam kesayangannya. Azlan segera mengulas tombol pintu keluar bilik. Anak tangga ditapak selaju yang mungkin. 6 tapak yang terakhir, Azlan melompat sekuat mungkin.
    
     "Azlan!! kenapa kamu lompat macam tu! bahaya tau tak. Kalau patah kaki macam mana?" Amarah dan ceramah diberikan Aunty selepas Azlan selamat landing diatas permukaan batu marmar warna grey+ biru.
   
     "Sayang, jangan lah tension tak tentu pasal! pandai lah dia jaga diri. Jangan ingat dia masih budak kecik lagi tau." Backup Uncle dari belakang aku.
     'Thanks Uncle'.  "Aunty sorry lah, Azlan terlampau excited nak pergi cinema. Hehehe sorry okk! Azlan janji tak buat lagi." Pujuk aku sambil mengurut-urut belakang tengkuk Aunty seperti ingin 'cari hati'.

   "Betul ni? Janji!". "Ye Aunty, Azlan janji takkan buat lagi". Aku memimpin tangan Aunty ke arah kereta. Pintu depan dibuka seluas-luasnya. Tangan aku segera dihulur panjang bagi menandakan Aunty dipersilakan melabur punggung di atas sofa lembut kereta Honda City.
    
    "Jangan ingat Aunty akan mudah percaya! Kalau Aunty nampak lagi. Jangan harap Azlan dapat makan kari kambing!" Sindir Aunty sambil memperbetulkan posisi dirinya di atas sofa.
    
     'Baiklah, whatever' detik hati aku sambil kembali ke arah Uncle. Kelihatan tombol pintu biliknya terbuka sedikit. Aku lajukan langkah. Kedengaran Uncle sedang menjawap pangilan dari telephonenya.
    "Jangan harap!". Kata Uncle tegas mengakibatkan aku sedikit terkejut. Uncle lantas mematikan panggilan call. Iphone dicampak atas katil. Kepala digaru berkali-kali.
    
      Pintu bilik ditolak kasar. Aku masuk bilik Uncle dengan sepantas mungkin. "Uncle what happen? Kenapa tu?" Tanya aku terpinga-pinga melihat wajah Uncle  yang berkemungkinan besar sedang mengalami masalah.
  
    "Ouh, nothing! Azlan baru sampai ke apa?". "Haah, Uncle ada masalah ke? Nak kita cancel movie?"
    
     "Eh, buat apa nak cancel. Masalah kecik je ni kat tempat kerja. Nanti uncle boleh settlekan perlahan-lahan. Azlan janganlah risau". Balas Uncle sambil menolak lengan kanan aku lembut menuju ke luar bilik.
     "Sure? Ada apa-apa yang Azlan boleh tolong? Memandangkan Azlan tak buat apa-apa masa ni!" Kata aku dengan niat hanya ingin meringankan beban Uncle aku.
   
     "We will see later, kalau Uncle terdesak, Uncle akan mintak tolong Azlan okk!". Jam dinding menunjukkan masa mereka hanya tinggal lagi 35 minit. "Dah, jom gerak sekarang! Nanti lambat terlepas kang." Tangkas Uncle menolak bahu kanan aku lembut menuju ke arah keluar bilik.

FIGHTERWhere stories live. Discover now