Mak Andih Nak Lari

7K 362 30
                                    

Pak Pandir baru sahaja bertengkar dengan isterinya Mak Andih. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja Mak Andih terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa?" Pak Pandir bertanya.

Mak Andih terhenti sebentar. Dia merenung Pak Pandir itu lalu berkata, "Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini!"

Pak Pandir berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian. "Betul juga kata kamu. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut kamu keluar dari rumah ini!"

Lawak Gila Gila Where stories live. Discover now