。 •́ ⚈ ( 45 ) ⚈ •̀ 。

45.7K 1K 116
                                    

💛💛💛

3 Bulan Kemudian..

Kaki aku melangkah ke arah ruang tamu apabila ternampak mummy sedang membaca majalah sambil menonton tv.

"Qib.." panggil Pn. Sri Qyaseha mengamit anaknya duduk di sisinya. Aku menurut tanpa banyak mulut. "Daddy mana?" Seraya melilau mataku mencari susuk tubuh ayahnya. Kerja? Hari minggu pun kerja?

"Macamlah Naqib tak kenal daddy kamu tu," matanya masih ralit menyelak majalah di tangannya itu. Aku mengapai remote tv di atas meja kaca di tepi mummy dan menukar channel.

Doraemon.

Terangkat keningku, tak sangka cerita ni masih wujud. Dah lama rasanya aku tak tengok cerita ni. Khusyuk aku menonton tv dan tak sedar yang Mak Ros sudah berdiri di sisinya memanggilnya banyak kali.

"Naqib Rayyan.." tersentak aku apabila mummy memanggil nama penuhku. "Why?" Kataku senada. "Mak Ros panggil kamu takkan tak dengar?"

Hah? Laju aku menoleh ke sisi dan kelihatan wajah Mak Ros yang sudah di mamah usia. "Maaf Mak Ros Naqib tak dengar," pohon aku. Tersenyum wajah itu lalu memberi sepucuk surat padaku, "takpe Naqib. Nah ada surat untuk Naqib."

Aku mengambil dan mengucapkan terima kasih. Aku melihat surat di tanganku. Eh bukan sepucuk but berpucuk pucuk. Haha! Ok tak lawak. Aku tenung 3 surat itu.

Eh ni bukan? Bulat mata aku membaca muka hadapan ketiga tiga surat itu. Surat permohonan ke universiti. Wow? Tak sangka secepat ni?

Tanpa sedar aku mengeluh, "Kenapa Qib?" Tanya mummy tanpa mengalihkan pandangannya. "Dapat sambung belajar," Kata aku perlahan, cita citanya ingin menjadi seorang Pilot sudah ada di depan mata. Teringat dia pada seseorang yang mempunyai cita cita yang sama dengannya.

"Wey, Qib! Kau nak jadi apa nanti bila besar?" Soal Asy sambil meratah ayam kfc yang di beli oleh kami tadi.

Aku termenung sekejap, tasik yang berada di depan aku renung, "Entahlah wey, otak aku kosong." Cita citanya buat masa sekarang tidak menentu maklumlah baru tingkatan 3. Semua aku nampak, semua aku nak.

"Ohh so kau tak tahulah nak jadi apa?" Aku mengangguk dan menoleh ke sisi melihat Asy. Tersenyum aku melihatnya yang masih meratah ayam. Tergeleng kepala aku melihat rambut 'panjang' dia.

Aih banyak kali cikgu cikgu mencarinya sebab sakit mata melihat rambutnya. But ni Asy kut, ingat dia akan benarkan sesiapa sentuh rambut dia? Fuh, potong jarilah kalau ada sesiapa yang berani sentuh kecuali aku.

"Kalau aku kan.." Kata Asy separuh sebelum menghabiskan kunyahan yang terakhir, "Aku suka duduk tempat yang tinggi, tenang." Katanya lalu mendongakkan kembalinya ke atas melihat langit yang kebiruan.

Aku turut mendongakkan kepala ke atas. "Cantik.." Segera Asy menoleh ke arahku dan tersenyum. "Cantikkan? Aku nak duduk dekat atas sana. Aku nak terbang.." Aku turut memandangnya.

"Kau nak jadi pilot?" Asy mengangguk laju, "Aah Pilot! Juruterbang! Aku nak terbang nak tengok dekat atas sana tu ada apa," katanya sambil menyedut minumannya."Kau nak jadi Pilot tak?"

Aku terdiam mendengar soalan Asy. Perlahan lahan senyum terbit di bibirku, "Of course lah! Kau kawan baik aku. Kan kita dah janji nak forever together? Susah senang bersamakan?" Asy tersenyum bahagia dan memeluk bahuku sambil melihat langit.

"Qib?" Aku menoleh memandang mummy,

"Yes?"

"Are you okay?"

Aku mengangguk, "by the way Naqib, mummy ada bende nak bincang ni." Mummy menutup majalahnya, sekarang fokusnya tertumpu pada anaknya. Ada bende yang dia kena bincang dengan anak tunggalnya ini.

"What it's mum?" Surat tawaran itu aku letakkan di tepi meja. Nanti nanti jelah aku fikir. "Mummy dengan daddy dah bincang hal ni," matanya tajam memandang anaknya.

Aku sudah mengerut dahi, hal apa ni? Melihat anaknya tidak bersuara Pn. Sri Qyaseha meneruskan kata katanya.

"Nanti Naqib sambung belajarkan?" Aku mengangguk, kenapa? "Sebelum Naqib sambung belajar, boleh mummg minta Naqib tunaikan permintaan mummy dengan daddy?"

Ah sudah, permintaan apa pulak ni? Aku membetulkan kedudukan dan kembali fokus memandang mummy. Aku diam tidak berkutik menunggu mummy menghabiskan ayatnya.

"Mummy nak Naqib bertunang dengan Amanda," Sekali nafas Pn. Sri Qyaseha berkata.

SILENT ✓Where stories live. Discover now