。:゚( NAUFAL X MARDIAH )゚:。

32.4K 675 20
                                    

"Sayang.. Nampak kunci tak?" Naufal meraba - raba poketnya. Mardiah yang berdiri di sebelah kereta sudah terkebil - kebil.

"Kunci? Kunci kereta ke? Hilang? You jangan main -main sayang," Mardiah sudah cuak. Tengah malam ni tak akan kunci boleh hilang.

"You tertinggal dekat dalam ke?" Mardiah mengintai ke dalam McDonald namun tempat mereka yang duduk sebentar tadi sudah di duduk oleh sekumpulan anak muda.

Naufal memandang Mardiah, "Aaa kunci dekat you lah,"

Berkerut dahi Mardiah mendengarnya, "Iye ke?" Bila masa pula dekat aku? Tangan Mardiah mula menyelongkar handbagnya. Dicari kunci kereta. Ada ke? Seingatnya dia tak ada pegang kunci langsung.

Naufal menahan senyumannya. Dagu di tongkat di atas kereta memandang Mardiah yang gelabah.

"Tak adalah sayang," Makin tak tentu Mardiah di buatnya, "Bila masa you bagi i?" Mardiah memandang Naufal yang tersenyum dari tadi.

"Youuu, senyum apanyaa tuu. i tanya ni, bila masa you bagi i kunci,"

Naufal ketawa besar, "Adalahh, 5 tahun lepas i bagi," Naufal mengenyit matanya.

Makin berkerut dahi Mardiah. Ee dia ni, ajak bergurau pula. "Jangan buat lawak eh Naufal, kunci apa pula 5 tahun lepas?"

"Kunci hati saya... Cia ciaaa," Terus terlepas ketawa Naufal, pintu kereta di buka.

Mardiah sudah terkedu. 5 tahun lepas?

***

5 tahun lepas..

"Fal, draft tu nanti kau e-mel dekat aku," Hakimi mengemas failnya yang bersepah. Kemas, nak balik.

Naufal mengangguk tanda mengerti, jarinya bermain dengan pen miliknya. Tangan kiri pula sibuk dengan gajet di tangan. Sesekali senyuman sinis terbentuk.

"Aku gerak dulu, jangan lupa!" Hakimi menepuk bahu Naufal dan terus dia berlalu pergi.

Naufal masih hanyut dengan handphonenya.

"Wey tengok ni," Perempuan yang hanya duduk selang satu meja dari Naufal mula bersuara. Walaupun suaranya perlahan, namun tutur kata gadis itu jelas di telinganya. Kerana suasana library yang kosong dan sunyi.

Gadis yang bernama Dani itu menunjuk sesuatu kepada kawannya. Bahu kawannya asyik di tolak, apabila tiada reaksi dari kawannya.

"Tengok apa~" Jawab Mardiah malas. Ee nak ajak bergosiplah tu. Aku tengah busy ni, tak nampak keee.

"Niee haa, tengoklah." Dagu Mardiah di tarik, memaksa gadis itu memandang.

Mardiah melihat sambil lewa. Gambar seorang lelaki yang agak kacak menghiasi skrin telefon Dani.

"Siapa ni?" Soal Mardiah. Dia tidak mengecam wajah lelaki ini. Dan kenapa Dani menunjuk gambar ni?

Dani sudah terlopong, "Engkau tak kenal?"

Mardiah mengeleng. Kemudian kembali sambung membuat kerjanya yang tergendala.

Dani sudah mendengus, dagu Mardiah kembali di tarik.

"Nie. Kau tengok gambar ni, then kau tengok lelaki sebelah meja kita tu," Paksa Dani, dia masih tidak puas hati selagi arahannya tidak di turuti oleh Mardiah.

Mardiah menahan rasa serabutnya. Pennya di hempas sedikit ke meja. Telefon Dani di rampas geram, matanya memandang tajam skrin handphone Dani. Kalau boleh nak tenung sampai retak telefon ni!

Kemudian matanya beralih memandang lelaki yang di suruh oleh Dani.

Dan ketika itu, mata mereka bersabung buat pertama kalinya.

***
Mardiah menahan geram, bila - bila masa saja handphone di tangannya ini di campaknya. Panas hatinya membaca kontroversi yang berlaku ni.

PELAKON POPULAR TANAH AIR - AFIQ NAUFAL BERCINTA DENGAN SEORANG MODEL TERKENAL - AUSHIA SOFEA?

"Wah banyak betul gambar kantoi you ni eh," Berbulu matanya tengok gambar mereka berdua yang tak ada lah nampak mesra, tapi masih sakit hati jugalah menengoknya. Gambar berdua-duaan di restoran mewah serta gambar Aushia yang sedang melangkah keluar dari kereta Naufal. 

Walaupun dia tahu yang Naufal tidak suka pada Aushia, dia hanya menganggap Aushia rakan sekerja saja. But kita tak tahu belah pihak Aushia macam mana. Entah - entah memang dia suka pada Naufal.

Ha! Macam mana?! 

Bukan Naufal tidak mahu menghebahkan pada media bahawa dia sudah ada yang punya, cuma Mardiah sendiri yang tidak benarkan. Tapi ada saja, Naufal memuat naik gambar dia di laman sosial Naufal walaupun sipi sipi dan Naufal ada terbagitahu hint sikit sikit. 

Dia tidak mahu terlibat dengan media serta peminat Naufal. Macam sekarang ni, baru berita 'fake' Naufal bercinta dengan Aushia. Peminat Naufal sudah kecam Aushia dengan teruk.

Cuba bayangkan dia yang berada di tempat Aushia. Oh noooo! Walaupun kita boleh abaikan saja kata kata pedas seorang nitizen ni. Tapi yang akhirnya nanti, kita yang sakit.

Mardiah kembali melihat artikel di screen handphonenya. Laju saja jari scroll ke atas membaca comment nitizen ni. Kebanyakkannya mereka mengutuk Aushia. Mardiah tersenyum sengit. Pantas saja dia menekan ruang comment dan menaip sesuatu.

Buruk!

***

Terjengket- jengket kaki Mardiah mahu mengapai luggage di atas almari, namun sudahnya tidak sampai. Mardiah sudah mengomel geram, besar kecil saja matanya memandang luggage merah itu.

Naufal yang baru saja balik dari berjogging sudah menahan gelak melihat aksi comel Mardiah. Jaranglah tunangnya tak comel. Perlahan - lahan kakinya mengatur ke arah Mardiah.

"Dah tahu pendek, ambil kerusilah Cik Mardiah oii! Terjengket - jengket macam ni memang sampai esok pun takkan dapat." Selamba saja Naufal memerli sambil tangannya membawa turun luggage.

Mardiah sudah mencebik, laju saja tangannya merampas luggage di tangan Naufal tanpa mengucapkan terima kasih. 

"Pergi mandi, busuk!"Halau Mardiah.

Terangkat kening Naufal mendengarnya. Swing habis mood Mardiah pagi ni. Langkahnya mendekati Mardiah yang bersimpul di atas katil itu. Selamba badak saja Naufal memeluk tubuh Mardiah dengan berpeluhnya.

"HAHAHA! Rasakan! Ooo panggil i busuk yaa!"

Terjerit Mardiah dibuatnya. "Nooo! Naufal! Get away from me! Dont touch me!" Terkial kial dia menolak tubuh besar Naufal itu, "Eeeeei Naufal!"

Makin galak Naufal mengusik buah hatinya ini, "Noo, i takkan lepaskan you. Bukan you kata you suka bau i lepas jogging ke?Rasa macam nak cium - cium je kan? So? Apa lagi? Ciumlah i puas puas cepat,"

Mardiah sudah menjerit geram. Tangannya makin kasar menolak tubuh Naufal yang makin menindihnya, "No! i tak nak! i nak kemas barang ni, bangunlah Naufal!"

Naufal tidak mengendahkan kata-kata Mardiah. Tangannya makin erat memeluk tubuh Mardiah. Leher jinjang Mardiah sudah di terokai. Makin naik geram Mardiah dibuatnya. Kakinya yang sudah terpeluk kemas tubuh Naufal di tendangnya geram. Belakang Naufal di tumbuknya.

Puas bermain di leher Mardiah, terus bibirnya mengucup bibir seksi Mardiah. Terdiam terus Mardiah. Tubuhnya makin lemah dibawah godaan Naufal.

Naufal melepaskan ciumannya. Matanya tajam menikam mata Mardiah.

"I love you sayang, i tak pernah terfikir yang you akan jadi suri hati i buat selama lamanya nanti. I tak sangka, apa yang i harapkan akan jadi satu kenyataan nanti. i really love you so much."

"i janji, i akan jadi suami yang bertanggungjawab untuk you and untuk anak anak kita nanti. i sayang you, i really really love you,"

"i harap cerita cinta kita, tidak akan berakhir di sini,"











peace yo

SILENT ✓Kde žijí příběhy. Začni objevovat