。 •́ ⚈ ( 74 ) ⚈ •̀ 。

61.8K 932 8
                                    

💛💛💛

Azra memejam mata sambil kepala mendongak ke atas. Udara petang yang segar di hirupnya. Telinganya menangkap jeritan kanak kanak yang sedang bermain serta bunyi angin yang berderu. Sungguh mengasyikkan.

Azra kembali membuka matanya apabila terdengar bunyi plastik di sebelahnya. Gina yang baru saja tiba dari kedai sedang khusyuk mengeluarkan 100 plus dari plastik. Satu botol di hulur kepada Azra.

"Nah! For you darling!"

Ketawa kecil Azra dibuatnya, tangannya menyambut huluran Gina.

"Wah bestnya! Petang petang macam ni kita lepak sama sama. Jogging sama sama. Dah lama tak rasa macam ni," Luah Gina dengan gembiranya sambil tangannya di awangan.

Azra mengangguk setuju, "Sama dengan i lah. I pun dah lama tak rasa macam ni, lepak ramai ramai. Kalau tak memasing busy dengan kerja je."

Azra dan Gina berbual sambil ketawa mengabaikan suasana sekeliling. Namun jeritan kuat membuatkan perhatian mereka teralih.

"Woi! Pass bola kat aku woi,"

"Jangann! Rampas cepat!"

"Wey wey! Kau curi bola aku!"

Macam macam jeritan yang kedengaran. Naqib, Amri dan Naufal sedang lincah bermain futsal bersama budak remaja yang lain. Kecoh betul permainannya. Macam budak budak.

Azra dan Gina hanya memerhati saja mereka semua dari luar gelanggang. Tergeleng kepala Azra melihat Naufal yang selamba menolak budak tingkatan 5 itu untuk merampas bola.

"Omg! Tiga orang abang tu ada lah!"

Gina menoleh ke sisi apabila kedengaran jeritan kecil sekumpulan perempuan. Gina mencebik melihat tubuh geletis budak bawah itu melihat 3 jejaka hot yang sedang bermain.

"Dah lama tak nampak dorang! Auhh makin hensem lahh," Kata seorang perempuan yang agak chubby dari 5 orang rakannya.

"Tu abang yang pakai baju putih tu, auch sexynya body dia!" Perempuan free hair sudah mengedik memandang Naqib yang santai menendang bola. Baju putih adidas sudah basah lencun penuh dengan peluh. Rambut depan yang panjang di ikatnya dengan getah.

"Abang yang pakai baju merah tu pun seksi jugak," seorang lagi perempuan berkata merujuk kepada Amri yang sedang menghalang lawannya. Amri hanya mengenakan singlet merah mendedahkan terus bicepnya yang berotot itu.

"Hehe abang Naufal pun sama. Tengok dia macam ni, lagi hensem tengok dia depan macam ni dari dalam tv. Tak sangka kita dapat tengok dorang lagi petang ni,"

Gina menyiku Azra dan menunjuk ke arah sekumpulan perempuan yang tak jauh dari mereka. Azra turut melihat dan ketawa kecil.

"Biasalah, budak budak mana boleh tengok lelaki hensem, makin mianglah dorang. Macam kita jugak, ye dok?" Selamba saja Azra berkata sambil meneguk 100 plus.

Sudah 2 jam mereka di sini, duduk di atas tangga yang menempatkan tempat penonton untuk perlawanan futsal. Hari ini hari sabtu. Naqib yang mengajak kawannya untuk lepak sesama petang ni di tempat yang biasa mereka bermain futsal. Nasib baik ada Gina jadi Azra taklah bosan. Sempat mereka berjogging sekitar taman semasa game bermula, sampai mereka selesai game masih belum habis. Jam sudah menunjuk 6:45 sudah mahu menganjak pukul 7.

"Goalllllllll!!!!!!!!" Jerit Naqib dan Amri sekuat hati. Ceh macam dapat hadiah je. Beria mereka berlari sekeliling gelanggang meraihkan kemenangan itu. Naufal sudah terduduk konon sedih dengan kekalahan siap bersujud atas simen tu.

Budak budak lain sudah ketawa besar melihat betapa overnya abang yang join mereka. Siap menepuk belakang Naufal seakan mahu memujuknya padahal mahu menganjing.

SILENT ✓Where stories live. Discover now