Disebabkan hanya ada aku dan abang-abang sahaja dekat rumah ni jadi aku sepi bila semua orang pergi kerja. Aku pun mula la jalan-jalan sendiri. Ke mana sahaja kaki ini melangkah ke situ la aku tuju.
Hari ini aku main-main dekat tasik. Tasik tu luas macam laut. Kehidupan hijau pun nampak segar. Tasik ini ada dalam hutan dekat kawasan perumahan aku. Ketika ini aku berjalan sekeliling tasik sehinggalah aku ternampak sesuatu di dalam air. Nampak macam istana. Warna kuning keemasan. Cantik. Tapi di atas air tiada apa-apa. Yang hairannya imej dalam air itu terbalik macam ada istana dekat atas air tu.
Chip. Chip.chip.
Ada bunyi anak burung. Aku segera mencari dari mana bunyi anak burung itu. Akhirnya, aku jumpa anak burung di bawah ranting besar. Cantiknya anak burung ini. Badan dia warna biru kehijauan macam air tasik ini. Anak matanya warna coklat keperangan. Paruhnya warna kuning dan berjalur sedikit putih. Hujung sayap dan ekornya warna kuning keemasan.
Anak burung ini kena simbah cat ke?
Aku mengalihkan ranting itu lalu menyelamatkannya. Aku letak dia atas tapak tangan. Tubuh burung itu tergolek. Mungkin dia sakit. Aku duduk di bawah sebatang pokok berhampiran tasik.
Kemudian, aku ambil sedikit air dari tasik menggunakan tapak tangan kanan untuk diberi minum kepada anak burung itu. Anak burung itu pun minum. Selepas itu, aku berdiri dan bawa anak burung itu balik rumah untuk dirawat.
*
"Amirul. Kau memang tak faham bahasa ke? Aku dengan dia dah bertunang tahu tak. Kenapa kau nak rampas dia daripada aku? Perempuan lain dekat luar sana tu lagi ramai. Kenapa kau nak kacau tunang aku juga?"
Aku boleh dengar tengkingan Abang Zaki di ruang tamu tingkat bawah. Hari-hari begaduh. Ada saja benda tak kena. Tak penat ke? Aku yang dengar pun penat. Sakit telinga.
"Hanya tunang. Bukan bini ko pun. Tak salah."
Abang Amirul pun sama. Suka sangat bercinta tidak bertempat. Tunang orang pun dia nak.
Ketika ini aku bangun dari kerusi. Anak burung yang aku rawat selama seminggu sudah sembuh sepenuhnya. Hanya dia yang teman aku dalam kesepian ini. Abang-abang aku semua uruskan hal sendiri saja.
"Harrybird. Jom kita pergi jalan-jalan. Malam ni bising lagi la." Aku capai Harrybird dan letak atas tapak tangan kananku.
Aku capai baju sejuk warna biru yang berkerudung dan memakainya. Aku ambil wallet di atas meja lalu di simpan dalam poket seluar jean.
Selepas itu, tarik kerusi menghampiri tingkap dan panjat. Aku keluar bilik melalui tingkap. Kali ini aku tidak jatuh tergolek seperti sebelum ini. Aku turun perlahan-lahan dengan berpaut pada batang paip. Setibanya di tanah. Aku segera ke arah rak kasut dan ambil kasut jenama Nike. Aku pakai kasut dan lari menuju ke arah tasik bersama Harrybird.
Aku terlupa bawa lampu suluh. Tapi nasib baik malam ini bulan penuh. Cerah. Aku menuju ke arah sebatang pokok berhampiran tasik dan duduk di bawahnya. Aku letakkan Harrybird di atas tanah.
"Mulai malam ini, Izz bebas kamu. Terbang elok-elok, ya. Jangan jatuh lagi. Mesti mama dengan papa kamu sedang risau sekarang ni. Balik la."
Harrybird melihat ke arah aku dan mendekati aku. Mungkin dia ucapkan terima kasih. Aku pula hanya senyum.
Kemudian, Harrybird terbang meninggalkan aku sendirian di sini. Sepinya. Aku rapatkan lutut pada dada dan memeluknya kerana kesejukan. Aku tidak mahu pulang. Aku tidak suka mereka bergaduh. Lebih baik aku tidur dekat sini saja.
Aku cuba pejamkan mata dalam kesejukan. Aku terlena bukan kerana mengantuk tetapi kerana tubuhku tidak bermaya lagi. Tadi aku belum makan lagi. Mulanya aku nak turun makan tapi bila abang-abang aku bergaduh, aku takut pergi dapur sebab kena lalu ruang tamu dulu.
Bunyi sesuatu lompat ke dalam tasik telah memeranjatkan aku. Aku segera buka mata. Pandangan aku kabur keran bulan semakin menghilang. Aku takut lalu berdiri. Lebih baik aku balik. Aku risau kena makan dengan hantu tasik.
Aku lari dari situ. Pada masa yang sama perut aku berbunyi kerana kelaparan. Perut aku terlalu perit. Tambahan pula, aku ada penyakit gastrik.
Aku berlari sehingga aku tersandung. Pinggang aku sakit. Rasa sepeti terluka. Aku pegang pinggang yang sakit. Ada cecair. Tangan itu kemudiannya aku angkat ke atas untuk melihat cecair apa itu dengan adanya sedikit biasan cahaya bulan.
Darah...
Aku berdiri tetapi kaki kanan aku tersangkut akar kayu besar. Aku tarik tetapi tidak berjaya. Bulan pula semakin menghilang.
Aku takut gelap. Abang. Tolong Izz.
Aku tidak berani menjerit dalam hutan. Aku hanya mampu bercakap dalam hati sambil menangis.
Perut aku sakit. Pinggang aku luka. Kaki kanan aku tersangkut. Aku tidak boleh bergerak.
Tiba-tiba, aku terdengar bunyi desisan. Macam bunyi ular. Aku tidak tahu di mana sebab terlalu gelap. Ada sesuatu merayap pada tangan kiri aku. Makin lama makin ke atas dan bunyi itu semakin dekat.
Cahay bulan kembali kelihatan samar-samar. Ya, tangan aku memang dililit ular itu.
Apa aku patut buat? Aku tak nak mati awal.
Ular itu masuk dalam baju aku. Aku pula kaku sebab takut. Sisiknya buat aku rasa geli. Ular itu menyusur sehingga ke pinggang yang luka itu. Sangat pedih. Pandangan aku pula semakin lama semakin kabur dan mata aku semakin tertutup. Perut aku kelaparan. Mungkin ini malam terakhir sebelum aku dimakan ular ni. Ular itu berwarna putih berjalur keemasan bersaiz sebesar lengan.
Abang. Maafkan Izz sebab keluar tanpa kebenaran.
-Sambung-

YOU ARE READING
DIARI (OTHER WORLD)
FantasyMengisahkan pengalaman seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang bernama Izwan Zukiflie atau dikenali sebagai Izz. Mari kita ketahui dunia lain yang wujud dalam pengalamannya. Nak tahu menarik atau tidak, kena la baca dulu.