BAB 7

272 32 2
                                    

Aku buka mata dan lihat sekeliling. Abang Zaki tidur di sebelah kanan aku. Tangan kanan aku pula digenggam erat oleh abang. Aku paling ke kiri. Di atas meja ada mangkuk. Dalam mangkuk itu ada pakaian aku tadi dan balutan yang berdarah.

Apa sudah jadi pada aku? Pakaian aku tiada. Tubuh aku pula di balut dengan pembalut luka. Kejap? Jadi, abang sudah tahu aku kena tembak? Habis la aku. Kena marah lagi nanti.

"Izz?" Abang Zaki dah tersedar. Aku melihat ke arah abang.

"Izz dah okey ke? Sakit lagi ke?" Abang duduk di atas katil.

"Abang. Izz lapar. Ada makanan tak?"

"Ada. Kejap lagi abang ambilkan. Izz tunggu sini tau." Kata Abang Zaki sebelum turun dari katil dan meninggalkan aku sendirian di dalam bilik ini.

*

"Datuk, boleh tak kalau Izz nak bawa abang-abang Izz datang sini? Dekat rumah masing- masing buat hal sendiri. Tak ada masa nak layan Izz. Kalau dekat sini, boleh tenangkan fikiran sama-sama. Tempat ni cantik. Izz suka tengok tasik tu." Aku teringatkan permintaan aku ketika dibawa bertemu Pendeta Sri Nigarawa sebelum ini.

Kedudukannya dibetulkan sebelum berkata. "Boleh saja. Asalkan mereka tidak rosakkan tempat kami. Tapi kamu jangan beritahu tentang kewujudan istana itu dan keadaan kami di sini. Kami tidak mahu mereka tahu. Lagi pun mereka tidak percayakan kewujudan kami."

"Baiklah, datuk. Izz janji tak akan beritahu pasal ni."

"Izz. Termenung apa tu?"

Aku melihat ke arah suara teguran itu. "Abang Amirul. Abang tak pergi kerja ke hari ni?"

Abang Amirul duduk di birai katil aku. "Tak. Hari ni pejabat abang cuti sebab anak bos nak kahwin."

"Abang tak pergi ke?" Aku berjalan ke arah katil tersebut.

"Jauh sangat. Dekat London. Ye la. Belajar dekat sana. Kahwin pun dengan orang sana. Untungnya dia." Abang baringkan tubuhnya di atas katil.

"Abang, hari Ahad ni abang free tak? Izz nak bawa abang pergi satu tempat best. Tempat yang selalu Izz pergi."

"Ummm... Rasanya free Ahad ni.

"Izz nak ajak Abang Zaki sekali. Boleh kita santai-santai dekat sana."

"Elok sangat la tu. Dia tu pun asyik pentingkan kerja berbanding diri sendiri. Dekat rumah pun masih hadap kerja dia." Bebel Abang Amirul.

*

"Abang. Hari Ahad ni free tak? Kita keluar santai-santai nak?" Aku bertanya ketika melihat Abang Zaki sibuk masak makan malam hari ini.

"Okey."

"Tapi... Jangan bawa kerja-kerja abang ikut sekali. Okey?" Pesan aku.

"Baiklah, adik oi." Katanya sambik hidang makanan atas meja.

*

Pada pagi Ahad itu, aku dan abang-abang aku pergi ke tasik tersebut. Ketika ini aku dapat melihat Pendeta Sri Nigarawa berdiri di bawah pokok berdekatan tasik. Dia senyum melihat aku dan abang-abang datang ke sini. Di langit pula ada seekor kuda putih bersayap sedang mendarat ke arah datuk itu.

"Jadi ni la tempat yang Izz selalu datang tu? Cantik. Dalam tasik ni ada ikan ke?" Kata Abang Amirul yang berdiri di tepi tasik.

"Ada. Tapi kita tak boleh mancing dekat sini sebab ni tempat orang."

"Oh ye ke? Patutla tempat ni bersih je."

"Izz. Siapa pakcik tu?" Tanya Abang Zaki sambil melihat ke arah Pendeta Sri Nigarawa.

Abang Amirul turun melihat ke arah pokok tersebut. "Ye la. Siapa tu? Izz kenal ke?"

"Abang nampak ke?"

"Nampak la. Izz ingat abang buta?" Jawab mereka serentak.

"Tapi dekat sini hanya kita je. Mana ada orang lain." jujur aku.

"Izz. Main-main je kan?" Soal Abang Zaki.

"Serius. Tengok muka serius yang comel ni." Aku acah-acah senyum kambing.

"Serius la sangat." Perli Abang Zaki.

Tanpa diperasani. Abang Amirul telah pergi ke arah Pendeta Sri Nigarawa. "Assalammualaikum. Siapa nama pakcik? Apa pakcik buat dekat sini?"

"Waalaikummusalam. Nama pakcik Pendeta Sri Nigarawa. Pakcik datang sini untuk jaga kawasan pakcik. Anak-anak muda berdua ni, kakandanya Izz kah?" Katanya.

"Ya. Kami abang Izz. Macam mana pakcik tahu pasal Izz?"

"Adindamu sering datang bermain di sini sendirian. Dia sudah banyak kali bantu kami di sini. Dia anak yang baik."

Aku dan Abang Zaki menghampiri mereka berdua. "Datuk tunggu Izz ke?"

"Sudah tentu la. Izz sihat? Datuk lihat Izz semakin kurus."

"Sihat. Alhamdulillah. Badan Izz memang kurus. Datuk jangan la risau."

"Dia ni baru sihat dari sakit." Kata Abang Zaki.

"Abang, jangan la beritahu."

"Ops. Terberitahu pula."

Pendeta Sri nigarawa ketawa. "Kamu ni. Suka sangat berahsia. Jangan dirahsiakan jika kamu sakit. Kahsian badan kamu."

"Baiklah."

"Pakcik, siapa perempuan tu?" Tanya Abang Zaki.

Kejap? Abang Zaki pun boleh nampak ke?

Semua mata melihat ke arah yang sama. Ye, la. Siapa dia? Seorang gadis yang cantik. Pakaiannya ala puteri. Berbaju putih bersulam emas dan bermahkota. Sanggulnya pula dicucuk bunga melor. Ketika ini dia sedang bermain dengan kuda putih bersayap.

"Itu Puteri Fartasya Bimasakti. Anaknda Raja Krismahawangsa Bimasakti." Jelasnya.

"Sungguh jelita wajahnya." Puji Abang Amirul.

"Jangan kau nak pikat pula anak raja tu." Pesan Abang Zaki.

Aku dan datuk hanya ketawa.

-Sambung-

DIARI (OTHER WORLD)Where stories live. Discover now