Aku telah kembali ke rumah selepas dihantar oleh Pak Cik Herry sendiri pada malam tersebut. Ketika aku masuk ke dalam rumah, aku lihat abang-abang aku. Mereka kelihatan takut.
Kenapa? Apa yang aku sudah lakukan?
Abang Amirul menghampiri aku dan berhenti jauh dari aku. "Betul ke ni Izz?" Tanya Abang Amirul.
"Ya. Ni Izz. Abang dah tak kenal Izz ke?"
Aku menghampiri Abang Amirul dan peluk Abang Amirul. Abang Zaki pula menghampiri kami berdua. Tangan kanan Abang Zaki menepuk kepala aku berkali-kali.
"Syukur Izz dah kembali. Abang risau Izz kena rasuk macam dekat hospital tu." Kata Abang Zaki.
"Izz dah okey. Tengok ni. Muka Izz comel kan?" Aku tunjuk muka manja kepada abang-abang aku.
Mereka ketawa. "Izz memang comel." Masing-masing memeluk aku dengan penuh kasih sayang.
Sudah lama Izz tak rasa bahagia macam ni.
*
Aku pergi ke tasik untuk bermain. Sepi. Seperti selalu. Aku berjalan menuju ke sebuah pondok di bawah pokok tempat aku selalu bermain.
Sejak bila ada pondok di sini?
Aku duduk di pondok sambil memerhati tasik. Cantik. Sudah lama aku tidak ke sini.
"Izz."
Aku segera melihat ke arah suara merdu seorang perempuan. "Puteri Fartasya Bimasakti?"
*
Kata-kata Puteri Fartasya Bimasakti masih segar dalam ingatan aku. "Kakanda mahukan Kakanda Amirul menjadi raja dalam hidup kakanda, bolehkah?"
"Ayahnda Raja Krismahawangsa benarkankah?"
"Ayahnda. Itu... Umm..."
"Izz. Baru balik dari tasik ke?" Tanya Abang Zaki yang berada di ruang tamu.
"Ya. Abang Amirul dah balik ke?" Tanya aku sambil menuju ke arah sofa yang Abang Zaki duduk.
"Dah. Ada dalam bilik. Kenapa?"
"Ada hal sikit.
Aku segera ke bilik Abang Amirul. Pintu bilik abang diketuk sebelum aku masuk ke dalam. "Assalammualaikum."
"Waalaikummusalam." Jawab Abang Amirul. Pintu terbuka.
"Abang, Izz nak cakap boleh?"
"Masuk la Izz." Abang berjalan menuju ke arah katilnya. Abang baring di atas katil.
Aku tutup pintu bilik abang. Aku berjalan menuju ke arah katil yang abang baring. Aku duduk di atas katil menghadap ke arah Abang Amirul.
"Abang. Izz nak cakap sesuatu."
"Apa dia?"
"Puteri Fartasya nak kahwin dengan abang. Abang nak ke?"
Abang Amirul bingkas bangun dan duduk. "Betul ke? Jadi dia dah setuju nak abang lamar dia?"
"Abang. Puteri Fartasya tu bukan macam kita. Lagipun Raja Kriamahawangsa Bimasakti mesti tak setuju."
Kedua-dua bahu aku dicengkam erat oleh Abang Amirul. "Abang tak kira. Abang nak juga kahwin dengan Puteri Fartasya. Sebab abang cintakan dia. Izz faham tak? Abang Cintakan Puteri Fartasya."
"Tapi macam mana kalau abang kena sumpah dengan Raja Krismahawangsa Bimasakti?"
"Apa yang Izz merepek ni? Ni zaman moden. Mana main sumpah-sumpah." Abang Amirul ketawa.
Aku cuma cakap benda betul saja. Abang Amirul tidak mahu percaya.
*
Abang Zaki termenung di ruang tamu sambil memegang telefon pintarnya. Aku berjalan ke arah sofa dan duduk di sebelah Abang Zaki.
"Abang Zaki. Kenapa?"
"Hal orang dewasa. Izz dah makan?" Tanya Abang Zaki. Telefon tersebut disimpan dalam poket seluar bahagian kiri.
"Belum. Abang Zaki. Jom masak, nak? Dah lama tak masak sama-sama."
"Jom. Kita masak mee segera."
"Jom."
*
Akhirnya, Abang Amirul bertemu Raja Krismahawangsa untuk berbincang hal tersebut. Aku ada bersama Abang Amirul ketika itu. Puteri Fastasya pula ada bersama bondanya.
"Saya merayu kepada Raja Krismahawangsa Bimasakti. Izinkan saya mengahwini Puteri Fartasya Bimasakti. Saya berjanji akan menjaganya dengan baik. Dengan nyawa saya sendiri." Kata Abang Amirul sambil menutut di hadapan pemilik istana ini.
"Beta akan nilai kamu sebelum beta terima kamu dalam keluarga beta. Beta akan pegang janji kamu terhadap anaknda beta. Jika kamu mungkiri. Kamu akan binasa."
*
"Anakndaku. Apa yang anaknda termenung di sini?" Tegur Raja Krismahawangsa Bimasakti.
"Ayahnda? Tiada apa-apa. Cuma..."
"Cuma?"
"Cuma Izz risaukan Abang Amirul. Bagaimana jika Abang Amirul tidak layak?"
"Kita berserah kepada Tuhan. Jika ada jodoh, tidak ke mana. Anaknda janganlah termenung di sini. Mari masuk ke dalam. Kita santap sama-sama. Kakandamu sudah lama tunggu di dalam." Kata Raja Krismahawangsa Bimasakti.
"Baiklah, Ayahnda."
-Sambung-
Hai😄 Izz muncul lagi. 😶 Ni je Izz mampu buat untuk kali ini. 😊Terima kasih sebab baca cerita Izz yang comel ni😄. Jumpa lagi.

ESTÁS LEYENDO
DIARI (OTHER WORLD)
FantasíaMengisahkan pengalaman seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang bernama Izwan Zukiflie atau dikenali sebagai Izz. Mari kita ketahui dunia lain yang wujud dalam pengalamannya. Nak tahu menarik atau tidak, kena la baca dulu.