Hidup tidak selalunya indah. Aku sekali lagi membawa diri ke tasik ini sambil menangis. Aku berlari dan tersandung. Habis kotor pakaian aku kerana terkena tanah merah di denai menuju ke tasik.
Aku sudah tidak tahan hidup macam ini. Kenapa mereka perlu bergaduh pasal hal kecil.
Aku kembali berdiri dan meneruskan perjalanan. Langkahku menuju ke arah tasik yang tampak jernis itu.
Mungkin lebih baik aku tamatkan sahaja hidup aku di sini. Aku tidak perlu lagi dengar abang-abang aku bergaduh.
Aku berpaling ke arah semak berhampiran. Di situ ada akar pokok mati yang boleh dibuat tali. Aku menuju ke arahnya. Tali dicapai.Kemudian, aku kembali ke tepi tasik. Aku duduk di situ. Tangan kiriku mencapai kain sapu tangan berwarna biru dari poket kiri seluar jean aku. Selepas itu, aku ikat mulut aku dengan kain sapu tangan tadi. Setelah selesai, aku ikat pula kedua-dua kaki aku dengan menggunakan akar yang aku ambil tadi. Akhir sekali, kedua-dua tangan aku ikat dengan kemas.
Aku berdiri dan melompat sedikit ke hadapan tarik. Aku tarik nafas panjang sebelum aku terjun ke dalam tasik.
DUSH!
Segalanya tamat di sini. Alam menjadi saksi hari terakhirku di sini.
"Izz!"
Abang Zaki? Adakah itu suara Abang Zaki?
Aku sudah tidak mampu melihat apa-apa. Aku juga sudah tidak mampu bernafas. Aku reda dengan jalan yang aku pilih. Maafkan Izz.
*
Aku buka mata. Aku di mana? Yang pasti bukan di rumah aku. Aku memerhati setiap ruangan bilik ini. Perhiasannya berwarna emas. Biliknya juga kelihatan bersih dengan berlatarkan warna putih pada dinding.
Pintu bilik diketuk seraya salam diberi. Aku segera melihat ke arah pintu sambil menjawab salam.
"Kamu sudah sedar. Syukur alhamdulillah." Gadis itu menghampiriku dengan dulang yang berisi semangkuk sup dan minuman.
"Saya berada di mana?" Tanya aku kepada gadis itu.
"Istana." Dulang diletakkan di atas meja yang terdapat pada sisi kanan katil.
Istana?
"Boleh saya tahu, siapa nama cik?" Tanya aku lagi.
"Nirwangi Sri Mayang. Dayang di istana ini." Jelasnya dengan senyuman manis.
"Saya Izwan. Panggil saja Izz."
Sungguh jelita gadis di hadapan aku ini. Tidak pernah aku temui gadis secantik dia. Walaupun dia hanya seorang dayang istana.
-Sambung-
😶Izz minta maaf sebab cerita bab ni pendek sangat. Lain kali Izz tulis panjang-panjang. Abang Zaki dah bising. Tak boleh main lama-lama dekat sini😭 Tapi Izz tak puas tulis lagi. Selamat malam semua😄 esok sekola

ANDA SEDANG MEMBACA
DIARI (OTHER WORLD)
FantasyMengisahkan pengalaman seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang bernama Izwan Zukiflie atau dikenali sebagai Izz. Mari kita ketahui dunia lain yang wujud dalam pengalamannya. Nak tahu menarik atau tidak, kena la baca dulu.