DyAC 15

4.4K 99 0
                                    

Aku tak sabar nak jumpa Mama Farah, aku dah pun berada di airport bersama Syah. Rasa kaku sangat kaku. Aku masih terfikirkan yang semalam. Sebenarnya otak ku tengah serabut. Syah cool saja. Kemana kah hati dia pergi?

"Mamaaaaa" aku memeluk nya. Kami bertiga berjalan lalu masuk ke dalam perut kereta.

Mama datang sempena konvokesyen ku. Syok nya. Esok konvo. Syok nya. Malam ni aku kena bagi jawapan.

Jam menunjukkan pukul 8 pagi, kami belum lagi sarapan. Syah membawa kami ke sebuah kedai mamak.

"Asal order teh tarik je?" Tanya mama. "Tak lapar" jawab ku. "Makan lah sayang, sarapan tu penting. Nanti sakit kang! susah" ucap mama membujuk ku.

Ahirnya aku akur, aku memesan roti telur. "Kak, akak dah dengar kan pasal syarikat Syah yang akan buka cawangan kat Singapura?" Syah mula membincangkan pasal bisnes nya. Jarang aku dengar. Mungkin dah tiada topic lagi.

"Dah... happy tau akak dengar. Mama dah rindu kat Syah, of course kat cucu dia juga, Mira" mama menjeling kami berdua sambil tersenyum.

Senyuman kaku tersaji di bibir ku yang pucat. Syah pula cool saja.

Dia.... dia pemicu detak jantung ini. Dia lah dihati. Aku mengelamum.

"Makan lah, sejuk nanti sayang" mama membangunkan lamunan ku. "Haaa" aku tersenyum sikit.

Selepas makan, kami pun pulang kerumah. Di dalam kereta. Lagu Sufian Suhaimi - Terakhir bergema. Syah memadam kan radio. Macam dia tau-tau saja, aku tengah sedih. Memang pun itu sebab awak pun Syah.

"Mama tengok Mira macam tak sihat je?" Mama mula menyoal. "Eh mana ada, Mira sihat lah ma" aku menjawab.

"Tak, dari tadi mama tengok asyik termenung je" aku hanya memberi isyarat yang aku tak kenapa-kenapa.

Kemana kah hati Syah pergi? Dia langsung macam tak kisah.

Sampai dirumah, aku segera meletakkan beg sandang ku kat dalam bilik. Membuka tudung lalu turun kebawah.

Membuat pekerjaan rumah macam biasa. Aku tak semangat nak konvo esok. Aku dah bermimpi yang masa aku konvo akan berbahagia. Tapi apa? Tak kot.

Syah nampak sibuk di taman. Membuka beberapa fail dan menaip sesuatu.

"Hai mama, Mira confused lah nak masak apa? Mama ada idea tak?" Aku cuba bermanja pada mama.

"Hm.... tak payah masak lah. Kita delivery order je" kening ku berkedut. "Aikkk, sejak bila ni mama tak ada idea nak masak ni?" Aku hairan lalu tertawa kecil.

"Tak... mama tengok Mira macam tak sihat. Kita order je lah, mama tak nak susahkan Mira" aku menghela nafas. "Laaah, kan Mira dah cakap Mira okay je ma. Tak pe, ma" aku bersungguh-sungguh.

Mama tetap tak nak aku masak. Akhirnya aku akur. "Baiklah mama ku sayang, Mira akan menurut. Kita beli je" mama mencubit pipi ku lembut.

Syah membawa laptop dan fail-fail nya masuk ke dalam bilik kerja nya. Aku dan mama tengah tengok tv.

Sebenarnya aku tengah berfikir pasal nanti malam. Aku nak jawab apa?

"Ma, Mira naik atas dulu" sesaat setelah aku melihat Syah keluar dari dalam bilik nya aku pun memutuskan masuk ke bilik.

Aku tidur sebilik lagi dengan Syah, sebab mama datang.

Aku berbaring di atas katil. Dua tiga hari ini aku tak tidur lena, makan pun tak jamah lagi. Minum air, minum juice je aku larat.

Lemah badan ku. Bukan sebab aku degil tak nak makan. Tapi sebab aku ni tak larat nak suap makanan kat dalam mulut. Mual tetiba.

Pintu terbuka dan Syah pun masuk. Aku memejamkan mata ku. Lagi lagi aku tak sanggup nak berdepan dengan dia. Lebih tepat nya aku tak sanggup nak berdepan dengan kenyataan.

Aku merasakan yang dia juga berbaring di sebelahku. Gementar sudah pasti. Jantung ku berdetak cepat.

Aku tak sanggup nak bergerak. Nafasku turun naik. Aku nak menangis, lagi.

"Mira...." tiba-tiba dia memanggil namaku. "Ye saya?" Aku bersuara. "Kau ada cakap kat kak Farah ke pasal kita?" Dia bertanya dalam baring nya.

"Tak, dia tak perlu tahu" jawab ku. "...banyak sebenarnya soalan yang menggantung kat dalam minda saya. Saya tahu apa salah saya, tapi tak kan benda tu kita tak boleh bincang" aku mula berani dan duduk di atas katil.

Dia belum menjawab. Lalu dia ikut duduk juga. Kini kami sama-sama duduk sambil membelakangi sesama sendiri.

"Aku dah rasa kau ni boring, aku dah tak ada perasaan macam dulu lagi kat kau Mira" dia menjawab.

"Tapi kenapa? Teruk sangat ke salah saya? Awak tau kan... saya cintakan awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak" aku mula terisak.

"Biar kau nak menangis berbaldi-baldi pun perasaan ku tak akan balik semula. Tak akan sama macam dulu lagi." Dia melembutkan nada suara nya.

"Tapi kenapa? Kenapa secepat itu awak berubah hati?" Aku kini menghadap ke arah nya.

"Kau sendiri dah tahu jawapannya" dia memandang ku kali ini.

"Iya, sebab saya tak boleh mengandung. Sebab saya tak normal? Lelaki macam apa awak? Yang pergi dan menjauh saat saya perlukan sokongan? Orang macam apa awak?" Aku meninggikan suara ku. Kini kami dan berdiri di tempat yang sama macam pertama kali kami bergaduh.

Dia menapar ku. Seketika aku merasa panas. Ini pertama kalinya dia kasar dan main tangan pada ku. Sakit nya hanya Dia lah yang tahu.

"Kau dengar sini. Aku dah tersalah cintakan orang macam kau. Kau tu tak ada guna nya. Kau fikir aku berkahwin dengan kau ni tak nak fikirkan keturunan ke? Aku nak anak. Dan kau! Kau tak boleh bagi tu semua dekat aku. Kau sedar diri sikit. Harusnya kau dah mundur dari awal sejak kau rasa aku dah berubah kat kau. Ini tak. Kau rela je hidup dengan aku yang dingin ini lama-lama." Dia menunjuk-nunjuk ku.

"Sebab saya sayang kan awak. Saya tak pernah terfikir nak lari dari awak. Iya saya perempuan tak guna. Saya rasa, tak payah tunggu tengah malam nak jawab soalan awak semalam." Aku menghela nafas.

".....tolong, awak lepaskan saya" ucap ku lalu menangis terisak dan badan ku segera rebah duduk di atas lantai.

Dia masih tak menjawab. Aku tahu mata nya merah dan berkaca-kaca. Aku tahu dia menangis.

"Lepas kan saya, kalau itu yang buat awak happy" aku tersungkur di bawah lantai. Tak berani memandang nya lagi.

Tanpa menjawab sepatah kata pun. Dia pergi meninggalkan ku begitu saja. Aku tahu dia pun tak nak lepas kan aku. Apa yang tengah dia pendam sekarang?

Aku menangis meraung dengan nada kecil agar mama tak dengar. Aku harap perbalahan kami tadi tak di dengar oleh mama.

"Aku cinta kan kau Syah....." suara ku tak seberapa nak jelas.

Kering air mata ku rasanya, tengah hari begini menangis terisak-isak.

Syah masuk kembali tapi hanya di depan pintu dengan suara lirih dan pelan "aku tak akan ceraikan kau".

"...kau cakap tadi kau cintakan aku sangat kan? Kau tunggu... kau akan rasa cinta tu macam mana kejap lagi" lalu segera berlalu dari hadapan ku.

Dia yang Aku Cinta ✔Where stories live. Discover now