DyAC 32

5.7K 95 5
                                    

"Ishhh kau ni dah kenapa Mira? Ego tak bertempat, aku ingat tadi kau dah terjerembab lagi kat dalam hati Syah tu. Eeeiiii geram lah"

Sarah bebel aku panjang lebar sedari tadi, siap ketuk kepala aku lagi. Ya. Aku ceritakan kat dia pasal semalam. Lepastu, dia marahkan aku teruk lah.

"Salah ke aku nak berhati-hati? Salah ke aku nak uji dia?" Sarah menggeleng. Aku hanya terdiam duduk di meja makan rumah Sarah.

"Salah. Sorry no sorry lah kan, kau ni kadang-kadang aku tak boleh nak faham apa yang ada kat dalam otak kau ni"

"Aku... aku just tak nak pisang berbuah dua kali"

Sarah mendengus geram. "YaAllah, kalau macam ni lah perangai kau bukan setakat berbuah dua kali tau,boleh tiga empat kali!! Come on lah Mira, buka... buka ni... hati kau" dia menunjuk-nunjuk dada ku. Aku masih sayu.

Aku masih mendiamkan diri. Mengunci bibirku. "Eeei budak degil" dia meninggalkan aku sendiri di meja makan.

"Sorry...." laungku.

Aku memejamkan mataku sesaat. Aku memang masih sayang dan cintakan dia, tipu lah kalau perasaan itu dah lenyap. Tapi untuk terima dia balik bukan hal yang senang nak buat. Kena ada ke-redhoan hati.

"Sarah, jangan lah nak marah. Ye... aku janji, aku akan buka hati aku seluas-luasnya untuk Syah. Aku akan cuba buka hati dan perasaan aku untuk dia lagi" aku memeluk Sarah dari belakang.

"Tak payah nak janji,kau buktikan dulu... buktikan pada diri kau sendiri. Aku sayang kau tau, aku tak nak kau sedih. Aku nak kau happy" dia tersenyum lalu memelukku.

-----------------------------------------------------------
"Saya dah sampai Malaysia. Can we meet for tea time this afternoon?" - Farhan

Farhan lagi Farhan lagi. Pening lah hari-hari hantar mesej.

"Okay then, saya dan Syah akan tunggu awak kat cafe depan office korang" - aku

Kenapa aku bawa Syah? Sebenarnya aku ada appointment lagi dengan dia petang nanti. Sebenarnya juga aku tak selesa hanya berdua dengan Farhan. Aku nak Syah teman aku, aku tak merasa aman bila hanya berdua dengan Farhan.

Masih pukul 5 petang, Farhan belum muncul lagi.

"Dah lama ke kenal Farhan?" Syah bertanya lalu dia menghirup cappucino yang di ordernya.

"Ha? About 2 years lah juga" aku menjawab selamba.

"Oh I see. Kenal kat mana?" Kes jeles ke ni? Banyak tanya sangat. Aku tertawa kecil didalam hati.

"Dia tu sepupu Zain, ingat lagi tak Zain? Pesakit saya dulu tu?" Syah mengangguk. "Mamat cokelat tu ke?" Aku mengangguk laju.

"Ha Zain tu pulak encik husband Sarah" Syah terpinga-pinga nampak. Semacam 'wow' anything change.

"Wow. How time flies. Hm... by the way, may I know lah mungkin awak boleh sharing pasal your life sampai jadi designer macam ni?" Aku tersenyum.

"Okay... saya persingkat cerita ni. Saya berubah ni sebab patah hati kot. Thank you tau dah buka minda saya, how beautiful my life is" aku tersengih.

"It mean before divorced hidup awak tak indah ke?" Dia bertanya sayu. Aku salah cakap ke? Aku hanya cakap apa yang aku rasa sekarang, aku rasa hidup aku lebih indah than before...

"Bukan tu maksud saya. Masa sebelum diceraikan lagi saya happy, tapi sekejap je saya boleh rasa kebahagian tu. Musibah datang mengejut...." aku pula yang sayu sekarang.

"Maafkan saya.... tapi, saya bahagia tengok awak sekarang Mira. Awak jadi tegar dan berdikari" dia tersenyum simpul.

Aku terdiam, tengah berfikir sebenarnya. Cakap ke tak ye? "Hm.. Syah, saya nak cakap something..."

Dia yang Aku Cinta ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora