DyAC 26

4.7K 107 4
                                    

Masih kami berdiam diri hingga di dalam kereta. Bergetar hati ku di setiap detik dan minit nya.

"Kenapa cinta sesakit ini?" Aku memecahkan keheningan.

"...kenapa Allah bagi saya dan awak ujian hati yang sebegini payah nya?" Lagi dan lagi airmata wanita ku jatuh.

"Mira.... Allah bagi kita cubaan sebab Allah tahu yang cinta kita kuat" dia memandang ku. Enjin keretanya belum start lagi.

"Kelakar lah, bila kita ni dua orang yang saling menaruh hati, kita tahu kita saling mencintai. Tapi, kita tak boleh buat apa-apa untuk menggapai hal yang dinamakan cinta itu" aku bergelak sayu dan di buat-buat.

-----------------------------------------------------------
Aku dan Syah sampai dirumah dengan wajah yang berkecai pasti. Syakira memerhati kami, hanya dia ke yang ada kat dalam rumah sekarang ni? Aku tertanya sendiri.

"Mira... aku nak cakap sikit dengan kau" dia berbisik saat kelibat Syah telah hilang sebab dia terus masuk bilik.

"Cakap apa?" Badan ku sembamkan di atas sofa ruang tetamu.

"Kau masih ingat ke pasal permintaan aku hari tu? Yang aku nak kau balik dengan Syah semula?" Aku mengangguk.

"...please jangan balik dengan dia Mira, aku merayu dekat kau"

Aku terhairan-hairan. Dia ni cepat sangat berubah hati.

"Kenapa kau tarik balik permintaan kau tu?" Aku sebenarnya tahu dia menaruh hati juga pada Syah.

Aku fikir dia gadis baik, rela melepaskan sebab dia nak betulkan keadaan 2 tahun lepas. Tapi aku faham, kalau aku jadi dia pun. Aku pasti dah terjatuh cinta dengan Syah. Dua tahun kot hidup bersama. Mustahil secuil perasaan tu tak wujud.

"Aku cinta Syah, Mira... aku perlu dia dalam hidup aku"

Aku mula geram...

"Lepas tu aku ni tak perlu dia lah dalam hidup aku?" Jawab ku selamba

"Mira, please. I tengah mengandungkan anak I dengan Syah, aku tak nak anak ini tak ada ayah"

Muka terkejut sakan aku bagi. Bukan ke aku ni pernah dengar yang Syakira sakit. Tapi rezeki Allah siapa yang tahu, kan?

Rasa hilang sudah harapan ku pada Syah, rasa hilang segala-galanya.

"Syakira, I tak tahu yang you ni mengandung" aku memelankan suara ku.

Dia memegang perut nya yang masih rata itu. Mungkin baru. Fikirku.

"Mira, please. Demi anak ini" aku lemah, aku pun pernah rasa macam mana hidup aku tiada orang tua. Perit, pedih, sakit aku seorang diri yang rasa.

Aku membayangkan, bagaimana sekiranya anak itu lahir tiada ayah nya. Ayah nya seronok dengan aku? Aku tak nak biarkan anak ini ada ibu tiri. Sebab lain rasanya sayang ibu kandung dan ibu tiri.

Tiba-tiba aku memeluk Syakira, aku paling tak suka melihat hal begini. Karena selama aku hidup di Rumah Cahaya Kasih, bermacam-macam kes anak kena buang orang tua yang pernah aku tengok. Pedih.

"Susah untuk aku lepaskan dia Syakira, tapi aku pun perempuan, aku faham apa kau rasa. Aku harap dia boleh bimbing kau ke jalan yang di redhoi-Nya. Aku harap hidup kauorang berbahagia"

Aku menepuk-nepuk badan nya.

".... aku serahkan dia untuk kau. Aku tahu kau dan Balqis perlukan dia. Jangan sakitkan hati dia Syakira"

Setelah drama berpelukan tadi, aku meleraikan pelukan ku lalu berbalik badan.

Dengan lunglai naik ke atas, dengan air mata yang jatuh hingga berderai. Basah.

Dia yang Aku Cinta ✔Where stories live. Discover now